Rawatan Pergigian Bukan Kemewahan

Aku K. Seorang lelaki, bekerja sebagai jurutera di syarikat swasta di Malaysia, berpendapatan sederhana sebagai seorang jurutera.

Sebagai mananusia yang munasabah, aku berpendapat bahawa rawatan pergigian seharusnya tidak menjadi suatu benda mewah dan lubuk doktor – doktor gigi buat duit.

Bukankah gigi merupakan salah satu dari tubuh badan manusia dan rawatan pergigian adalah satu rawatan asas dalam kesihatan. Tanpa kesihatan gigi yang baik, kualiti hidup manusia akan terjejas.

Mungkin ramai yang akan kecam “kenapa tak pergi klinik kerajaan je?”

Jawapannya, tak semua kes adalah boleh melalui klinik kerajaan. Sebagai contoh, buat braces.

Pergi kk untuk penyelenggaraan pun, kk menolak kes braces kerana alasannya kurang peralatan untuk rawatan melibatkan adanya besi braces.

Gigi patah? Mana boleh hadir ke kk urgently, dan kadangkala ada klinik yang kekurangan peralatan sehinggakan pesakit terpaksa menahan kesakitan serta membuat temujanji baru.

Ramai orang ke klinik pergigian kerajaan kini kerana adanya kesedaran membersihkan karang gigi.

Bila terlalu ramai, masa menunggu menjadi terlalu panjang dan malang lagi jika hanya pembantu pergigian sahaja yang ada pada hari tersebut.

Cerita -cerita di atas merupakan situasi yang benar – benar pernah terjadi pada diriku dan juga pada orang – orang sekitarku.

“Takut nak pergi klinik gigi swasta, mahal sangat semua rawawatannya.” Antara keluhan yang tak berpenghujung dari kawan-kawanku. Tak semua kos rawatan ditanggung oleh company.

Sudahlah harga yang disebut semasa memulakan rawatan dan sebaik habis rawatan tidak konsisten, mulanya kedengaran seperti RM200, sekali bil sampai, terus cecah RM300, kadang sehingga RM400.

Harap KPDN mengambil cakna isu ini dan memasukkan kos perubatan dan pergigian sebagai sebahagian dari kos sara hidup di Malaysia. Orang miskin pun sakit juga.

Bayangkan jika kos rawatan pergigian di swasta rendah?

Pasti lebih ramai yang dalam golongan yang “masih berkemampuan” akan mengunjungi klinik swasta dan memberi peluang kepada golongan yang benar – benar tidak berkemampuan menggunakan perkhidmatan klinik kerajaan.

Sewajarnya pihak kerajaan mengawal harga kos perubatan dan pergigian di Malaysia supaya tidak terlalu mahal dan menjejaskan kualiti kehidupan warga Malaysia.

Jangan sampai kita menjadi seperti negara famous yang kini merupakan lubuk gelandangan, sarang dadah dan hutang dek kerana kos perubatan yang amat mahal.

Semoga konsep negara rahmah di negara ini merangkumi rahmahnya kos perubatan dan pergigian di negara ini.

Terima Kasih..

– Mr. K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Setuju. Patutnya klinik gigi makin bnyk, harga patutnya makin murah. Ni mahal je… Org kdg2 terdesak smpai terjumpa Dr. palsu, mkn ubat bukan2. … Doktor2 gigi kt social media tau marah aje, bukan nak turunkan harga pun.

  2. da tau xde duit xyh nk sibuk buat braces. itu kehendak bukan keperluan. ko sorng nk nmpk helok pastu ko komplain itu ini. asal xkomplain brg naik harga, minyak mahal? dah itu harga servis doktor gigi, ko xmampu ko ikat sendiri gigi rongak ko pakai getah rmbut mak kau!

  3. Dentist here, sebelum kondem kenapa harga rawatan pergigian swasta mahal, I nak inform dulu, peralatan2 pergigian yang digunakan nak tampal, cabut, scaling, etc semua tu tak murah ye, plus you bukan bayar utk servis sahaja, Dr gigi belajar sampai 5 tahun untuk sampai ke tahap merawat pesakit dengan betul dan selamat. The knowledge, the skills, the service, the instruments, semua itu diambil kira ye, belum campur lagi rawatan2 yg melibatkan technician luar contohnya gigi palsu, crown, bridge, etc. Semua perlu dibayar. Pernah dengar tak ayat ini, “Rawatan pergigian sebenarnya tak mahal, yang mahal adalah pengabaian” … pengabaian terhadap kesihatan mulut sendiri, semakin teruk keadaan gigi anda semakin mahal rawatan yg perlu dibayar. Contohnya, gigi cantik takde lubang, hanya perlu scaling sahaja, scaling sahaja boleh dapat harga paling murah rm80 pon ada, kalau gigi ada lubang, you have to pay more, gigi perlukan rawatan akar? Lagi banyak kos you kena keluarkan, see? Nampak tak apa yg saya nak sampaikan. Harga pergigian di klinik kerajaan murah sebab ada subsidi dari kerajaan, you cannot compare harga kerajaan dengan swasta.

  4. Sewajarnya, better mahal baru orang MALAYSIA jaga gigi mcm negara luar..
    Gigi rakyat Malaysia teruk!!!
    Di negara luar, umur berpuluh tahun, gigi 20 batang ke atas still boleh maintain..
    Kadang tgok, umur baru setahun, gigi dah start rosak, ibu bapa sendiri x pernah berus gigi anak..menyedihkan..bila anak meraung sakit, berpusu² ke klinik gigi.. Mindset rakyat Malaysia, cabut gigi pun murah rm1 ja..kesannya anak TRAUMA sehingga dewasa dek selepas cabut gigi..Better cas rawatan gigi mahal, baru rakyat Malaysia JAGA GIGI..Wallahualam…

  5. Bang, senang je bang, gosok gigi sekurang-kurangnya 2 minit 2 kali sehari, benda boleh cegah, buat apa nk rawat

  6. Saya hairan orang tak complain tentang pembelian branded handbags , kasut, jam tangan , perfume yang beribu2, padahal bukan basic needs pon. But people are willing to buy, go on vacation, spend on unnecessary things, but when it comes to your teeth, it’s always expensive , no time , and you will find all kind of reasons to avoid it until its really painful. So if you want cheap dental services, I think you can start from early interventions, routine check up every 6 months, some private clinics offers free dental checks up. So before pinpointing mistakes at others, I think we can all reflect back at ourselves whether we are doing the right routine in order to have a better oral health.

  7. Barang2 yg diguna di klinik gigi mahal2 ya. Dan kebanyakannya import sebab Malaysia bukan negara pengeluar. Tiap2 tahun alatan Dan bahan yg digunakan akan naik harga. Dan kami private dentist bukan buat charity. Dah guna service kena la bayar yg setimpal. Nak murah sila ke kerajaan. Jgn banyak complain.

  8. Nak murah macam mana, renovate nak set up je paling cikai 400k..nak tunggu berap tahun tu nak dapat modal balik?harga dental chair tu je boleh dapat beli honda city, harga mesin xray harga hinda civic? Celah mana nak caj mur mur..belum masuk bahan tu lagi..gaji staf sewa kedai? Kat gov tu murah sebab subsidi hakikat ya gov belanja sangat besar kat situ memang x berbaloi langsung bayar rm1 tu cover air yg korang buat kumur2 tu je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *