Realiti Alam Dewasa

Assalamualaikum. Terima kasih jika tulisan ini disiarkan. Aku rasa di sini sahaja lah tempat meluah tanpa ada rasa serba salah selain menadah tangan berdoa sebab di sini tiada yang mengenali aku.

Menggunakan ‘aku’ sebagai kata ganti nama diri kerana tulisan ini berbentuk luahan yang terbuku di hati, maaf jika ada yang merasa tak sopan.

Aku selalu dikenali sebagai Zhi, isteri yang berusia 30an, bongsu dan bekerja sendiri. Masih tinggal bersama orang tua. Baru 5 tahun berumah tangga, belum ada rezeki anak. Suami aku sihat dan aku juga sihat. Hubungan aku dan suami amat baik dan masih macam awal2 kahwin.

Hubungan dengan keluarga mertua dan orang2 sekeliling juga baik. Alhamdulillah. Bagi aku, hidup aku sederhana dan aku rasa cukup dengan pinjaman dari Nya. Cuma kita kan masih di dunia, pasti lah akan diuji.

Aku datang dari keluarga yang cukup2 makan, termasuk juga suami. Kami memang sekufu. Kalau diikutkan, nafkah yang suami beri memang sudah cukup tanpa perlu aku kerja.

Tapi atas izin suami aku terus mencari rezeki dengan syarat tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Jadi aku pun terus bekerja untuk menyara orang tua aku.

Ya aku bongsu, tapi aku sudah terbiasa menjadi yang sulung sejak di bangku sekolah lagi.

Kakak2 aku sudah berkahwin dan merantau ikut suami jauh pulak tu, walaupun aku penat mencari rezeki agar mereka menyambung pelajaran suatu ketika dahulu, namun aku hormat keputusan mereka untuk menjadi suri rumah sekarang. Sekali sekala sahaja mereka pulang.

Menafkahi orang tua memang tiada dalam kamus kehidupan mereka, bagi aku sejak di bangku sekolah lagi mereka sudah tinggal di asrama jadi, susah payah orang tua aku mereka tidak menyaksikannya.

Mana yang sulung? Tentulah abang aku. Jujurnya sekarang dia biawak. Dahulunya menjadi kebanggaan kampung kerana berjaya menyambung pelajaran tinggi2 namun sekarang tanam jagung, hutang keliling pinggang.

Sejak pkp dia tanam jagung, bercerai dan hak jagaan anak dia perolehi, entahlah bagaimana aku tak ambil tahu sangat, yang sedihnya anaknya mild autism. Sejak bercerai dua beranak tu memang tinggal di sini (rumah parents).

Abang aku memang tak pandai menguruskan anaknya, masa kecil memang ibu aku yang banyak uruskan, namun seiring berjalan waktu, kekuatan ibu sudah tidak semegah dahulu, atas belas kasihan dan izin suami, aku yang uruskannya.

Saban hari makin menguji dengan telatah autism nya. Abang aku tahu makan tidur sahaja, duit pun minta dari orang tua. Di fb bangga betul dia jadi trader f*rex berjaya kononnya ramai follower lagi. Aku benci dia.

Aku berkerja sendiri. Setiap pagi, jual nasi lemak. Kadang2 aku juga terima tempahan juadah untuk majlis2.

Habis niaga, aku memintal aiskrim Malaysia dan buat dessert yang simple untuk dijual di vendor2 dan kedai2 runcit, sambil menyiapkannya sambil aku mengasuh anak saudara aku yang autism tu.

Dan aku juga peniaga on9, jualan di sh*pee, lepas zohor baru aku uruskan perniagaan on9 aku. Petang2 sikit, aku dah perlu siapkan diri aku untuk berkhidmat untuk suami. Masak sedap2, mengemas, bersiap cantik2 untuk sambut suami pulang kerja.

Dan rutin malam ialah ikut suami ke masjid tapi selalunya aku culas sebab kelelahan seharian. Dalam pada itu, aku tetap akan curi2 menguruskan anak syurga itu. Alhamdulillah pendapatan aku, cukup untuk menampung keperluan rumah, kalau tak cukup selalunya suami yang akan bantu.

Aku penat sebab semuanya aku yang perlu tanggung. Bagi aku suami hanya cukup menafkahi aku sahaja, dia tidak perlu menafkahi keluarga aku, dia juga perlu menafkahi orang tuanya yang sudah uzur serta adik2nya yang masih bersekolah. Aku tidak sanggup menambah bebannya.

Simpanan orang tua aku, dihabiskan orang kakak2 dan abang aku. Sekarang semuanya letak atas bahu aku.

Dulu aku konsisten uruskan belanja rumah dan hulur duit poket untuk orang tua aku. Tapi disebabkan abang aku suka meminta dari mereka, aku berhenti menghulur, sudah la isap rokok, hutang ptptn tertunggak entah apa lagi bala dia.

Bertambah semak otak, abah aku cari gaduh dengan suami aku disebabkan si biawak tu. Bertambah sesak, tantrum si anak syurga tu makin menjadi2 sampai menyukarkan urusan untuk aku cari rezeki.

Aku ni cari rezeki, untuk tampung keluarga aku, takpa biar aku tiada baju baru, biar aku bersederhana begini yang penting keluarga aku cukup dan sihat.

Kenapa tak keluar dari rumah tu? Kalau aku keluar, kesian kat ibu. Sekarang, aku bertahan kerana ibu sahaja. Dialah tempat aku curahkan segalanya, bagi aku dia lah tempat kedua setelah suami.

Aku sabar selama ini kerana dari kecil dia sangat sempurna melayani kerenah aku, mendidik dan mengasuhku. Dialah segalanya untuk aku.

Tentang anak. Dengan keadaan aku ini, aku belum mampu. Mental dan fizikal aku memang belum bersedia, belum cerita hal kewangan. Ni mesti akan ada yang sebut anak itu pembawa rezeki.

Bagi aku, anak itu amanah, aku takmau dia perlu bersusah payah macam aku. Aku tak mahu ini semua berulang, aku mahu sediakan kehidupan yang baik untuk mereka. Ada masa, suami akan tolong aku uruskan anak syurga itu.

Aku tahu, mesti suami aku rasa, takut kalau aku juga melahirkan anak yang begini juga. Dari raut wajahnya jelas sekali. Dia berhenti berbicara soal zuriat setelah dia sendiri menyaksikan aku perlu menghadapi tantrum si anak syurga itu. Jelas sekali dia tak sanggup aku bertambah susah.

Sekarang ni, tak pasal2 aku kena banyak membaca tentang autism supaya dapat mengawal anak syurga tu. Sekarang aku sudah tidak lagi mampu menghadapi bila tantrumnya singgah, aku akan kunci dia di bilik abang aku. Biar bapaknya yang hadap anaknya. Puas hati aku.

Walaupun abang aku geram dengan situasi ini, yelahh aku manggakan terus biliknya dari luar, dah surut tantrum budak tu, baru aku buka. Abang dan abah marah betul dengan tindakkan aku ni.

Tapi aku ugut untuk halau abang dan viral kan kehidupan dia yang sebenar. Mereka terpaksa akur dengan aku. Kalau tak, aku yang akan keluar dari rumah tu dan bawak ibu sekali. Abah takut kehilangan ibu, abang pulak tiada tempat lagi untuk berteduh.

Hanya 2 lelaki ini sahaja yang tidak berguna dalam hidup aku, tapi aku tidaklah judge semua lelaki sama sebab aku dapat suami yang baik dan hensem, mujur aku pun cantik hakkk tiberrr.

Aku belum cerita lagi tentang abah aku, bagi aku selaku anak bongsu dia gagal sebagai seorang bapa. Dari aku kecik sampai sekarang, sentiasa menyusahkan dan amat toxic. Sekarang perangai dia ditambah dengan usia senjanya, amatlah sukar untuk dihadapi.

Bagi dia akulah anak yang paling jahat dan tak menjadi. Aku tak kesah semua tu. Ehh dah la masa akad nikah, passing ke kadi sebab dia tak nak nikahkan aku, lepas tu bolot duit salam cekak semua ke dia, dah lah majlis aku satu sen pun tak bawak keluar.

Aku ungkit soal ni sebab itu saat2 akhir dia menjalankan tugas seorang bapa ke atas anak perempuannya yang terakhir, sepatutnya dia patut indahkan detik2 akhir itu.

Alhamdulillah lega sangat dapat meluahkan di sini. Aku takut nak meluah sebab takut aku hilang rasa bersyukur, aku takut aku suka mengungkit2,

Selama ini aku terpaksa positif dan kadang2 pura2 positif, bila meluah ni memang seolah2 aku membuka aib keluarga aku, sebab itu aku memilih di sini untuk meluah tanpa rasa bersalah.

Aku tidak memerlukan solusi, aku hanya perlukan kata2 semangat untuk teruskan kehidupan.

Begini rupanya realiti alam dewasa, kalau aku tahu begini, aku nak selamanya aku sekolah rendah dan tadika, nak tinggal dengan arwah opah dan uwan kerana mereka begitu mengasihi aku.

Untung ibu, opah dan uwan kerana bekalkan ilmu agama yang cukup untuk aku. Kerana jika tiada iman, sudah lama hidup ini aku tamatkan.

Terima kasih sudi membaca sampai habis. Kalau rasa kenal saya, buat2 tak kenal sudahlah.

– Zhi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Banyak pahala atas kesabaran sis selama ni. Anak, isteri, adik dan makcik yang sempurna. Mesti penat sangat kan.. saya doakan semoga kehadapannya lebih baik untuk sis dan suami sesuai dengan pengorbanan sis selama ni. Bertahan ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *