Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan confession aku. Aku bekas pelajar UIA, jurusan IT. Mungkin topik ni agak biasa atau cliche. Tapi aku nak share pengalaman aku daripada zaman belajar sampai lah keje. Sebelum masuk UIA, tak minat lagsung IT, nak create email account pun tak tau. Dapat pulak jurusan IT. Aku yang sejenis bangsa tak bercita-cita tinggi dan just-go-with-the-flow person ni terima tawaran UIA jurusan ICT dengan rela hati. Then, masa belajar bukan lah pandai sangat pun. Pointer pon sedang-sedang orang kata. Tapi sebab aku aktif berpesatuan dan bersungguh-sungguh dalam apa yang aku buat, perjalanan study aku smooth dan mudah dapat kerja dalam syarikat yang besar.
Berbalik pada UIA, aku memang sayang gila la study kat UIA. Budaya kat sana buat aku jatuh cinta. Dapat kawan-kawan yang baik, lecturer yang helpful, environment yg islamic gitu, sedikit sebanyak mempengaruhi aku secara positif. Aku ingat lagi masa study course UNGS, dua prinsip yang aku pegang sampai sekarang ialah, “The purpose of knowledge is to share” dan “human beings are born to be Da’ie”. Kau bayangkan la lepas grad dan masuk keje, betapa berkobar-kobarnya aku nak berbakti pada nusa dan bangsa. Haha. Tapi Allah nak uji aku…
Aku ingat lagi hari pertama aku masuk keje, HR dah bagitau rules yang aku tak suka. Kerja kat sini during office hour dan tak flexible. Even nak keluar sekejap pun kena isi form. Yang ni takpe lagi la. Then bila orang HR introduced aku kepada senior manager, dia macam layan tak layan, takde welcoming greeting, pandang aku pun tak. Aku fikir dalam hati, dah kenapa. Aku ada annoyed dia ke masa interview. Lepas tu aku jumpa manager (a.k.a direct boss) aku, dia pun sebijiik macam senior manager. Masa aku belajar course Organizational Behavior kat UIA dulu, aku ingat company besar-besar ni macam welcoming pekerja-pekerja baru, jaga hati pekerja, dan buat aktivi bersama (at least having lunch together). Tapi jangkaan aku meleset. Hubungan pekerja dan boss ada barrier. Boss dan pekerja takleh jadi kawan. You are considered lucky if you have a very nice, kind and good boss.
Budaya kerja aku, boss akan share notes (bagi aku notes yang sangat basic), lepas tu kalau ada isu, pandai-pandai lah settle sendiri. Kalau salah, kena la marah. Sepanjang setahun pertama aku kerja sini, aku banyak rebel dan selalu tak puas hati dengan budaya kerja kat sini. Kalau dah taknak aku buat salah, kenapa tak guide betul-betul. Masa kat UIA dulu, cara lecturer ajar, “It’s normal to do mistake, but you need to learn from it”, dan “kalau tak faham, tanya”. Kat sini terbalik, tak boleh buat salah langsung, kenapa buat salah, kenapa banyak sangat tanya, cari la sendiri google dan notes ada. Haha. Stress tak? Tak semua company atau boss macam tu. Ada yang ok. Cuma nasib aku begitu. Tu belum masuk politik kerja, bodek-bodek boss, budaya “taichi”. Alhamdulillah boss dan colleague aku bukan macam tu.
Alhamdulillah, sekarang masuk 3 tahun lebih aku bertahan kerja kat sini. Frasa “drama TV3 dengan boss” dah lepas. Berkat kesabaran aku, dan sokongan kawan-kawan, aku dah boleh adapt dengan cara kerja begitu. Aku banyak terima nasihat dari kawan-kawan, kena banyakkan bersabar. Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah diri sendiri. So apa aku buat, since boss aku ni perfectionist, aku follow je apa dia suruh, buat kerja on time, dan follow cara kerja dia. That’s it! Sepanjang tempoh nak adapt tu, setiap kali ada bertengkaran atau perselisihan faham, aku akan slow talk dan tanya, apa salah aku dan apa yang boss aku expect dari aku. Dari situ aku belajar dan cuba berubah. Bila dia nampak perubahan dan usaha aku, dia dah slow down, dan jarang marah-marah lagi. Kalau aku buat silap, dia akan tegur dan ajar SOP yang sepatutnya.
Cabarannya sekarang, lepas apa yang aku hadapi, susah payah nak dapatkan ilmu, adakah aku akan buat benda yang sama pada orang lain? Nak jadi seorang yang memotivasikan orang dan suka berkongsi ilmu atau biarkan orang tu cari sendiri solution seperti mana yang aku lalui dulu? Tepuk dada tanya Iman.
– Foo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit