Drama Keluarga Itu arahan Erma Fatima yang bersiaran setiap hujung minggu, lepas Buletin Utama, semakin mendapat tempat di hati penonton.
Paling menyiat2 hati, bila keluar babak haruan makan anak. Dah la anak tu anak istimewa. Tah mana letak hati seorang bapak.
Jangan kata benda2 macam ni tak berlaku dalam masyarakat kita. Ada… sampai keluar hasil pun ada. Nak baca tentang kisah ‘Keluarga Itu’ versi misi Konah?
Sebelum tu, disclaimer : semua nama dan tempat adalah menggunakan samaran. Takde niat nak merancakkan konten. Semoga pengisian menjadi iktibar.
Kes ni berlaku semasa Konah bertugas di sebuah klinik yang terletak dalam kawasan perkampungan nelayan, sekitar tahun 2018-2019.
Doktor di OPD maklumkan yang ada 1 kes mengandung bawah umur, kes rog*l oleh bapak sendiri. Doktor nak staffnurse buka buku merah dan handle. Konah namakan adik ni Ameena, sebab Konah suka nama Ameena.
Ameena ni dia ada masalah pembelajaran, umur 14 tahun, masih bersekolah di sekolah menengah (pendidikan khas). Mak Ameena ni pun ada masalah pembelajaran.
Salah seorang dari 3 adik Ameena yang bawah dia pun ada masalah pembelajaran, iaitu adik perempuan bawah Ameena ni, umur 12 tahun.
Ameena ni anak yang sulung. Bapak ta’guna Ameena ni keje nelayan. Ada main barang jugak. Jarang2 ke laut. Lebih suka makan tido di rumah.
Namun, mak Ameena ni tak pernah merungut (katanya). Disebabkan rasa kasih dan cinta setebal buku panduan telefon terhadap suami kesayangan, mak Ameena ni pun pergi la keluar bekerja, mengambil upah mengopek ikan bilis di sekitar2 rumah diorang tu jugak.
Jadi bila maknya ni keluar bekerja, tinggallah si bapak menjaga anak yang kecik sementara Ameena dan anak2 yang dah bersekolah pergi sekolah. Diorang pegi sekolah jalan kaki je. Rumah dekat dengan sekolah.
Bila hujung minggu atau cuti sekolah panjang, Ameena la yang jaga adik2 kalau bapaknya ke laut (atau tido je) dan maknya keluar bekerja.
Ketika umur Ameena berusia 12 tahun lagi dia dah diharapkan menjaga adik2 bila parents dia tak de di rumah. Satu hari bapak dia tak turun ke laut, alasan demam. Itu jam la bapak dia buat keje.
Ameena ni dia tak pandai nak expresskan apa yang dia rasa. Macam lembam gitu. Dia cuma mungkin ketakutan dan menangis pun macam tak menangis (ni Konah bayangkan, sebab dia tak pandai tunjukkan ekspresi sebenar dia) bila bapak dia buat macam tu kat dia.
Bapak dia memang warning, psycho dia kaw2 la kan. Ugut macam2. Nak pukul dia la, nak pukul adik la, nak halau la. Takut la kawan tu.
Bila dia tengok Ameena ni makan ugut, dia buat lagi, dia buat lagi. Sampai tahap dia tak ke laut dah kalau hujung minggu dan cuti sekolah panjang. Ameena ni pernah cuba cakap (cara dia la kan) dekat mak dia, tapi mak dia marah dia balik, pukul dia. Mak dia kata jangan sebut2 lagi macam tu.
Mak dia ni memang sayang sangat kat bapak Ameena ni. Agaknya kalau suruh pilih anak dengan suami, (mungkin) dia lebih ke suami. Bukan Konah judge, tapi keluarga sebelah mak dia sendiri cakap begitu.
Jadi, benda ni berlarutan sampai Ameena berusia 14 tahun. Ameena mengadu sakit perut. Mak dia bawak ke klinik. Kat situ baru tahu dia mengandung. Dah besar usia kandungan. Dalam 28 minggu.
Tapi disebabkan dia budak lagi, badan pun kurus melampai, perut tak berapa nampak. Prosedur nak buka buku untuk kes mengandung bawah umur, dirog*ol ni lain sikit dari kes biasa.
Konah ringkaskan. Bila doktor dah settle part doktor, Konah pun tanya soalan2 dalam bahasa mudah, dia jawab sepatah-sepatah, slow beno nak habiskan ayat. Lurus je macam highway Melaka-Johor Bahru.
Atas desakan keluarga sebelah mak Ameena, mak Ameena buat report dan bapak Ameena kena tangkap. Terus ke penjara.
Sepanjang Konah jaga dia, tak susah pun. Makcik dia yang selalu bawa dia check up. Mak dia mungkin malu nak ke klinik. Cuma bila kita ajar macamana nak kira gerak anak tu, dia tanda ikut kefahaman dia lah. Macam budak umur 6-7 tahun.
Kena sabar ajar dia banyak2 kali supaya dia catat gerak anak dia dengan betul. Carta gerak anak ni, alangkan ibu yang takde masalah pembelajaran pun kadang ajar tak faham2 (atau malas nak tanda), inikan pulak Ameena. Tak apalah. Janji dia tau anak dia bergerak.
Yang kesian bila term, perut dah sarat, air mata Ameena ni selalu meleleh je. Sakit, ketat perut agaknya. Lepas Ameena bersalin, makcik sebelah bapak dia ambil anak tu.
Mak bapak Ameena bercerai (atas nasihat keluarga). Ameena sambung persekolahan balik. Sekarang mereka tinggal dengan datuk dan nenek sebelah mak Ameena.
Kali terakhir Konah pergi melawat dia di rumah, nenek Ameena ada bisik kat Konah. Dia kata adik Ameena yang ada masalah pembelajaran tu pun sempat dikejekan oleh bapak diorang ni sebelum ditangkap dan sekarang adik perempuan Ameena tu ada menunjukkan tanda2 kemurungan.
Menyedihkan kan kalau benda2 macam ni terjadi dalam keluarga. Perpecahan keluarga dari sikap si ayah yang tak mampu mengawal nafsu. Meninggalkan kesan trauma yang dalam pada setiap hati dalam keluarga.
Konah pernah jumpa 1 kes yang abang makan adik, keluar seorang anak. Tapi keluarga berlapang dada terima dan jaga baby tu. Mak dia kahwinkan si adik untuk settlekan cerita. Tak ke terasa apa2 bila setiap kali memandang wajah anak yang tak berdosa tu?
Berhati2lah, zaman sekarang siapa pun tak boleh percaya dah, even di kalangan ahli keluarga sendiri pun. Mohon dijauhkan perkara2 sebegini dari keluarga kita hendaknya.
– Konah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit