Assalamualaikum admin dan pembaca. Hari ni saya nak cerita mengenai pengalaman saya beraya dengan anak kecil.
Alhamdulillah, usia perkahwinan saya baru mencecah tahun ketiga. Tahun pertama merasa beraya sebagai pengantin baru, tanpa anak. Raya tahun kedua beraya semasa berpantang dan raya tahun ketiga dengan anak berusia setahun. Kalau selama ni, saya jadi pembaca pengalaman orang, tapi tahun ni memang saya rasa sendiri pengalaman raya dengan anak kecik.
Selama ni kita selalu dengar orang cakap menantu perempuan mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung. Maksudnya kalau dia ada anak kecik, dia akan jadikan alasan tu untuk tidak menolong di dapur untuk masak, kemas rumah dan sebagainya. Sebagai seorang pengguna media social yang agak aktif, saya mengambil maklum perkara ini, dan menjadikan cerita-cerita ini sebagai motivasi.
Secara jujurnya, memang bukan mudah beraya dengan bayi kecil. Dalam situasi saya, anak saya berusia setahun, dan alhamdulillah baru belajar berjalan. (orang tua cakap ‘budak baru dapat kaki’)
Masa anak saya dah pandai berjalan, jujur saya bersyukur sebab sangkaan saya kuranglah masa yang saya perlu habiskan untuk menjaga dia di kampung sebab dia dah boleh berjalan sendiri, tak perlu di dukung oleh saya dan suami. Tetapi sangkaan saya sangat meleset.
Saya sebenarnya kategori perempuan yang menghabiskan masa di dapur setiap kali pulang ke kampung. Memang balik kampung, terus ke dapur tolong mak mertua masak dan saya dapat kepuasan dengan memasak. Kalau dulu tumpuan saya diberikan seratus peratus di dapur, kali ni tumpuan tu terpaksa dibahagikan kepada dua.
Perangai anak yang baru pandai jalan ni, memang dia takkan menangis cari mak atau ayah dia. Tapi mak ayah dia pulak yang akan menangis nak cari dia. Masa orang sibuk kupas bawang, masak kat dapur, ayah dia pulak tengah mengecat rumah kat depan, bila dia senyaaaaaap je, haaaa memang kene berhenti buat kerja pergi cari dia. Memang tepat instinct seorang ibu sebab bila kita pergi tengok mesti dia tengah bukak almari nak ambil cawan kaca (rumah orang tua banyak almari dalam tu pinggan hiasan), tengah makan tisu (kesukaan), main dekat sliding door (jari boleh tersepit), dan macam-macam lagi la aktiviti dia.
Kebetulan masa dekat kampung, saya dan suami berdua je dengan mak dan ayah mertua kat kampung. Tenaga budak kecik yang baru dapat kaki memang lelah la orang tua dibuatnya. Bila mertua jaga, diorang sendiri mengeluh. Siap panggil anak kita dari jauh sebab diorang pun tak larat nak kejar. Kalau didukung nanti nangis sebab budak baru dapat kaki, dia nak lepas. So memang dalam dilema sama ada nak ke dapur or jaga anak. Kalau tak ke dapur, kesian mak mertua masak sorang. Kalau masuk dapur, risau pulak keselamatan (risau cedera sebab suka main benda barang kaca, kipas, dsb) anak takde orang jaga.
Jadi tahun ni memang lemah semangat jadinya. Siap demam raya pertama tu sebab kelam kabut nak urus anak dan pada masa yang sama berusaha keras tolong mak mertua kat dapur sebab taknak kene label ‘pemalas’atau ‘salah guna anak taknak buat kerja rumah’.
Bila pergi beraya rumah orang cabaran lain pulak. Rumah sendiri memang mesra kanak-kanak. Rumah saya lapang, meja saya dah cover bucu, almari dah ikat supaya dia tak boleh buka. Jadi bila dia bermain kami tak risau sebab dah baby-proof satu rumah. Kalau pergi beraya, lagi-lagi rumah famili yang anak dah besar-besar dan pandai menjaga kelakuan, memang terlalu banyak hiasan rumah yang menjadi tarikan untuk budak baru dapat kaki ni.
Masa beraya, saya sibuk ikut anak berjalan tawaf rumah orang sebab dia sangat suka tarik balang kuih dan buka almari. Yela, rumah sendiri almari semua dah kena kunci, pergi rumah orang dia suka la sebab tempat tu environment baru untuk dia. Pergi beraya 4 buah rumah pun saya dah semput. Memang tak larat nak jaga anak merata. Memang satu cabaran yang saya tak terfikir akan tempuh bila ada anak kecik ni. Memang takde beraya nak berbual atau makan kat rumah orang. Sepenuh perhatian tu untuk anak. Suami pulak saya bagi chance tak jaga anak sebab turn beraya ni side dia. Mestilah dia lagi perlu berbual dengan tuan rumah which is saudara mara dia yang lagi kenal. Bila side saya, dia pulak ambil turn jaga anak untuk saya beraya.
Jadi sekarang ni, memang saya rasa, tak mustahil satu hari nanti saya akan jadi perempuan-malas-buat-kerja-guna-alasan-jaga-anak-taknak-buat-kerja-rumah.
Sebab serius benda ni boleh buat saya pressure. Awal-awal ni boleh la saya usaha sehabis baik jaga anak pada masa yang sama masuk dapur dan kemas rumah. Tapi bila anak dah dua tiga saya dapat rasa kesabaran tu makin menipis, dan masa tu saya takkan kisah pun orang nak label saya apa. Sebab lebih penting saya menjaga kewarasan minda daripada boleh menjadi stress sebab terlalu berusaha menjaga persepsi dan pandangan orang.
Bila kita buat kerja dapur, tinggalkan anak, nanti orang lain jaga anak kita tak macam kita jaga. Diorang akan biarkan budak tu explore, nanti bila dia tarik gelas, tolak-tolak tv, diorang jeritkan nama je dari jauh. Memang hilang sabar sikit lah sebab dah la orang lain taknak tolong kat dapur, tapi bila mintak tolong jaga anak macam tu pulak gayanya. So serius saya faham mak-mak yang anak rapat-rapat, masih lasak memilih untuk menjaga anak instead of menolong di dapur. Sebab benda ni lebih penting sebab berkaitan keselamatan anak dan ketenteraman orang lain.
Lepas tu, pasal anak lasak bila beraya rumah orang tapi tak ditegur oleh ibu bapa. Yang ni pun tak mustahil terjadi bila kefahaman antara suami isteri tu semakin pudar. Macam saya, awal-awal perkahwinan ni allah masih izinkan saya bertolak ansur dengan suami untuk bergilir jaga anak yang tengah lasak. Tapi kita kene faham, ade suami isteri lain mutual understanding diorang tak macam orang lain. Ada suami yang lepas tangan, yang hanya membiarkan isteri jaga anak yang sedang lasak; or sebaliknya. Lama-lama isteri pun muak dengan perangai suami, lalu membiarkan anak lasak tu menyepahkan rumah tuan rumah. Anak sorang boleh la bertolak ansur, kalau anak ramai, rapat-rapat tu yang memungkinkan parent menjadi lali dengan perangai anak, dan kelihatan tiada common sense ketika menjadi tetamu.
So dekat sini lah pentingnya membuat keputusan. Saya sendiri tak tahu adakah saya masih sanggup bekerja keras di musim perayaan akan datang (masuk dapur pada masa yang sama menjaga anak) memandangkan tahun depan anak saya akan berusia 2 tahun, which is pada waktu tu dia akan pandai tantrum pulak. bukan tak boleh bergilir dengan suami jaga anak, suami pun ada tugas khas (cat rumah, pasal langsir) sebab setahun sekali je balik kampung, mestilah nak tolong ibu dan ayah masing-masing. Really guys, parenthood is not easy. Ini baru anak sorang, bayangkan suami isteri yang murah rezeki dan dikurniakan anak yang rapat-rapat, memang cabaran sangat.
Agak cliché ayat ‘siapa takde anak lagi tu boleh la cakap macam-macam’, tapi seriously, what you expect dengan budak bawah 2 tahun? Kita nak marah or bagi arahan, diorang tak faham lagi. Kalau terlebih marah, nanti anak akan jadi memberontak dan tantrum depan orang ramai. Kalau kita nak jaga anak 24 jam dan bimbing dia explore keadaan sekeliling, nanti kene label ‘malas tak masuk dapur’. Nanti kalau bagi gadjet, cakap tak bagus untuk bayi.
Untuk saya dan suami, kami langsung tak introduce anak dengan gadjet. Bukan sebab taknak, sebab kami tak mampu. Handphone mak ayah dia pun skrin retak-retak, kalau bagi anak, anak boleh luka jari. Jadi secara tak langsung, kalau keluar makan or pergi beraya kami memang automatik kene bergilir jaga dia or bagi dia mainan. Tapi kalau dia jumpa sepupu dia yang ada gadjet, dia akan menenggek sekali kat tepi. Ahahaha.
Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk semua ibu bapa di luar sana. dan kepada ibu bapa yang ada tips or pengalaman dalam situasi macam ni, kalau confession ni disiarkan, harap boleh kongsi pengalaman masing-masing. macam mana nak win both situation? serius keinginan nak masuk dapur tu lagi tinggi sebenarnya, tapi mengenangkan anak yang tengah aktif, kadang-kadang saya jadi agak stress sehingga menjejaskan kesihatan diri. mana tau ade yang upah bibik semasa musim perayaan ke kan? sharing is caring <3
– MD
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit