Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kalau siarkan coretan aku ni.Confession ni aku buat atas sebab benda ni aku dah tak tahu nak buat apa. Nak dinasihatkan aku tak tahu nak nasihat siapa, nak buat aduan pun aku tak tahu nak mengadu pada siapa. Confession aku kali ni adalah pasal SAMPAH. Yup, pasal sampah. Benda yang aku perasan sejak aku melangkah keluar dari negara sendiri.
Aku memang lepasan negara yang korang memang kenal kebersihannya tapi ada jugak yang sepah2 sikit. Tapi aku tersentak pertama kali tentang sampah merata2 kat malaysia ni masa aku tahun kedua kat universiti. Masa tu baru je lepas cuti musim panas, dan ni cuti yang lama kat negara tu. Seorang kawan aku rakyat negara tu, baru je balik bercuti dari malaysia. Aku punye bangga bukan main sebab aku nak dengar apa yang bagus pasal negara yang tercinta. Tapi apa yang aku dengar cuma dia cakap dia pergi pantai tapi kotor gila dengan sampah. Aku tersentak, malu, semua perasaan ada. Aku tak tau nak cakap apa masa tu. Aku tergamam je.
Pastu, kat taman aku tinggal ni ada pasar malam. Haritu ada tutup kejap, sebab kes denggi. Memang pada aku tak pelik pun sebab sampah bersepah kat tempat tu, memang la nyamuk banyak, tapi yang pelik ada org marah kenapa tutup. Adakah korang tak nampak sampah2 bersepah?
Tapi yang membuatkan perasaan aku memuncak adalah gambar yang aku tengok hari ini sampah2 yang terkumpul lepas banjir yang membuatkan aku terfikir adakah banjir ni disebabkan sampah2 ni. Kalau betul sesiapa yang membuang sampah tu, korang dah membunuh beberapa orang, korang dah menyusahkan orang. Aku merayu kat sini, merayu sangat2, tolong jangan buang sampah merata2. Aku buat rayuan kat sini, sebab aku tengok berita semua yang diwawancara cakap kerajaan tak kiralah kerajaan negeri ke pusat ke(aku cakap ni nanti orang ingat aku macai mana2 sbb orang malaysia semangat sangat politik) perlu mengurus sampah dengan betul. Tapi, adakah kalau dah ada pengurusan, korang bole buang sampah sesuka hati? Pada aku, sampah ni korang kena sedar sendiri dari hati, yang salah buang sampah, lagi2 plastik yang tak kan terurai sampai beribu tahun lagi.
Sebab itu, akhir kata, aku merayu, merayu sangat2 merayu, kepada semua rakyat malaysia, tak kira bangsa dan umur, tolong jangan buang sampah merata2. Kita dah merdeka 60tahun, tapi minda kita masih dijajah sampah. Tolong buang sampah dalam tong sampah. Aku merayu sangat. Aku ulang lagi, harini sampah yang kalau korang buang merata tu dah bunuh beberapa orang. Jangan ada lagi nyawa yang melayang. Ibu bapa pun mari kita sama2 didik anak2 kita mencintai alam sekitar. Kalau lepas ni korang nampak sampah bersepah, ringankan tulang kutip sampah tu. Yang buang sampah, harap2 korang sedar salah korang dan tak buat lagi. Dan kat sini, aku ucap penghargaan setulus hati kepada wira2 yang bekerja sebagai cleaner, pengurus sampah, yang bawa lori sampah dan yang berkaitan yang tidak kenal penat lelah memastikan negara ini masih boleh didiami dengan selesa.
– Mr.P
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit