Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi publish penulisan ini ya. Tujuan saya tulis confessions ni sebenarnya disebabkan oleh pelbagai tekanan yang di hadapi oleh orang sekeliling kita.
Saya lihat ramainya manusia yang dalam keadaan tertekan disebabkan oleh perbuatan para penganiya. Walhal manusia itu sudah jelas tidak ada yang sempurna. Tetapi masih juga berlaku penganiyaan terutama dari segi mental. Bagi saya tekanan batin itu terlalu pedih dan sakit untuk ditanggung oleh sesiapa pun.
Maka dengan itu, saya merayu sangat kepada para pembaca untuk cakna tentang permasalahan ini. Mulakan dengan diri sendiri dahulu. Nasihat kan diri sendiri untuk buka minda luas-luas. Belajar tentang psikology masyarakat dan keluarga. Belajar tentang personaliti seseorang. Belajarlah tentang kenapa seseorang berperilaku sedemikian.
Sebelum terdetik di dalam hati untuk menilai buruk mengenai seseorang belajar lah dulu mengapa, kenapa dan apa punca seseorang individu berperilaku sedemikian. Jangan terlalu gelojoh menilai orang lain buruk. Belajar lah sehingga timbul kesedaran di dalam jiwa, fikiran dan percakapan.
Sesudah timbul kesedaran saya percaya anda akan merasa ianya sangat penting untuk setiap dari kita mengetahuinya. Benda yang terlihat remeh Kadang2 itulah PEMBUNUH paling ngeri kawan-kawan. Jika suda ada kesedaran, jika anda kakak, ajarilah adik beradik anda. Jika anda adalah ibu/ayah, didiklah anak2 anda tentang psikology.
Andai kata anda langsung tidak tahu apa itu psikology, anda hanya perlu terapkan dalam diri anak2 anda untuk sentiasa memahami keadaan seseorang. Ajar anak2 anda untuk tidak terlalu cepat menilai dan menghukum seseorang. Ajari anak anda untuk bertindak hero/heroin kepada seseorang yang di aniaya tidak kira secara percakapan mahu pun perbuatan.
Didiklah anak anda hingga timbul kesedaran di dalam diri anak2 tentang pentingnya memahami sesiapa pun. Saya percaya jika ke semua ibu / ayah menitik berat kan tentang itu, saya yakin ia boleh mengurangkan jenayah buli terutamanya jenayah buli mental.
Buat para guru, pensyarah, ustaz dan ustazah didik lah anak2 murid tentang psikologi personaliti. PERHATIKAN lah anak2 murid. Lihat lah perilaku mereka. Jangan biarkan buli mental bertapak kukuh di sekolah/universiti. Jangan lah ada sifat pilih kasih. Lihat lah anak2 murid anda sebagai amanah daripada Allah sebagai ibu bapa kedua.
Kepada para majikan, ambil berat lah terhadap anak2 buah anda. Didiklah anak2 buah tentang sifat Saling bantu membantu. Lebih elok jika berikan surat amaran kepada staff yang suka membuli staff lain.
Kawan2, lihat lah orang sekeliling kita. Kita ada masalah, orang lain juga ada masalahnya. Masing2 lah kita mengambil berat antara satu sama lain. Jika kita bukan jenis orang yang suka mengambil berat tentang seseorang, ajarilah diri untuk tidak membuli dan Cubalah memahami perilaku seseorang. Tahu kah anda? Pandangan buruk kita kepada seseorang memberikan tekanan yang hebat dalam dirinya??
Akhir rayuan,
Janganlah kita menjadi orang terburuk yang suka menganiaya sesiapa pun. Janganlah kita menjadi orang yang Allahuakbar, terlalu cepat dan pantas menilai dan menghukum. Jika ada Kawan2 kita yang suka membuli, berikan dia kesedaran. Jika dia masih tidak berubah, laporkan kepada yang berkuasa. Itu baru namanya kawan. Menegur benda yang jelas salah.
Saya cukup hairan dengan kumpulan kawan2 yang saling support kejahatan ahli kumpulan. Saya sudah jumpa golongan seperti ini dan apa yang saya lihat, ikatan persahabatan mereka terlalu kuat sehingga menyokong apa jua jenis tindakan antara satu sama lain tidak kira buruk atau baik.
Kenapa saya katakan seperti ini? Kerana orang yang berkuasa tidak mereka dengari apa lagi orang yang tidak berkuasa? Kenapa saya cerita kan hal ini? Kerana betapa sengsaranya jiwa saya menanggung sakit akibat perbuatan buli mental mereka terhadap saya. Semoga Allah memberikan mereka kesedaran suatu hari nanti. Aamin.
Akhir sekali, semoga Allah merahmati para pembaca dengan akhlak yang murni. Allahumma aamin..
Terima kasih.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit