Assalamualaikum. Macam biasa setiap kali aku balik, ada saja benda tak kena. Aku kan bukan anak favorite. Aku balik 3 hari lebih awal sebelum raya, tiada apa sangat persiapan dibuat.
Tak ada anak dan menantu yang bantu ibu. Kakak dan adik yang dikatakan lebih baik daripada aku juga tiada, walaupun diorang balik lebih awal beberapa hari daripada aku.
Kakak hanya muncul malam sebelum raya tengah-tengah malam, dan adik aku pagi raya baru muncul. Aku seorang yang bantu ibu, ibu dgn muka sedih kata bantulah dia dah takde orang nak bantu lagi dah sekarang.
Memang tiap kali pun aku bantu, cuma ibu tak pernah nampak. Siapa lagi nak bantu memasak, basuh pinggan, kemas dapur tu semua.
Hari aku sampai ke rumah, ibu masak sikit sangat untuk berbuka puasa. Padahal ibu tau aku balik hari tu. Aku tau dah perangai ibu sebab bermula tahun ni aku dah tak kirimkan wang bulanan.
Aku dah expect layanan ibu akan berubah. Bak kata adikku layanan ibu sama untuk setiap anak. Haha kelakar.
Aku perasan layanan ibu kepada abang aku tak sama sikit sebab abang aku amat sangat jarang bagi duit. Aku dah tau aku akan menerima nasib lagi teruk kalau tak bagi duit, sebab aku bukan anak favorite. Nah terbukti semenjak dua menjak ni.
Hari kedua di kampung, ibu berpesan berkali-kali suruh aku beli lauk buka puasa, walaupun hari tu hujan lebat. Aku selalu belikan saja tiap aku balik tapi kali ni luar biasa pesanan ibu seolah-olah memaksa.
Aku beli juga lauk sudahnya hanya aku dan keluarga kecil aku yang makan, ibu dan adik-adik yang lain tak sentuh. Lauk yang aku beli tersimpan berhari-hari dalam peti ais.
Aku dan suami sejenis tak suka membazir makanan. Di rumah ibu sangat banyak pembaziran makanan, ibu lupa ke dulu nak makan pun susah, siap bercatu. Sebab tu aku serba salah nak membeli apa-apa. Bila beli sikit dikatanya tak cukup, bila beli banyak, takde orang makan.
Akhirnya ke tong sampah.
Aku ingat pagi raya masih lagi aku perangatkan makanan-makanan yang dah tersimpan berhari-hari. Sebab kalau tak habiskan pagi raya memang confirm ke bakul sampah. Lauk hari raya lain ye, yang tu dah siap masak.
Ayam yang ibu masak masa hari puasa tu, aku nak perhangat dan nak makan sikit di pagi raya, aku tak jumpa kuahnya. Aku tanya ibu, mana kuahnya. Ibu buat-buat tak dengar. Lepas tu ibu tanya nak buat apa?
Aku cakap aku nak makan. Dia diam buat tak dengar. Guess what? Esoknya aku tengok ayam tu masih tak berusik, tapi kuahnya penuh seperiuk. Haha macam biasa. Aku dah kenal perangai ibu. Layanan sama konon. Sanggup tak bagi aku makan.
Sebelum nak kata, anak kena bagi duit kat parent. Lagi-lagi musim raya. Mari sini aku terangkan. Ibu aku bukan miskin. Paling kurang setiap anak bagi RM300 sebulan. Pencen arwah ayah paling kurang RM1500.
Belum lagi adik-adik aku yang masih tak kerja, ditanggung oleh adik beradik yang lain. Actually ditanggung daripada zaman belajar. Pendek kata, ibu aku takde tanggungan.
Sampaikan malas aku nak cakap, adik-adik aku ni jadi biawak taknak kerja. Hampir tiap-tiap hari shopping online, samalah ibuku. Apa benda yang takde kat shoppe tu yang diorang tak beli.
Adik-adik aku takde duit, nah ibuku bagi. Aku bukan nak berkira, tapi sangat beza layanan yang aku terima. Aku daripada zaman belajar tak pernah guna duit ibu. In fact aku yang bagi.
Zaman universiti pun dah berpuluh ribu aku bagi. Bila kerja, wajib aku bagi duit sampai dah berbelas tahun aku kerja aku masih bagi duit.
Aku sangat terasa bila one day dulu lah 2 tahun lepas, aku beli kipas angin extra untuk bilik aku sebab ye lah panas dgn anak2 aku kecik 3 orang tu. Ibu aku boleh kata minta aku bayar bil elektrik. Dia kata charge hp tu guna elektrik.
Wei abang kakak aku beli aircond kot untuk bilik diorang. Pernah ke bayar bil. Charge hp tu aku dan suami je charge, anak2 aku takde gajet.
Tu anak2 saudara aku seorang satu hp dan tablet, siapa yang selalu charge? Aku pun balik 2 kali setahun, tu pun berapa hari je. Adik-adik aku yang biawak tu, makan pakai semuanya ditanggung. 365 hari setahun. Hp sampai 2 bijik seorang. Pernah ke ibu aku minta bayar bil?
Dan satu lagi yang buat aku terfikir start hujung tahun lepas, bila aku tengok mudahnya ibu tunai kehendak anak-anak biawak.
Benda bukan murah, beribu-ribu. Tapi aku dulu nak minta beli meja belajar, meja lipat mydin je pun, untuk aku selesa sikit nak belajar. Tu pun kena herdik dgn ibu.
Adik beradik aku semuanya pernah pinjam duit dgn ibu, beribu-ribu. Nak apa-apa dapat, semuanya benda yang guna duit bukan sikit. Ibu aku boleh bagi. Aku SEKALI pun tak pernah pinjam duit ibu. Adik-adik aku semuanya dah umur boleh jadi bapak dan mak orang.
Dulu aku tolong bagi duit sebab fikir kesian anak yatim, mak aku tak kerja. Adik-adik ramai nak sekolah. Bila aku tengok sekarang adik-adikku jadi pemalas dan meminta. In fact berani cakap, sedekah paling mulia untuk ahli keluarga adik beradik. Haha.
Kau bukan asnaf dah, makanan pun terbazir, nak sedekah apa lagi. Anak-anak aku pun aku ajar makan biar habis. Ni kau selamber buang makanan.
Aku rasa cukuplah aku bagi duit sekali sekala kat ibu aku. Ibu aku pun berderet dah barang kemas, baju kalau tak 2-3 ratus taknak pakai.
Mungkin korang rasa takpelah dulu ibu aku susah, sekarang baru nak merasa. Bagi ibu. Happykan ibu. Tapi aku rasa, ibu aku makin rosak perangai.
Sejak tu lah aku mula fikir, cukup lah aku bagi duit kat ibu sekali sekala. Duit pencen arwah ayah pun tak habis nak makan. Jadi start tahun ni aku dah tak kirim duit. Impak dan risikonya yang aku kena tanggung, ialah sikap ibu akan berubah. Haha. Absolutely true.
Selalu ibuku beli lah sikit jajan untuk anak aku, kali ni takde langsung. Ibu tak habis-habis bersungut harga barang naik. Padahal selama ni kalau kitorang balik, bukanlah kitorang makan sangat apa ibu masak, in fact kitorang belikan makanan.
Barang jajan anak2 pun beli sendiri. Sabun mandi semua. Eh gaya ibu sungguh-sungguh lah nak bagitau betapa sesak takde duitnya dia. (Sebab anak dia ni tak kirim duit dah.) Haha.
Minta maaflah, aku terpaksa kentalkan hati. Aku taknak dah termakan pujuk rayu ibu. Aku rasa biarlah aku tunaikan tanggungjawab aku sekadarnya. Adik-adik aku bukan OKU.
Ibu aku pun baju dah penuh 3 almari, sampai tak terpakai, barang kemas pun penuh di jari dan di lengan. Apa lagi tak cukup.
Balik raya kali ni juga, aku dah luah kat ibu apa aku rasa. Aku tak tertahan bila aku tengok mak saudara aku yang dah meninggal dunia dijadikan bahan umpatan ibu aku.
Padahal aku tengok mak saudara aku tak pernah buat benda tak elok sejak 25 tahun aku reti beza benda baik dan buruk.
By the way, layanan ibu aku selama ni kepada aku, mental torture semua yang aku hadap, kerana bencinya ibu aku kepada mak saudara aku. Aku ni dijadikan bahan lempias selama ni.
Aku gitau ibu, aku redha aku ni tak sama macam anak-anak yang lain, apa aku buat serba tak kena di mata ibu selama ni, takde satu pun benda baik aku pernah buat. Aku tak kecil hati. Aku terima nasib aku.
(Kalau nak cerita tak habis, sampai terkesan lepas aku kahwin, layanan ibu kat anak-anak aku, suami aku, dll). Aku nasihat kat ibu, sebab aku sayang dia. Aku taknak ibu nampak buruk di mata sanak saudara.
Sedangkan ramai yang tahu mak saudara aku bukan seorang yang bercakap benda buruk, dan dia mati di hari jumaat, insyaAllah husnul khatimah. Aku hanya nasihat, selebihnya ibu fikirlah samada nak terima atau tak, terpulang pada ibu.
Mula-mula ibu nafikan, katanya dia tak berdendam pun dgn mak saudara aku tu. Tapi aku bertanya semula, betul ke tak berdendam, cuba ibu bagi tahu apa kebaikan mak saudara aku tu. Ibu hanya diam.
(Memang ibu tak boleh jawab, sebab selama ni apa yang keluar di mulut ibu 99% benda buruk sahaja pasal mak saudara aku tu, samalah apa nasib aku terima, 99% pasal aku selama ni semuanya buruk).
Aku rasa terlepas beban selama ni yang aku pikul. Sesuatu jawapan yang aku cari selama ni kenapa ibu buat aku begini selama ni dah terjawab dan aku boleh cakap berdepan dengan ibu. Aku sentiasa doakan ibu aku diberi ketenangan dan kebahagiaan hidup.
Aku tahu ibu banyak simpan rasa. Seburuk mana pun ibu buat kat aku walau tak logik nak fikir kenapa seorang ibu sanggup buat macam tu, aku tetap sayang ibu.
Aku tahu setiap anak yang di discriminate oleh ibu bapa, pasti ada sebab yang tertentu. Bukan mudah seorang budak kecil nak terima, pasti banyak persoalan sehingga menyebabkan memberontak.
Setiap ibu bapa ada egonya sendiri. Hanya masa yang akan buktikan kebenaran. Aku sendiri pun ambil masa 25 tahun nak rungkaikan kebenaran.
– Leen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit