raya tidak bermakna lagi

Pada jam 11 pagi ” Nuh (bukan nama sebenar), when are you planning to take your leave on eid?”. “I am not sure on which day im going to take the leave, cause my family wasnt sure if we r going back hometown, let me get back to you soon”

Dengan perasaan yang excited dan tertanya tanya… “Dapat ke aku beraya di kampung tahun ni, memandangkan dah 2 tahun family aku tak beraya bersama” Setelah aku pulang di rumahaku, aku bertanya kan parents aku, dgn kuriusnya aku bertanya “this year raya kampung mana?” Bapa tiri ku tidak lah se excited aku dan ibuku, namun keesokkan hari aku request lah cuti dri 1 julai sampai 7 julai selama seminggu.

pada 1 july bermulalah cuti rayaku, aku rasa bersyukur dapat juga tahun ni beraya bersama keluarga tercinta. Aku rindu perasaan itu, gelak tawa di pagi raya, mandi sunat raya, terus makan rendang dan ketupan buatan ibu terus bergerak bersama abang ku ke masjid untuk solat raya. Sungguh aku rindu detik itu, dah 2 tahun tak merasa semua itu.

Jadi ramadhan lagi 2 hari melabuhkan tirainya, aku ambil kesempatan ini untuk beribadat dengan ikhlas tulus hatiku mengharapkan keredhoan Allah.

tiba-tiba..sesuatu yang tak disangka sangka mendatangi ku, kakak ku menelefonku dan memberi khabar yang dukacita

*KRING KRING*
“Nuh, betul ke awak tk pernah bgi mama duit langsung”
*Aku terkejut*
“Tidak kak! memang aku beri, cuma bulan ni Nuh beli Nitendo 3ds”

Aku dah lama usha, dah lama aku aim. Dulu tak dpt aku merasa kasih sayang seorang ayah, bagi aku ini lah self reward. dah 25 tahun aku tak pernah merasa semua kemewahan itu.

Padahal tak pernah aku ungkit dan berkira, di rumah itu bil air, bil api, bil telepone dan segala jenis bapak bill aku lah org yang membayar nya. Abang aku pun bertanya soalan yang sama, malah dia bertanya jika aky yang meminta duit pada mama ku. Sungguh terkilan aku mendengarnya, sungguh tergamam dan terdiam. aku cuba untuk menapis dan berfikir secara matang, sungguh tergamaknya ibu aku sendiri membawa cerita buruk tentang ku. tpi tidak aku memikirkan nya terlalu banyak kerana masih tidak tentu jika benda ni datang nya dari mamaku.

AKU NI BUKAN LAH MALAIKAT, AKU BUKAN LAH SEMPURNA. Dengan perasaan tidak berpuas hati, aku berjumpa dengan ibu ku sendiri. Persoalan ku itu mungkin membuat ibu ku terguris hati. No wonderlah, selama ini adik beradik ku berpecah belah. Buat hal sendiri. Lalu aku menangis, aku bergegas keluar rumah. tanpa ku sedari tiferny (kucing ku) mengekori ku dari belakang dan menemani ku ke kedai membeli air untuk berbuka puasa.

Keesokkan paginya, aku berjaga iaitu Ramadhan terakhir. Aku sedar bahawa aku lah sebenarnya yang bersalah, mahu tidak mahu pasti ibu lah yang benar. redha Ibu itu mmg redha Allah taala. Aku bergegas mencari mama untuk meminta maaf, namun mama mmg tidak ada dirumah. Aku tunggu dan tunggu, tidak ada seorang pun pulang.

(ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR)-Takbir raya

Ting ting ting. Group whatsapp berpusu pusu mengucapkan selamat hari raya, ada yang menghantar gambar meja penuh makanan. Ketupat, rendang, lemang. Allah! sedihnya aku. Di comparekan dgn meja makanku, krik krik. Aku di ibaratkan musafir di padang pasir, keseorangan behausan dahagakan kasih sayang. Tiada hala tuju.

Untuuk pengetahuan tuan puan, Ayah ku sudah meninggalkan aku dan adik beradikku since aku 6 tahun lagi. Ibu ku pula berkahwin lain. Adik beradikku memberontak.

Raya. Apakah itu raya? Raya bagi aku dah tak bermakna lagi. Apa kah raya itu bagi ku?

Long story short, Mama pulang only pada hari raya yang ke 3. Rupanya beraya di kampung bapa tiriku tanpa pengetahuan ku.

Aku beraya pada tahun ini keseorangan, kesunyian. Nak raya rumah pakcik2 ku pun aku malu. Jadi, annual leave yang 4 hari yang aku ambil tu bagaikan sia sia sahaja. Dah la nak apply cuti susah! hmmmmm

Aku harap ini boleh dijadikan pedoman untuk kalian, bersyukurlah dgn apa yang ada.

Lesson: Aku terlalu excited mungkin, jadi aku lupa nak cakap insya Allah, Allhamdulillah. Untuk yang ada family yang bahagia, bersyukurlah. Appreciatelah while you still have it, you know. I am dying to have one. Aku rindu raya itu, raya itu bagai tak bermakna lagi.

– Nuh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit