Saya merupakan seorang isteri yang bekerjaya dan memiliki 3 cahaya mata. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.
Saya berasal daripada keluarga yang kecil, saudara tak berapa ramai. Berbeza dengan suami, saudara tak terperi ramainya.
Saya nak luahkan tentang hari raya lepas yang saya hadapi sejak berkahwin. Walaupun telah bertahun-tahun berkahwin, tetapi saya tetap rasa susah nak handle emosi saya.
Tapi jangan risau, kat depan orang luar, saya ok je, macam happy-go-lucky gitu. Dengan suami je yang saya suka jadi naik angin bila penat.
Bila saya naik angin, bukan suami nak pujuk, dia emo pula sebab katanya tak boleh adapt dengan keluarganya.
Ceritanya macam ni. Bila hari raya di belah suami, ramai saudara-saudara nonstop datang rumah. Keluarga suami pula jenis rajin masak, tapi malas berkemas.
Suami pula jenis OCD, rajin kemas tapi biasanya dia libatkan saya sama. Saya ok je sebab saya pun jenis sakit mata kalau tengok benda sepah, sinki berlendir sebab tak berkemas.
Tapi hasilnya, badan saya jadi penat dan kaki jadi sakit. Nonstop sampai tengah malam sehingga la turn balik kampung saya. Kat kampung saya, dah terbiasa saudara tak ramai. Jadi kurang operasi-operasi di dapur.
Ok, bila lepas raya, lain pula hal. Suami suka jemput tetamu. Dia lebih suka saya masak sendiri. Sedap ke saya masak? Entahlah… Dia tak pernah pun puji masakan saya. Nak order boleh, tapi menu sampingan je la… Tapi biasanya semua saya masak.
Bayangkanlah dengan anak kecil, kadang-kadang mommy jadi hijau… Kesian pula kena marah. Suami? Ya, dia membantu… Dia part kemas-kemas. Tapi saya tetap rasa penat setiap minggu macam ni.
Ni pun dia ada lagi plan nak buat open house sesi ke entah berapa untuk saudara/kawan yang nak datang. Oh no… Rasa nak teriak dengar. Penat, darling oiii… Tak boleh ke weekend bagi bini rest golek-golek je?
Bukan saya tak suka tetamu. Saya pun suka sebenarnya. Tapi bila terlalu banyak aktiviti jemput-jemput orang ni, saya jadi restless…
Nanti dah la nak bertarung ke ofis meredah jem kat tengah KL ni. Balik kadang-kadang malam. Tu pun saya jenis masak dinner juga untuk keluarga.
Itulah, tak ada pun isu sangat sebenarnya, kan? Cuma kadang-kadang saya teringin nak raya time PKP semula… Happy-happy dengan keluarga sendiri, banyak masa dengan anak-anak…
Letih oiii… Ni pun tengah luruskan kaki sebab sarat preggy… Kaki pun dah mula bengkak…
– Kekwa Kembung Kempis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Laaa kau tengah pregnant rupanya. Your husband is so inconsiderate. Kalau I, memang dah melayang pinggan mangkuk kat dapur tu. Dia yang beriya nak buat open house jamu orang tapi orang lain yang kena penat-penat. Apa benda LOL.
gni yg jadi bila tak melawan langsung
Bila keluhan penat tak diendah encik suami, saya rela kunci diri dalam bilik. and tido buat tak endah apa yang berlaku kat luar sana. Firmly bagitau, saya tak nak terlibat dengan aktiviti open house weekend ni.
Bila Hari open house tiba, saya bgtau suami ada appoinment spa/urut.
hidup ini keras, so hati kene keras jugak.