Rawatan Mata Juling

Assalamualaikum, buat pembaca iiumc. Tadi aku ada baca confession, ‘Hikayat Mata Juling’, harap confessor selamat dalam pembedahan. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/hikayat-si-mata-juling/).

Kali ni aku nak share pengalaman aku untuk pembedahan mata juling. Mata aku juling sejak umur 16 tahun. Tapi masa tu juling aku cuma juling itik, kadang2 mata tu juling, kadang2 tak.

Selepas habis matrikulasi, aku dapat sambung belajar dalam course sains komputer. Hidup bertemankan laptop dan coding. Mata tu menghadap laptop pada waktu yang panjang, selagi coding ada error dan tak boleh run, selagi tulah asyik menghadap tu jer.

Sejak tu, aku perasan mata juling aku bertambah teruk. Kadang2 kena ‘bahan’ dan jadi ejekkan untuk orang lain.

Selepas aku konvo tahun 2017, aku search google untuk rawatan mata juling. Tiada alternatif lain kecuali pembedahan bila usia dah 25 tahun pada waktu itu. Untuk kos rawatan di hospital swasta dalam 8k,9k. Aku cuba di hospital kerajaan.

Langkah pertama, awal tahun 2018, aku pergi klinik kerajaan cuba dapatkan surat refer ke hospital kerajaan yang berhampiran. Nyatakan masalah yang kita hadapi. Dan klinik kerajaan akan buat surat refer ke hospital kerajaan.

Langkah kedua, pergi daftar ke hospital kerajaan yang dinyatakan dalam surat refer. Macam kes aku, setelah selesai pendaftaran dan jumpa pakar di hospital surat refer, malangnya tiada pakar juling di hospital tu, dan aku terpaksa tunggu turn yang lama untuk next appoinment.

Dengan problem yang ada, aku search dekat google. Hospital Serdang juga buat pembedahan mata juling. Seremban dengan Serdang tak jauh, so aku gagahkan jugak pergi.

Langkah ketiga, aku buat pendaftaran di hospital serdang, ada 4 kali checkup, sebelum tarikh pembedahan. Lagi sekali, dugaan untuk aku. Bilik operation dalam renovation, mengambil masa dalam 6 bulan untuk aku tunggu sebelum bilik operation dibuka kembali.

Aku segera menanyakan pendapat Doktor Pakar untuk rujuk aku hospital yang boleh melakukan pembedahan. Doktor bagi 2 pilihan samada di hospital selayang atau HKL. Masa tu, aku terus pilih Hospital Selayang.

Langkah 4, aku daftarkan diri di hospital selayang pada februari 2019. Selepas 2 kali checkup di hospital selayang, aku terus dapat tarikh pembedahan pada April.

Akhirnya, hari ditunggu datang juga, mata aku disahkan keduanya perlu di operate. Mula2 takut, tapi aku fikir sampai bila nak rasa tak yakin pada diri dan rasa sedih bila jadi bahan untuk orang lain. Sehari dari tarikh operate, aku dinasihatkan Doktor untuk berpuasa.

Operation ini menggunakan bius penuh. Maknanya aku tak sedar, semasa prosedur dijalankan. Selepas operation, mata aku tak rasa sakit, tapi masih berjaga jaga dan pakai spec hitam bila terkena cahaya matahari.

Cuma ada rasa struggle, bila muntah2, kesan dari ubat bius. Tapi tu, cuma sekali, dua jer muntah tu. Bergantung pada badan masing2. Kos semasa pembedahan di hospital selayang, RM70 untuk kedua mata. Ya, aku pekerja swasta. Dan perlu sebulan MC.

Mata juling ni, bukan masalah ringan, effect dekat pandangan 3D, self confident. Apa yang aku nak cakap kat sini, mungkin tak ramai tahu, mata juling ni boleh diubati dengan kos murah. Kalau sesiapa ada kenalan, yang ada masalah yang sama. Please let them know and shared this.

Sorry mungkin ayat aku terabur, kalau ada family/kawan2 mata juling, jangan rendahkan atau ‘bahan’ dorang. Tolong bagi sokongan dan shared positive vibes.

Ikhlas,

– Ms. Ex Strabismus132 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *