Aku terpanggil untuk menceritakan kisah aku sebagai seorang anak tunggal. Sepatutnya aku ada 4 orang adik-beradik, aku yang ketiga. Tapi takdir allah tertulis hanya aku je yang survive, yang 3 kali tu mak aku keguguran.
Aku bukanlah anak tunggal yang manja, yang minta apa sahaja dapat. Tu mind set orang bila dengar pasal anak tunggal kan?
Alhamdulilah aku diberikan pendidikan yang cukup, hidup aku zaman sekolah dipenuhkan dengan tuisyen dari darjah 4 hingga lah
form 5. Aku tak pernah rasa tertekan jadual hari-hari penuh tuisyen. Walaupun kehidupan harian aku macam tu, tapi mak dan ayah aku tak pernah tekankan pasal “okay UPSR PMR SPM kena straight A’s ye”.
Alhamdulilah UPSR dgn PMR aku straight A’s, SPM ada 2 subjek dapat B. Aku start ada handphone dan laptop sendiri masa form 4, tu pun pakai masa dekat rumah je, tak bawa pun pergi sekolah sebab nanti ayah aku marah, katanya bukan keperluan bawa handphone pergi sekolah. Aku turutkan kata dia. Realitinya, kawan-kawan aku yang lain form 3 dah keluar dengan kawan-kawan. Memandangkan sekolah aku merupakan salah satu sekolah yang berdekatan dengan bandar besar, lepas ko-kurikulum petang, kawan-kawan aku pergi shopping mall tengok wayang apa semua tapi aku hanya diberi keizinan untuk keluar dengan kawan-kawan macam tu lepas habis SPM. kalua keluar dengan kawan pun pergi library je haha ulat buku sangat.
Parents aku memang sangat strict dan tak open pasal boyfriend girlfriend ni. Pagi-pagi before pergi sekolah kena pergi mengaji dekat surau, gagah juga masa tu nak buka mata sebab night before ada tuisyen lagi balik pukul 10 lepastu kena siapkan homework segala. Rutin ni memang dah diamalkan sejak darjah 1 smpai lah habis form 5, walaupun aku dah khatam masa darjah 4 still ayah aku suruh pergi mengaji juga jadi dapatlah khatam dekat 5 kali haha.
Masa asasi macam tu baru rasa macam shock culture, tak ada siapa nak larang keluar apa semua maka tamat lah asasi dengan CGPA atas 3.00 tapi bawah 3.50 je. Masa tu rasa menyesal gila asyik keluar dengan kawan, enjoy tak ingat dunia. Kebetulan dapat classmate pun kaki keluar (padahal diaorang semua pandai belaka, half classmate aku masa asasi sekarang tengah amik medic/dentistry). Walaupun result aku macam tu, alhamdulilah parents aku tak marah-marah sangat even aku tau dalam hati diaorang mesti rasa sedih juga. Rasa menyesal tu aku tebus masa degree ni, alhamdulilah aku bakal tamatkan pengajian dengan kelas pertama.
Aku ada kawan yang adik-beradik around 8 orang, mak dia menangis sebab tinggal berdua je dekat rumah, rindu rumah yang riuh katanya. Walaupun parents aku dah pencen, tinggal berdua je, tapi diaorang tak pernah rasa bosan duduk rumah, tak pernah call suruh aku balik sebab rindu ke apa. Malah diaorang lagi melarang aku balik adalah, sebab katanya setakat balik 2’3’ hari je, buat penat on journey tu je. Masa aku asasi pun aku jarang balik rumah, unless cuti midsem dengan cuti sem walaupun tu pertama kali aku berjauhan dengan parents tapi diaorang taka ada lah call setiap malam, menangis sebab rindu ke haha. Parents aku memenuhkan masa dengan pergi kelas dekat masjid setiap malam, kalau hati tak rasa kosong insha allah mereka tak rasa kerinduan teramat sangat. Haa pernah sekali tu aku nak balik rumah weekends sebab nak ambil laptop, laptop aku rosak lepastu kena submit FYP apa semua jadi tak kisah lah naik bas balik lepastu dah settle balik lah semula ahad tu. Then ayah aku marah cakap buat apa nak balik, penat nanti. Esok malam diaorang naik hantar laptop dekat aku walaupun time tu aku rasa bersalah gila, tak pernah berniat nak susahkan parents aku, aku memang volunteer nak balik tapi diaorang insist juga nak hantarkan laptop tu.
Parents aku pun tak pernah atur bila aku dah besar kena jadi doctor ke engineer ke, aku bersyukur sangat. Biasiswa pun aku apply sendiri, UPU pun aku pilih sendiri, dapat result baru bagi tahu ayah aku sebab dia pernah cakap terpulang lah nak ambil course apa, sebab kalau ambil yang tak minat nanti susah pula. Aku ada seorang kawan ni anak tunggal juga, dia asasi lagi memang nak jadi physician dan alhamdulilah dia dapat course tu dekat UKM tapi mak dia nak dia jadi doctor jadi dia ikut cakap mak dia walaupun aku tahu dia memang nak sangat amik physics tu. Sama juga bila dah nak habis belajar ni, parents aku tak pernah request untuk aku sambung master ke kerja ke. Aku apply master ni pun tak tanya parents aku boleh ke tidak tapi aku pernah menyatakan hasrat nak sambung master, overseas insha allah kalau ada rezeki.
For the first time dalam hidup, tahun ni ayah aku cakap pasal soal jodoh. Sebelum ni dia tak pernah sebut pasal jodoh depan aku, masa tu aku gelak habis lah sebab macam tak percaya. Mungkin ayah aku rasa anak dia dah besar untuk benda-benda macam ni. Aku berharap sangat dapat jodoh yang akan menjaga aku sebaik mana parents aku jaga aku walaupun dalam hati ni risau tak dapat nak bagi diaorang cucu memandangkan aku pun tak ada mana-mana kawan rapat lelaki sekarang.
– Anak tunggal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit