Membaca luahan-luahan di sini membuat diri ini terpanggil untuk berkongsi kisah duka rayaku. Sebelum meneruskan kata, maaf andai penulisan ini tidak seindah yg lain.
Dikala bersendirian, hati ini terasa sedih, rindu atau mungkin juga benci? Mengingat akan kenangan raya pada tahun-tahun sebelum ini.
Setiap kali raya menjelang tiba, diri ini sentiasa berdebar kerana setiap kali inilah akan tercetusnya detik-detik pergaduhan dalam keluarga.
Gaduh pasal baju raya, kuih raya. Raya indah bagi insan-insan yang bahagia tetapi tidak bagiku.
Ayah selalu tidak menghiraukan pakaian raya kami adik beradik. Alasannya “dah besar kan, tah yah la baju baru”, “baju raya tahun lepas kan dah ada” dan macam-macam lagi la. Bukannya dia tak ada duit, cuma tulah “kedekut”.
Bukannya aku tak bersyukur, cuma yela budak-budak, mestilah nak pakai baju baru. Kadang tu kami adik beradik dh tak kisah sangat pun pasal baju sebab dah lama kan hadap pasal benda ni.
Yang paling aku kesah, kesal, geram, pada pagi hari raya pun ayah tak bagi kami beraya dengan tenang. Rumah aku ni sebelah dengan rumah nenek sebelah ayah.
Ada satu tahun tu, kami pergi rumah nenek nak beraya, baru je pegi sekejap ayah dah panggil suruh balik. Btw dia tak pegi sebab gaduh dengan atuk. Memang setiap tahun dia tak kan jejakkan kaki.
Sambung cerita, kami pun balik la rumah. Balik tu, kami disuruh cangkul tanah untuk buat apa ntah.
Dan raya tahun tu paling teruk yang pernah aku rasa, tak dapat beraya rumah nenek, apatah lagi jiran. Memang duduk rumah jela seharian tu.
Pernah jugak kami pegi beraya, baru je beberapa rumah dah kena panggil balik.
Kadang, aku rasa ayah sengaja nak sekat kami dari bergaul. Yela dia kan selalu raya duk rumah je, tak nak bergaul.
Bayangkan pagi raya yang sepatutnya budak meraikan kegembiraan tapi kami tak dapat buat semua tu. Tak dapat beraya rumah nenek, jiran hmm.
Selepas 3 tahun perceraian ibu ayah, aku rasa raya aku makin meriah. Takde lagi tak pakai baju baru, halang raya.
Kakak akan usaha beli baju baru untuk kami walaupun murah. Kami dah boleh raya rumah jiran. Kami adik beradik bersyukur dgn apa yang ada sekarang.
Tapi satu je nikmat raya yg tetap tak dapat kami rasakan. “Raya rumah nenek”. Memandangkn ibu ayah dah cerai, kami dah tak jumpa ayah dan nenek atas sebab-sebab tertentu.
Benci? Mungkin ya, tapi selalu ku selitkan di hati “seburuk-buruknya, dia tetap ayah kau.”
Mungkin anda tertanya-tanya “takkan benci sebab benda ni je?” Tapi sebenarnya banyak lagi dugaan kami adik beradik yang kena hadap hinggalah detik penceraian.
Aku rasa bersyukur sebab Allah jauhkan kami dari ayah sebab tiada lagi air mata siksanya ibu dengan perangai ayah yang terpaksa ditanggung. Terima kasih Ya Allah.
Doakan semoga aku boleh memaafkan dan tidak terus membencinya.
Buat ibu ayah diluar sana, walaupun tidak mampu memenuhi keperluan raya anak mu, sekurang-kurangnya janganlah kamu menghalangnya meraikan hari raya.
Akhir kata, selamat hari raya daripada Cik jambu, bukan nama sebenar.
– Cik jambu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit