Realiti Hidup

Assamualaikum wbt.
Lama sebenarnya aku nak tulis kat sini, tapi asyik kekangan waktu atau lupa. Alhamdullillah, itu pun kalo admin approve menda yang aku nak sampaikan ini.

Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah perihal hidup kawan-kawan / sahabat aku sendiri. Ya, dari kecil aku memang jenis ramai kawan. Aku berkawan bukan setakat kenal nama, cerita di facebook, no telefon yaa. Tapi kawan-kawan yang aku nak ceritakan ini memang aku kenal tentang gaji, kerja, keluarga, kisah susah senang mereka. Mungkin sebab aku jenis suka dengar luahan kawan-kawan. Mana yang aku boleh nasihat, aku nasihat. Yang minta pandangan, aku beri je pandangan aku.

Standardlah bila kau da punyai ramai kawan, bermacam-macam kisah jugaklah aku tengok. Kebimbangan aku zaman sekarang ini pula lambakan drama-drama melayu kat TV yang banyak kisahkan hero hensem dan kaya, masalah percintaan tak kesampaian, persaingan company milik bapak dia dan ntah apa-apa lagi yang menunjukkan kemewahan. Tapi kalo kau lihat dari sudut positif sebenarnya orang kaya pun ada masalah tau. Berbalik kisah kawan aku, sorang aku kenal dia ni dari tadika, sorang dari sekolah. Dua- dua ni dari dulu memang ada niat nak kawin dengan anak orang kaya. Yang sorang cantik persis model ni, ditakdirkan memang kawin dengan anak orang kaya. Tapi sampaila sekarang, aku rasa dia stress memanjang, sebab apa? Dia kawin dengan anak orang kaya, bukan husband dia yang kaya, maksudnya bapak mertua dia yang kaya. Lepas kawin pulak, bapak mertua dia bagi syarat perlu duduk sebumbung dengan mak pak mertua dan adik2 ipar dan biras. Katanya kalo tak duduk sebumbung, lepas bapak mertua dia dah tak de nanyi, yang keluar takkan dapat harta bapak mertua dia. Ditakdirkan pula kawan aku ni pulak dapat adik-adik ipar dan biras-biras ( yang duduk sebumbung) semuanya pemalas. Dulu ada maid, bila maid lari, dialah yang jadi maid, dialah yang masak, basuh kain, lipat kain, kemas rumah dan sebagainya. Oh, ya kawan aku ni kerja part time, tapi balik rumah semua menda dia yang kena buat. memang dia mengadu dilayan macam orang gaji, nak ajak suami pindah keluar, suami tak nak. Anak-anak dan makin ramai dan membesar, masih nak jugak duduk sebumbung? Maka, apa gunanya kau kawin dengan anak orang kaya? Nak berangan macam dalam drama tv? Kalo ko bernasib baik, mungkin. Kalo x?

Member aku sorang lagi yang ada niat kawin dengan anak org kaya pun nasib dia oklah, tapi masih menumpang dirumah sedara husband. Ini pun bukan husband kaya ya, tapi keluarga husband dia kira orang senang la. Member aku sorang ni jenis poyo sikit, bab ngutuk atau perli kawan-kawan ikut dia je, jenis perli “eh, ko pakai keta ni je?” “keciknya rumah kau” , sedangkan dia sendiri masih menumpang rumah. Kat facebook menunjuk itu, ini, padahal kami tahu dia surirumah dan gaji husband tak la sebesar manapun.

Aku juga ada kawan yang aku salute, aku namakan dia L yang jenis rileks tak menunjuk pun. Dia ni kerja swasta . Sekarang dia dah miliki 2 buah rumah, satu apartment dan satu rumah teres 2 tingkat. Dia ni selalu satu kepala dengan aku, kitorang tak pernah terpikir pun nak kawin dengan orang kaya. Pada kami kau akan rasa puas bila ko usaha sendiri untuk dapatkan sesuatu. Masa sekolah, bila besday kawan-kawan, yang ada bf atau peminat ni mesti akan menunjuk-nunjuk dapat hadiah dari peminat/bf. Sampai bila bab aku dgn member aku tak de bf, dorang boleh bersuara ” kalo ada bf, kan best boleh minta hadiah” dan aku selalu balas balik ” tak payah la, kalo aku nak aku boleh beli sendiri, buat apa nak minta orang”. Berbalik kat kawan aku yang ini, dia ni dari kecik bapak dia ajar untuk berdikari, padahal bapak dia kaya la jugak. Tapi apa juga yang dia nak, dia akan usaha sendiri. Macam aku, dia pun start keja, angkat skuter je ulang-alik pergi kerja. Kumpul duit, ikat perut dan dia tak shopping baju or kasut / tengok wayang dalam tempoh 2 tahun sebab nak menyimpan beli rumah.

Sorang lagi kawan aku lelaki, aku namakan dia S. Dia ni serius tak hensem. Sebab aku ni jenis suka jugak membahan kawan-kawan, aku selalu kutuk dia tak hensem, dan dia rileks je bab dibahan. Tapi aku tau kisah hidup dia macamana, masa kat U, dia dapat berita mak dia meninggal, bapak dia meninggal sejak dia kecik. Dia ni anak bongsu. Habis belajar, dia jadi penghantar pizza area kl, lepas tu rezeki dia dapat tawaran kerja lebih bagus (kerajaan). Start kerja dia apply loan ASB RM 100k, tiap-tiap bulan memang dia ikat perut nak bayar loan tu, beli kereta second hand. Bila bab jodoh, dia scan awek-awek dia. Pernah sekali aku tanya dia ” apsal kau clash?” dia jawab ” aku tak boleh terima perempuan yang jenis harapkan laki je kuar belanja doh… bagi aku, kalo aku bayar makan, kau bayar la wayang pulak k, lepas tu nak dating tiap-tiap minggu. Macam la aku ada duit sangat”. Bab ni aku memang salute dia. Dividen loan ASB yang dia dapat tiap-tiap ujung tahun tulah dia guna untuk kenduri kawin dia. Kata dia ” Aku ni anak yatim piatu, abang kakak aku pulak semua da berkeluarga. Kalo aku sendiri tak usaha, mana aku nak harapkan duit?” Kalo ko buat loan 100k, ujung tahun dividen kau da dapat 8k, kumpul 2-3 tahun, settle belanja kawin. Tak payah buat loan lain da. Sekarang member aku ni, dah ada rumah teres 2 tingkat sendiri yang dia sewakan pada orang, sekarang dia duduk rumah sewa yang kecik sikit. Untung lagi dia sewakan rumah sendiri. Kawin dan anak dah 2, tahun lepas, dia start buka kedai sendiri di cyberjaya. Dua orang kawan aku L dengan S ini selalu aku minta pandangan bab kewangan.

Aku rasa cukuplah contoh-contoh yang aku bagi ini, hidup ini jangan terlalu berharap pada orang. Tak semestinya kau kahwin dengan orang kaya, hidup kau akan bahagia. Tuhan tu maha adil, ada lebih bahagian ini, kurang bahagian ini. Kalo kau kurang bahagian ini, lebih pulak bahagian lain. Yang penting, sebelum kau cari pasangan, pastikan pasangan itu boleh susah senang dengan kau, banyak duit kalo tak bahagia tak guna jugak, lainlah kalau ko memang materialistik tak kisah, asalkan duit ada, Kau kena pikir kebahagiaan untuk anak-anak ko kelak.

Dan satu nasihat aku, mak-mak atau makcik-makcik tak payah la nak kata kerja kerajaan kaya dan terjamin kerja swasta tak kaya tak terjamin. Makcik, ramai je kawan-kawan saya yang kerja kerajaan tinggi risiko dia. Salah sikit, orang dengki lapor SPRM, kalo ko keja bahagian projek, kontraktor tak dapat projek, lapor kata penjawat awam tu korupsi. Mana-mana yang tak ngam dengan rakan sekerja atau orang bawah, habis cermin kereta kena pecah. Al-maklumlah kerja kerajaan ni mostly melayu yang tak boleh tengok orang senang sikit. Tak perlu nak banding-banding kerja kerajaan atau swasta, tu atas contoh aku dah bagi. Sorang kerja swasta, sorang kerja kerajaan. Kau nak kaya or berjaya bukan bergantung kerja kerajaan atau swasta tapi usaha, dan pemikiran yang matang makcik ooii! Kalo setakat duduk menumpang, keta pun bukan nama kau, kau dah berlagak kaya, baiklah ko duduk rumah dan kereta biasa-biasa tapi semua tu hak dan usaha kau sendiri. Oh ya, kesemua kawan-kawan yang aku cerita ini sebaya ya, kami masih diawal 30-an.

Masyarakat dan anak-anak muda sekarang ini perlu diterap supaya berdikari dan ada rasa “best” dan “puas” bila kau usaha dapatkannya sendiri dan bukannya manja nak disuap itu ini. Bila kita manjakan generasi “suap” ini, mereka inilah golongan yang tak bersyukur. Minyak naik, bising. Tepung naik, bising, tapi kau tak de usaha nak naikkan pendapatan kau sendiri. Kita bising ada orang asing yang lebih kaya dari kita, tapi tidak pulak kita tengok “mengapa” dorang boleh jadi lebih kaya dari kita.

Sekian, bebelan aku. Daripada kau berangan tengok drama TV nak kawin dengan orang kaya, baiklah kau start buat bisnes online ke apa.

– Mira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit