Ratu Tragedi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera readers…

Aku selitkan sedikit intro pasal aku. Aku Nenas perempuan bujang berusia 26 tahun. Hari ni aku bukan nak cerita pasal aku sangat tapi pasal sahabat aku yg aku namakan Ratu…kenapa Ratu? Sebab dia ni Ratu Tragedi…hidup dia penuh dengan tragedi…

Ratu perempuan bujang umur 26. Aku berkawan dengan dia dari zaman sekolah rendah lagi..dia ni jiran setaman dengan aku…Sedikit sebanyak intro background dia…Ratu ni mak ayah dia pelarian, dia dilahirkan di negara ni dan pendekkan cerita dia ni pemegang kad pengenalan hijau (ic sementara).

Walaupun dia ni bukan Melayu tapi aku tak pernah rasa perbezaan pn dia dengan kawan-kawan aku yang lain sebab bahasa Melayu dia fluent gila, gaya hidup family dia semua ikut budaya negara ni sebab mak ayah dia pun membesar kat sini…even SPM BM dengan BI dia A+…kalah aku…memang respect gila dengan dia. Ratu ni baik sangat- sangat, selalu berkorban untuk kebahagiaan orang lain terutamanya aku. Perjalanan hidup dia banyak terkait dengan aku dan keputusan-keputusan besar dalam hidup dia adalah kesan pengaruh aku kat dia…aku selalu pujuk dan paksa dia untuk ikut kemahuan aku.

Aku ni anak sulung dalam family aku dan dari keluarga yang tak berapa mampu. Pilihan yang ada pada aku untuk sambung belajar adalah STPM je. Tapi aku tiada teman, jadi aku pujuk Ratu untuk sambung masuk Ting. 6. Ratu mula-mula memang taknak, aku ingat lagi dia cakap dia tak layak…dapat belajar sampai SPM pun dia dah bersyukur dah…aku pujuk dia…aku cakap kat dia register je dulu dapat ke tak belakang cerita…dan Alhamdulillah kami dua-dua dapat kelas yang sama. Aku ingat lagi dia tanya Cikgu boleh ke dia masuk Ting 6. Cikgu tu cakap awak nak belajar kan…awak belajar je betul-betul…i love you Cikgu NorL… jasamu dikenang.

2 tahun berlalu habis STPM…Alhamdulillah kami lulus dengan cemerlang…Aku dah rancang masa depan aku. Aku nak sambung Degree tapi secara parttime je…aku kena kerja untuk tanggung pengajian aku. Pendekkan cerita aku dapat kerja dekat dengan rumah aku…kerja kerani gaji pn okay lah…office tu pulak memang nak pakai ramai orang masa tu…aku ajaklah Ratu kerja dengan aku sebab ayah aku pun susah nak lepas aku kerja seorang. Ratu mula-mula taknak…aku tetap pujuk dan paksa dia untuk join kerja dengan aku. Ayah dia pula nak dia khawin masa tu tapi aku pujuk ayah dia supaya bagi dia kerja dengan aku dan akhirnya dia pn kerja dengan aku…

Lepas setahun kerja, aku dapat kumpul duit untuk aku sambung pjj kt satu IPTS ni…tapi macam tak best pulak aku nak belajar sorang-sorang dan untuk ketiga kalinya aku cuba pujuk Ratu ikut kemahuan aku untuk sambung pjj Degree sekali. Kali ni dia terus setuju tak payah pujuk sangat pun…tapi masalahnya ayah dia tak izinkan…ayah dia nak kahwinkan dia. Rupanya Ratu nak sambung belajar sebab dia taknak kahwin awal. Selepas pujuk, rayu dan mogok akhirnya ayah dia terpaksa juga izinkan dia sambung buat pjj dengan aku. Bengang je ayah dia dengan aku…hahahha sorry pakcik sbb selalu pengaruh anak pakcik….

Kami pun menjalani kehidupan kami dengan bahagianya sebagai pekerja dan pelajar yang berkaliber. Aku dengan Ratu ambil kos yang sama kos Management. Ratu tak payah cerita la budak tu setiap semester Dekan…aku cakap kat dia kau ni belajar gila-gila ni nak gi mane…dia cakap bukan senang orang macam dia ni nak dapat peluang macam ni jadi dia kena buat sebaik mungkin dan dia nak buktikan kat ayah dia yang dia boleh berjaya… InshaaALLAH aku cakap…

Tapi bak kata pepatah “Langit tak selalunya cerah”,… Family Ratu semua kena pindah ke negara kanggaroo kecuali dia sebab dia bukan di bawah Badan yang uruskan perpindahan tu…yang ni P&C sikit so aku tak boleh cerita detail dan aku pun tak berapa nak faham sebenarnya. Berbekalkan sedikit duit belanja dari orang tua dia, bermula perjalanan hidup dia sebagai Lone Ranger.

Lepas family Ratu migrate, dia tinggal rumah bujang sewa bilik flat dekat dengan tempat kerja. Semuanya lancar pada mulanya…Tragedi bermula bila IC sementara dia tamat tempoh…IC sementara ni ade tarikh luput kalau tak silap aku 5 tahun sekali kena renew…Last year tarikh IC Ratu dah tamat tempoh dan dia tak dapat renew pun…so sekarang dia hidup guna surat beranak je..dan masih berusaha untuk renew IC dia…

Korang bayangkan lah hidup tanpa IC…tak boleh nak keluarkan duit dari bank, tak boleh guna lesen memandu, seorang perempuan, tak boleh kahwin, hidup sebatang kara pula… dan dia dah terus terang dengan majikan kami pasal status dia sebab kerja kami melibatkan IC kena deal dengan bank, authorities semua…majikan kami beri dia tempoh sampai hujung tahun ni untuk selesaikan masalah IC dia atau dia akan diberhentikan…buat masa ni bos bertoleransi bagi gaji cash kat dia.

Beberapa bulan lepas kami dah habis belajar…result aku bolehlah Alhamdulillah sesuai dengan usaha aku…Ratu punya result gempak gila…dia dapat 1st class…aku tahu dalam keceriaan dan senyuman dia dalam hati dia tersimpan duka. Dia kuat sangat-sangat, dan tabah hadapi masalah dan tak pernah putus asa…

Aku sedar semua berpunca dari aku walau aku bawa dia kearah kebaikan…kalau aku tak pujuk dia buat pjj dulu mesti dia dah kahwin dan ada orang jaga sekarang…tak hidup terumbang ambing. Keluarga dia pula tak tahu apa-apa mengenai status IC Ratu sekarang…Ratu tak pernah cerita sebab taknak mereka risau.

Aku pula sekarang dapat tawaran kerja kerajaan, merancang nak kahwin dengan boyfriend aku hujung tahun ni. Aku dah beritahu pada Ratu dan dia tumpang gembira untuk aku…Aku rasa bersalah sangat-sangat…aku tak tahu nak buat apa dan macam mana nak tolong dia untuk selesaikan masalah dia…macam mana dia nak hidup kalau diberhentikan kerja..dia siap cakap kat aku tak payah risaukan dia ALLAH kan ada….Ya ALLAH sedih sangat aku dengar.

Lagi satu, Ratu ni ade rupa, jadi ada jugaklah lelaki yang cuba tackle dia tapi dia reject sebab keadaan dan masalah dia…sampai budak-budak lelaki tu bermusuh dan burukkan dia kat ofis… biasalah kan tak dapat meroyan…geram betul aku dengan dia orang..aku suruh Ratu terus terang dengan budak-budak tu dia taknak…haihhh…

Kepada para pemimpin Malaysia baru…terimalah kawan saya ni sesungguhnya dia mampu membantu menyumbang untuk negara..negara ini tanah tumpah darahnya…harap para YB dapat pertimbangkan beliau seorang wanita sebatang kara yang tidak akan membawa sebarang kemudaratan pada negara ini.

Dear Readers aku nak mintak pendapat korang macam mana nak bantu sahabat syurga aku ni…dan para lelaki-lelaki sekalian aku nak tanya korang boleh terima tak perempuan dengan status macam ni…aku nak bagi Ratu baca supaya open sikit hati dan minda dia kat lelaki…aku buntu sangat…aku tahu dia akan lemah tanpa aku..harap korang dapat doakan urusan dia dipermudahkan dunia akhirat dan masalah dia selasai.

Sekian, Wassalam.

– Nenas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *