Hai, it’s me again. Confession sebelum ni pasal gangguan penyesuaian/ adjustment disorder. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/gpaddm/).
Aku ada baca kat komen di FB yang nak tahu pasal mental illness/ mental health. Harap admin boleh publish untuk tambah pengetahuan tentang kesihatan mental sebab kalau google pun tak berapa jelas sangat rawatan.
Aku mention awal-awal yang tak semua alami kemurungan adalah sama dan tak semua yang perlukan rawatan yang sama. Sebab doktor aku beritahu, setiap pesakit ada kemurungan tersendiri dengan ciri ‘istimewa’ tersendiri.
Aku nak share a few rawatan untuk atas perasaan kemurungan based on pengalaman sendiri dan jawapan daripada pakar dan doktor yang incharge aku kat klinik psikiatri dan kesihatan mental.
Ok, aku nak highlight kat sini apa yang diperlukan bila ada kemurungan ialah seorang pendengar yang setia dan tidak menghukum luahan hati kau. Bila kau hadapi sesuatu peristiwa yang kau tak boleh hadap, carilah teman untuk meluah perasaan.
Aku tahu yang ramai pembaca kat luar sana yang hadir temujanji dengan doktor psikiatri kan?
Ok, rawatan yang diberikan oleh doktor korang ialah psikoterapi; iaitu untuk ubah cara minda korang berfikir. Kalau selama ni dalam kepala otak kau asyik thought negatif je, jadi peranan dorang ialah untuk betulkan mind set korang. Ini yang pertama dalam rawatan kemurungan.
Doktor yang bertugas takkan sesekali cadangkan penyelesaian kepada masalah kau. Kau kena fikir sendiri, dia bagi kertas dan suruh senaraikan masalah dan cara tangani masalah kau. Doktor nak ajar kau supaya kau ada self-esteem dan boleh buat keputusan.
Rawatan kedua ialah ubat-ubatan. Lepas dah jumpa doktor mesti dapat slip ubat kan? Haa itu ialah rawatan anti-depression kalau ada tanda kemurungan dan anti-anxiety kalau ada kegelisahan.
Untuk pesakit yang ada simptom psychotic, ubat tambahan mereka ialah ubat anti-psychotic dan ada masalah untuk tidur pun doktor akan beri ubat penenang. Ni yang dalam drama melayu selalu ada dialog “kau tak makan ubat kau eh?” Haa ubat tulah.
Semua jenis ubat yang diberikan ialah untuk tambah/ubah hormon kau dalam otak. Kalau macam aku, aku kekurangan hormon serotonin yang menyebakan aku selalu sedih dan kemurungan.
Ubat yang doktor endorse pun bukan ubat Over-The-Counter, ubat tu memerlukan sign dan cop doktor sebab semuanya ubat terkawal. Maknanya kalau korang tak perlukan ubat memang dorang takkan beri.
Rawatan yang keempat ialah meditasi/mengenali Tuhan. Aku pakai frasa Tuhan yang merujuk kepada semua agama. Generally. Kalau boleh kau kena rajin-rajinkan solat lima waktu, baca al-quran, solat tahajud semua tu supaya dapat ketenangan kalau kau seorang yang beragama Islam.
Kalau agama lain, boleh buat ikut kepercayaan masing-masing sebab aku percaya yang agama mengajar perkara yang baik-baik kepada penganutnya.
Rawatan kelima ialah sokongan keluarga. Bunyinya macam kejam kalau kau ada konflik dengan keluarga. Doktor psikiatri yang incharge kau akan panggil sesiapa yang tinggal serumah dengan kau, yang hari-hari kau jumpa kat tempat kerja/ sekolah/ IPT dan yang rapat dengan kau.
Doktor akan sedaya-upaya untuk terangkan keadaan mental kau kepada mereka dan tanya macam mana perangai kau supaya apa yang kau cerita sama dengan apa yang family dan kawan rapat kau cerita.
Kat sini doktor akan fahamkan betul-betul kepada family/ kawan rapat yang kau perlukan sokongan keluarga dari segi emosi dan kena pastikan pesakit kena hadir temujanji dengan doktor.
Rawatan yang terakhir ialah DIRI KAU SENDIRI. Ya, kalau diri sendiri taknak keluar dari kemurungan. Maka semua rawatan-rawatan yang aku mention takkan berkesan.
Push diri sendiri untuk terima rawatan dan ubah apa yang patut supaya kemurungan kau tak jatuh lebih teruk. Belajar untuk cope bila ada masalah dan cari ketenangan bila rasa ‘lemas’ dalam kemurungan.
Aku faham, perasaan sedih susah nak dikawal tapi cuba ikut apa petua,tips and trick dari doktor psikiatri kau untuk atasi perasaan tu.
Oklah, sampai sini je aku nak beritahu tentang rawatan untuk depresi/ kemurungan. Maybe next time aku cerita benda lain yang related dengan mental health dan mental illnes.
Selamat berpuasa.
– Cik H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit