Satu malam, saat anakku telahpun melelapkan matanya, entah kenapa aku membuka youtube walaupun aku telahpun mengantuk. Tiba2 sahaja aku lihat FT telahpun mengeluarkan muzik video rasmi untuk lagu terbarunya, RATU.
Permulaan video memaparkan lakonan oleh FT, Jasmin Hamid dan Elizad. Entah kenapa bait2 dialog itu terlalu meruntun hatiku. Setelah keluarnya FT dari rumah dan meminta isterinya untuk duduk dengan ibunya, serentak air mataku merembes keluar. Tidak berhenti. Malahan makin banyak.
“Abang!” aku bersuara sambil menekup mukaku supaya tidak kedengaran oleh ibu bapaku yang biliknya cuma di sebelah.
Sebenarnya, aku baru sahaja melahirkan anakku dan masih dalam tempoh berpantang. Bait dialog dalam klip muzik video RATU itu hampir sama dengan situasi yang aku alami dalam dua minggu lepas.
Saat pergeseran berlaku antara kedua ibu bapaku dan suamiku. Sehinggakan suamiku mengambil keputusan untuk meninggalkanku dan kembali berkelana mencari rezeki untukku dan anak ini.
“Jaga diri baik2. Baby, ayah pergi dulu.”
Suamiku meninggalkan aku yang sedang sarat. Sempat untuk memeluk tubuhku sebelum berlalu pergi.
Badanku rasa lemah. Sehinggalah hari untuk melahirkan, aku berbisik dalam hati,
“Lebih baik aku dan anak ini mati. Tidaklah menjadi beban suamiku, dan tidaklah menjadi beban ibu bapa dan keluargaku.”
Barangkali anak di dalam rahim ini seolah mengerti. Sehinggalah pada ketika aku ditolak ke Dewan Bersalin, anak ini semakin lemah sehingga doktor mengambil keputusan untuk membuat pembedahan.
Kuasa Allah.. Siapalah yang mampu menghalang. Dengan izinNya, aku selamat melahirkan anakku tanpa ada apa2 komplikasi. Aku dan anak sihat… Alhamdulillah.
Di hospital, ibu dan bapaku datang ziarah. Tetapi tidak boleh lama, kerana mereka sendiri kurang sihat. Aku terlalu rindu suamiku. Waktu malam, aku menangis. Aku mengharapkan suami aku dapat memunculkan diri untuk mengazankan anak kami… Biarpun terlewat sedikit, tak mengapa.
Nyata… Allah s.w.t Maha Pemurah… Doaku semenjak mengandungkan anak ini dikabulkan. Suami aku sempat pulang sebentar di kampung halaman, dan menziarahiku di hospital sementara ibu bapaku tiada.
Persis cinta terlarang, aku dapat juga berjumpa dengan suamiku. Anak kami dapat juga diazankan meskipun terlebih dahulu diazankan oleh ayahku pada hari dia lahir.
Sempat juga suamiku memegang anak kami. Sesekali aku menggenggam erat tangan suamiku. Pertemuan kami hanya beberapa jam sahaja… Sebelum suamiku pulang dan bergerak semula untuk berkelana mencari rezeki.
Tak… Ibu bapaku tidak jahat. Suamiku ada juga salah silapnya. Dan salah silapnya bukan alang2 salah… Dosanya besar, dan ibu bapaku tidak mampu menahan marah mereka. Cumanya aku terkilan, kerana suamiku telah mula berubah menjadi lebih baik.
Dia semakin diuji, hilang pekerjaan, dikejar pinjaman berlesen, perniagaannya semua gagal, hidup dalam gelandangan sebelum dimarahi bertalu2 oleh ibu bapaku kerana gagal memberikan nafkah dan semua dosa2nya lain diungkit kembali oleh ibu bapaku.
Mereka sebenarnya bertindak untuk melindungi aku. Tapi aku rasa sakit dengan tindakan mereka.
Kerana aku sedang sarat. Kerana suamiku sedang kesedihan dek kerana syarikatnya bekerja telah tamat kontraknya dan dia terpaksa berhenti kerja. Kerana suamiku mula ada simptom2 kemurungan dengan ujian yang tidak putus2 diterimanya.
Kerana suamiku telah memohon maaf dan mengaku semua salahnya. Merayu2 diberi peluang semula dan aku melihat dia telah banyak berubah berbanding dahulu.
Tetapi tidak, amarah ibu bapaku tidak mampu dibendung. Dan suamiku merajuk.
Muzik video RATU….. benar2 meruntun hatiku.
Suamiku sekarang telah mendapat pekerjaan, dan berusaha keras melangsaikan hutangnya dengan pinjaman berlesen. Baru2 ni beliau ada bank in duit kepadaku.
“Mana cukup.”
Bentak ayahku kerana ia tidak sebanyak yang dijanjikan suamiku dulu. Aku diam. Aku menangis dalam hati.
Dan aku berdoa.. Berdoa supaya suamiku diberikan kesihatan dan kekuatan mencari rezeki, melangsaikan semua hutang2nya, mampu memberikan nafkah kepadaku.
Dan aku… Masih lagi menonton video muzik RATU… Mendoakan ada sinar untuk kami sekeluarga.
Aku rindu suamiku… Dan aku percaya dia juga merinduiku dan anak ini…
– Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit