Kisah raya tak best aku.. Nama aku Cempaka, asal dari selatan tanah air. Kenapa aku cakap raya tak best? Okey, cerita dia macam ni.
Aku berumur 30-an, dah berkahwin. Perkahwinan kami dah masuk tahun ke-6. Tapi setiap kali raya, mesti akan ada pergaduhan nak balik rumah mana. Jarak kampung belah saya dan husband hanya 40 minit sahaja, tapi gaya dia macam jauh je, kan?
Biasanya kami akan bergilir—tahun ni rumah sana, tahun depan rumah sini untuk raya pertama. Tapi cerita dia, bila turn rumah aku, mesti MIL dan ipar aku akan perli kami, seakan berdosa kalau aku beraya kat rumah mak aku.
Pastu, MIL akan selalu drag masa supaya kami stay rumah MIL sahaja. Dan kalau aku cakap nak balik rumah mak aku, MIL akan buat muka, atau akan ajak ke mana-mana.
Untuk masak pula, memang aku sorang je duduk kat dapur. Husband selalu kena jaga anak aku, takut kacau aku masak.
So aku akan duduk sorang-sorang je kat dapur all night malam raya, which is sangat terbalik dengan rumah mak aku. Kami akan gotong-royong masak together.
Oh ya, husband aku ada kakak. Tapi to be honest, kakak husband aku tak pernah masuk dapur, even tak keluar bilik, dengan alasan dia penat drive hadap jem untuk balik kampung. Habis aku ni balik kampung takde jem ke? And she is not married yet.
Dan biras aku juga tak akan keluar bilik dengan alasan anak kecil. Tapi anak dia lagi tua dari anak aku, ye. Dan MIL sentiasa backup kedua-dua mereka.
Kalau aku cuba query-kan, at the end of the day, aku yang akan dipersalahkan kenapa nak sibuk hal orang. Plus rumah MIL aku, asal raya je mesti akan gaduh besar, ye. Sebabnya, husband aku tegur kakak dia supaya masak kat dapur tolong aku.
At the end, MIL akan marah kami, husband and wife, ibarat kami tak faham kakak dia tu penat, sakit kepala hadap jem. Dan kami selalu dipersalahkan dalam apa-apa hal. Even sekecil alam punya gaduh.
Tahun ni, tahun turn rumah husband aku, aku dah gelisah. Help, sebab aku rasa aku dah tak mampu nak hadap semua drama tu. Husband aku siap-siap cakap, aku kena masak je, jangan kisahkan semua orang.
Tapi masalah sekarang, kalau aku sorang je yang buat? Aku yang masak, aku yang kemas rumah, aku yang kena keluar beli barang dapur—aku pun penat.
Tolong doakan aku, supaya aku redha dengan semua ni. And plus, tolong bagi idea untuk aku inform husband aku, aku dah penat.
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau I, I mengamuk je. Diorang anggap you ni kuli.
To be truth la nak ubah sikap manusia mmg susah.Yg kena berubah adalah diri kita sendiri.
Jgn stress2 sgt..jgn pk psl penat sgt.Anggap la memasak utk juadah hr raya ni sbg ladang pahala utk awk..lgpun enjoy je duk dapur sendirian tnpa ada pengacau.
Lgpun setahun sekali je raya bkn tiap bln kan..ubah cara fikir tuh.
Mak mertua dan sil awk tu dia suka la awk blk sana sebab tu dia pegang awk betul2…
Ubah cara fikir ya jgn stres sgt..nanti mood awk x happy