Realiti Dalam Mimpi

REALITI dalam Mimpi
Aku adalah seorg lelaki yang mempunyai satu penyakit. Penyakit yang cukup aneh dan menakutkan iaitu lucid dream. Bagi aku ia adalah satu mimpi tapi dalam keadaan REALITI. Dalam seminggu kadang-kadang 1 atau 2 kali akan terjadi lucid dream nie kat aku.

Lucid dream ni bagi sesiapa yang x tau. Meh aku nk citer. Lucid dream nie kita sedar yang kita sedang bermimpi tapi kita terperangkap dan x boleh kuar dri mimpi yang kita alami. Cuak beb bila engko tak boleh kuar dari mimpi sebab badan kita masih lagi tido sedangkan kita bermimpi yang kita sudah bangun. Cuma tinggal lagi mcm mana nk membangunkan jasad kita yg sedang tido tue. Barulah kita akan kuar daripada mimpi tue.

Macam mana nk membezakan lucid dream atau tak, bagi aku lucid dream ni berlaku secara nyata. Sebab engko sedar yg engko dah bangun dan engko dpt rasa yang engko bangun dari tido tapi dlm masa yg sama engko yakin itu adalah MIMPI. Kebiasaan kita bermimpi dan akan tersedar itu adalah mimpi bila mana terjaga dari tido. Tapi aku dah sedar yg aku bermimpi dari dlm mimpi.

Lucid dream ni mcm dunia realiti kita, sebab background mimpi tue sebijik mcm dunia realiti kita dan kita boleh rancang mimpi kita. Contohnya nk bukak pintu ke, perasaan cemas ke. Semuanya sama macam mana dlm dunia realiti kita. Contohnya bila aku cubit muka aku sebab aku yakin itu adalah mimpi tapi masih tak mampu utk keluar dari mimpi tersebut. Last skali kebiasaannya aku akan rasa lemas kemudian barulah aku terjaga dari tidur.

– Azam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit