Raya Yang Tiada Makna Lagi

Assalammualaikum Admin dan warga iium confession. Salam ramadhan buat semua…

Hanya untuk luahan isi hati yang terpendam..

Tidak lama lagi hari raya bakal menjelma… dulu akulah orang yang paling gembira paling teruja untuk menyambut hari raya… tiap kali hari raya aku dah berfikir baju raya aku mahu semua sekeluarga sedondon… tapi pada kali ini hati aku tidak lagi merasakan keterujaan kegembiraan…. Hanya kesedihan dan kesayuan dalam hati ini..

Setelah arwah mak ku pergi meninggalkan dunia kira-kira 4 tahun yang lepas sikit sebanyak hari raya membuatkan aku rasa tiada gunanya tanpa kehadiran arwah emak ku.. tapi aku kuatkan hati tabahkan hati cuba memujuk hati ini walaupun arwah mak sudah tiada bukan bermaksud hari raya sudah tidak bermakna lagi..aku masih ada lagi adik beradik yang lain untuk meraikan hari raya ini bersama-sama.…saban tahun akulah yang menjadi org yang paling beria sangat membuat persediaan dan persiapan hari raya untuk adik beradikku… rumah pusaka aku bersihkan kucantikkan kusediakan bilik-bilik untuk mereka pulang nanti….makanan aku masakkan untuk mereka…. ibarat mereka datang hanya cuci kaki sahaja semuanya telah kusediakan… aku tidak kisah penat lelah yang aku dapat janji adik beradikku bersama-sama berkumpul meraikan hari raya ini bersama sebagai satu keluarga….

Pada tahun ini sayu hati menerjah kembali..…aku bakal merayakan hari raya ku bersendirian…kesemua adik beradik ku bakal beraya di rumah sebelah mertua walaupun untuk tahun ini adalah turn belah mereka… kakakku berkawin dengan anak tunggal.. tiada istilah raya bergilir-gilir, abangku baru bercerai dia tidak mahu berjumpa dengan saudara, adikku baru mendapat anak jadi raya tahun ni mertuanya berharap dapat raya bersama dihari raya pertama dengan cucu sulung. Dan adik perempuanku tinggal jauh perbincangan dengan suami masih belum mendapat kata sepakat.
Tiada apa yang dapat aku luahkan katakan terjemahkan perasaan ini….. alangkah indahnya jika emak ku masih hidup… tiada adik beradik pon tidak mengapa mereka tidak balik pon tidak mengapa…janji emakku ada… rindunya aku pada emak ku..

Mak, rindu nya aa pada mak… raya bakal menjelma.. indahnya jika mak ada dengan aa..akan aa bawak emak beraya dari pagi sampai ke malam macam yang selalu kita buat bila hari raya…kita beraya bersama ke rumah-rumah saudara emak.. dari pagi sampai ke malam… dari satu rumah saudara ke satu rumah saudara, setiap rumah saudara kita dipaksa makan juadah yang mereka sediakan sampai kekenyangan dibuatnya…dan mak ceritakan kehidupan mak dengan mereka walaupun ceritanya telah mak ceritakan pada raya tahun lepas… Tapi mak… sekarang diaorang tidak mahu beraya mcm mak… diaorang suruh aa skip mana-mana rumah sedara yang tidak penting… bila aa ckp semua penting diaorang marah… jadi aa tak pergi meraya rumah saudara mak di lorong m, rumah sepupu mak bawah bukit… rumah anak abah, adik beradik abah dan kawan-kawan abah di k. mesti mereka terasa, lepas mak sudah tiada aa tidak pergi rumah diaorang.. adakalanya aa fikir biar aa beraya sahaja rumah saudara seorang diri..tapi nanti mesti saudara bertanya pasal adik beradik lain, aa tidak tahu apa perlu aa cakapkan nanti dan boleh aja aa katakan mereka beraya dirumah mertua tapi dapat ke aa menahan airmata dari melihat kegembiraan sepupu bersama dengan adik beradik mereka tapi aa hanya seorang diri…. sedih mak…aa sedih…hari raya selepas mak pergi tidak bermakna lagi….

Untuk adik beradikku…terima kasih semua.. terima kasih kerana masih mengekalkan hubungan silaturahim ini walaupun kita jarang berjumpa dan berkumpul macam dahulu.. doa aku buat kali semua semoga kalian berbahagia dengan keluarga kalian.

Dari adikmu

– AA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *