Realiti Atau Fantasi

Aku tak tahu nak meluah dekat siapa hal ini. Ringkas hal aku, perempuan berusia 35+ tahun, bujang, pelajar, pekerja dan sebatang kara. Buat sementara waktu, aku menganggur, sedang mencari pekerjaan baru.

Aku tak tahu nak ringkaskan permasalahan yang aku alami ini sebab melibatkan di ‘alam sana’, adakala buatkan aku trauma nak tidur dan nak kenal sesiapa.

Belum lagi isu, aku ada beberapa ‘penyakit’ sejak kecil lagi tapi akibat ibu bapaku kurang peka kebajikanku, ‘penyakit’ itu dah jadi umpama ‘barah’ dalam kehidupan hingga menyusahkan hidup aku.

Anyway, ‘penyakit’ itu tiada kaitan dengan cerita yang aku ingin sampaikan.

Sepatutnya, aku ini dah mati awal! Tapi ada beberapa faktor buatkan aku tertanya-tanya hingga kini. Antaranya, aku masa muda dulu pernah hiking di lokasi X, pertama join hiking waktu sekolah dulu.

Badan aku ini debab dan berat, memang jalan sikit dah cepat mengah dan penat terlampau.

Dipendekkan cerita, aku tergelincir jatuh! Kawasan jatuh tu curam dan tinggi, ikutkan nyawaku dah pendek. Mujur, ada kawan lelaki aku si Z sambut tanganku dengan cepat.

Peliknya kenapa badan aku terasa ringan semacam sewaktu aku dah tergantung di situ, sekadar mengharapkan tangan si Z saja talian hayatku. Kalau Z tak ada, aku tak tahu apa jadi kat aku.

Waktu itu, aku terasa ada ‘sesuatu’ di bawah menahan aku dari jatuh. Aku rasa macam kena ‘dukung’ pun ada tapi tak ada siapa. Padahal aku tengok bawah tu tak ada sesiapa pun, dah laaa curam tinggi lagi. Hujung tu ada batu besar! Pelik kan?

Waktu itu tengah malam buta dan gelap, aku lock laaa motor di luar. Malas aku nak buka lampu, dengan keadaan aku ni ‘rabun ayam.’

Aku pelik, kucing aku tengok semacam jer dekat aku. Aku seram semacam, halaulah dia masuk ke rumah.

Esok pagi, aku buka lock motor, pergilah kerja seperti biasa. Aku dapat mesej dari kakak aku, katanya “Ko pergi kerja, tak nampak apa-apa ker?”

Lalu dia tunjuk gambar ular hitam berkilat, macam tengah ‘mabuk’ kat aku. Katanya, ular tu betul-betul kat sebelah motor dekat dengan motor aku guna tu. Kepala putih lak tu! Aku dah seram.

Waktu itu, aku baru bekerja di company Y. Bulan pertama, ada ‘sesuatu’ yang mengganggu aku bekerja di situ. Aku dengar bunyi desing kuat sesangat, bila aku tanya orang sekeliling, sorang pun tak dengar!

Aku dah pelik. Bunyi itu umpama besi berkarat gilis atau dipotong, gitulah bunyinya. Sakit telinga aku tau! Adakala, aku kerap ternampak kelibat bayang-bayang orang lari lintang pukang menyelamatkan diri di situ.

Tak lama lepas tu, aku resign, aku bagi alasan gastrik teruk. Peliknya, bunyi itu automatik hilang. Tak lama 2-3 bulan selepas itu, kawasan aku kerja itu alami tragedi meletop dan kebakaran. Aku anggap kebetulan saja kot.

Aku pergi ke mana saja, kerap bersendirian. Kalau ada kucing atau anjing, memang aku layan mereka sebaiknya. Bagi makan atau belai mereka.

Waktu itu awal pagi, sunyi sepi kawasan itu. Tiba-tiba ada lelaki mabuk jalan huyung hayang ke arah aku. Mujur ada anjing secara tibanya menuju ke arahku dan berdiri di tengah antara aku dengan lelaki mabuk itu.

Anjing itu seperti bersedia nak menyerang lelaki itu. Lelaki itu seperti tak berani, dia jalan di laluan lain. Sebenarnya anjing itu tunggu ajal sebab dia selalu parking hari-hari bawah kereta, badan pun kurus kering.

Ini kisah pasal kucing liar pulak. Seperti biasa, malam itu aku lepak sorang-sorang di restoran. Kebetulan, ada sekor kucing datang menegurku. Aku pun jawablah tegurannya. Aku pun belai dan beri makan kepadanya.

Tiba-tiba, kucing itu duduk di ribaku, pelukku dan mencakar ‘sesuatu’ di belakangku. Aku tengok di belakang, tak ada sesiapa pun. Habis pakaianku berbulu sebab kucing itu.

Esok paginya, lepas jogging kucing itu mengekoriku hingga balik rumah. Kucing itu pandang ‘semacam’ ke arahku, buatkan aku dan housemate seram semacam. Aku husnuzon, mungkin rupaku sama macam tuan dia kot. Tapi itulah housemate aku pun sama naik seram.

Banyak lagi, kisah pelik terjadi dalam hidup aku. Aku klu rapat dengan seseorang, pegang tangannya tetiba otak aku terimbas sesuatu yang kurang menyenangkan.

Adakala aku benci dengan diri sendiri. Rasa nak bunuh diri pun ada! Sebab aku tak larat nak alami dan hadap semua ini. Mimpi jadi realiti pun adakala kerap datang menerpa, masa muda dulu kerap sangat datang.

Bila meningkat usia, aku malas layan, adakala kerap menghantui diri aku. Aku tak tahu nak luah kat siapa hal ini. Aku harap, kalau esok aku kahwin dan ada anak nanti, hal-hal ini tak diturunkan kepada anak-anak aku kelak.

– Kuntum Sedih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Cik Kuntum, amalkan doa pendinding diri, jangan tinggal solat 5 waktu dan bacalah Quran selalu..berpegang pada Allah kerana Dia sebaik-baik pelindung..kalau perlu, berubat dengan perawat yang berlandaskan agama jika diri awak mempunyai sesuatu yg ghaib..wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *