Hai assalamualaikum everyone. Berdasarkan tajuk aku harap hampa faham apa yang akan aku sampaikan.
Aku bukan sapa2 cuma nak bagitau pengalaman dan apa yang aku rasa sepanjang setahun aku kerja cikgu taska *sebelum dapat keja tetap*
Terpulang lah dekat hampa nak judge aku apa pon. Cuma, nak la back up juga cikgu2 yang rasa teraniaya haha.
Pertama, bila sebut playschool mestilah pasai pusat jagaan yang ada kena mngena dengan kanak kanak bagi ibu bapa yang bekerjaya.
Sejak dua menjak ni duk scrol fb mesti ada orang yang akan cakap isu ni yang semestinya lebih kepada negatif berbanding positif.
Minggu pertama aku masuk kerja memang lain dari apa yang aku jangka. Aku macam orang lain, pelik dengan cara pengurusan taska ni.
Biaq betui macam ni ka cara depa handle budak, atau aku yang salah masuk taska.
Okay, dari segi makanan penting, first aku tengok pon,
Ya Allah, sikit nya nasi. Sejemput Kalau kita yang tua ni 2 kali jemput saja. Celah gigi la orang cakap. Selalu ayam dengan telur lah. Lepastu sayuq memang carrot dengan kentang saja la.
Tu pon potong dadu. Sayur lain memang tak ada ka? Tak bosan ka depa makan dua sayur nu saja. Kiranya kalau tengok memang kesian. Dia macam eh, serious la bagi budak makan banyak ni.
Lama kelamaan, aku dah boleh adapt dengan makanan budak, okay, budak2 ni tak makan banyak mana pon, kalau ikutkan sayuq ni memang musuh depa.
Baru aku faham dua sayuq ni yang paling okay dan tak rasa pelik pon depa takut apatah nak tambah sayuran hijau yang pelbagai.
Cikgu memang akan suruh makan jugak, supaya dapat biasakan diri. Alah, dalam pinggan dua ke tiga ketul saja carrot dengan kentang.
Takkan paksa makan sayuq sesikit alam pon kata kes dera kan. Nasi pulak yang letak skit pon tak habis, nak kata tak sedap ada saja budak yang tambah menambah, pastu, yang makan lambat jangan cakap la.
Pinggan nasi kuah sup ayam pon sampai kembang. Kawan kawan yang dah habis makan tunggu lah kawan yang habis lambat ni. Kuantiti nasi setiap budak memang cikgu2 dah tahu.
Menu makanan pagi, spaghetti carbo n bolog, mee/ Kuewtiau/ maggi, nasi goreng, cucur, roti.
Tenghari ayam kicap/ sup/ kunyit, telur kari/ sweet sour/ masak lemak/ kurma.
Jumaat special sikit nasi lemak n nasi tomato.. Budak ramai, ada yang tak tahan pedas. Serbuk kari memang sikit sangat guna.
Alhamdulillah penerimaan okay happy saja budak
Kedua, untuk budak yang first day mai school, hampa boleh bayang dak tahap tantrum depa tu macam mana.
Kalau yang dulu duduk pengasuh memang peqak (tak biasa dengan orang). Selalunya minggu first cikgu2 ni akan pujuk tapi memang tak makan saman la.
Lepastu, kalau sama juga memang kena bawa masuk dalam satu bilik pujuk pula dalam tu sampai dia okay.
Tak mudah wei nak bagi budak diam. Budak nangis, memang tak ajaq pujuk. Jenuh main dengan ramai ni, lain budak lain ragam.
Tak masuk dengan yang tak faham bahasa. Duk nangis pagi, tengahari, petang. Semua nak cikgu ikut cakap dia saja. Ni school tempat didikan, bukan rumah pengasuh.
Kita nak ajar budak cara pengurusan diri, mandi, makan, main, aktiviti psikomotor (berkumpulan/ individu). Bukan mai duk kena belai, tatang, bercakap2 dengan cikgu.
Yaa ada masa memang cikgu akan bersembang, cakap dengan budak tapi, kena tengok keadaan sebab ada kes cikgu sampai kena pijak kepala.
Nak bagi budak boleh memang memerlukan kesabaran yang sangat 2 tinggi. Tipu la kalau tak marah, parents pon tak setiap masa melayan anak kan ada hari kena marah.
Dan parent yang baca confession aku ni bohong la tak tau perangai anak sndiri macam mana. Kat sekolah memang lain perangai.
Sampai cikgu tak tahan sangat rakam video perangai anak tu hantaq dekat waris. Diam terus, baru ada akai kot. Kalau cikgu habaq kata anak buat perangai, duk nangis tak berhenti. Tak dak tindakan sendiri. Semua harap cikgu.
Kalau ramai waris macam ni, budak degil macam ni, jangan duk buat pelik bila dengaq kes dera.
Netizen bila komen cakap kalau tak sabaq jangan jadi cikgu. Kalau ikutkan nak cari sabaq yang tinggi ni tak dak orang yang layak jadi cikgu.
Hampa setakat baca confession orang pon kalut nak hentam. Yaa, pasal sampai bungkus, ikat baby tu memang melampau. Salah cikgu tu la sebab tak kawal dia punya marah aku tak nafikan yang salah tetap salah.
Dua isu ni kan yang selalu parents ketengahkan, makanan dan budak nangis.
Okay, pasal makan tadi aku lupa nak sebut, ayam popcorn tak semua budak makan, kami penah buat, banyak tak habis, kadang ada waris buat makan2 ayam kfc, budak tak mkan sangat.
Yang pandai cakap, ada lah cakap tak makan kfc la. Tak sedap la, Pedas la, mummy daddy, mama papa tak bagi makan. Hampa rasa?
Bila tanya waris makan saja. Budak memang tak pandai menipu, tapi, depa akan menipu untuk bela diri.
Mostly suka ayam sup, kurma, n kicap..Tu memang laju. Kadang cikgu nak buat kelainan masak sedap2 lain sikit. Tapi, bila jadi macam ni memang turn off terus.
Last, aku nak cakap bukan aku nak sebelahkan taska, tadika yang ada pusat transit ni. tapi, aku nak bagitau dekat netizen2 realiti pusat jagaan ni.
Kalau aku baca komen hampa dekat apa apa confession tambah2 pasai teruknya cara cikgu2 hampa boleh cakap berdasarkan bacaan hampa saja.
Tapi, hampa aku tau mesti kebanyakkan tak besa kerja bahagian ni. Aku rasa kalau aku tak ditakdirkan kerja cikgu ni aku mesti macam hampa rasa teruknya pusat jagaan.
Aku rasa hampa kena tengok betul2. Tak boleh terus nak judge tanpa usul periksa. Yang memang besa kerja ni mesti tau mcm mana kan.
Yaa, memang kalau yang betul2 salah, kita akan cakap salah. Jadi, dekat cikgu cikgu taska, tadika, transit yang masih bekerja aku tau hampa insan yang paling sabaq sebab aku tau tahap struggle bila berdepan dengan budak2.
Abaikan netizen yang tau nak hentam hampa tanpa ada pengalaman.
Sorry warga IIUM Confession kalau confession ni panjang. Banyak lagi kalau aku nak share. Tapi, kalau panjang satgi orang meluat pula. Okay bye. Assalamualaikum.
– Bekas cikgu taska (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit