Hai, aku Sherlock, sudah pasti bukan nama sebenar. Asyik-asyik cerita pasal rumah tangga, sekali sekala kita tukar angin supaya ada variasi, ok kan? Hehehe.
Tujuan aku menulis hanyalah untuk berkongsi cerita, takde niat untuk memburukkan atau menjatuhkan individu atau organisasi tertentu. Semoga perkongsian aku ni boleh jadi pengajaran untuk orang lain.
Friendly alert, confession ni sedikit panjang tau. Dan aku pun tak pandai mengarang sangat walaupun BM aku masa SPM dulu dapat A.
Sesuai dengan tajuk confession, aku bekas ejen takaful. Tapi cuma mampu bertahan selama 6 bulan lebih kurang sebelum aku buat keputusan untuk tinggalkan industri ini. Kenapa? Nanti aku cerita.
Sepanjang aku hidup, tak pernah sekalipun terlintas kat kepala aku nak jual takaful, tapi sebab nak cari kerja tersangatlah susah so aku berazam untuk menyahut cabaran Melayu tak memilih kerja.
By the way, benda ni berlaku semasa musim PKP dan aku diberhentikan kerja oleh syarikat tempat aku bekerja.
Sebelum aku join jadi ejen sebenarnya aku dah ada insurans, tapi masa takde kerja tu aku stop bayar.
To cut the story short, ejen aku yang ajak aku join team dia. Masa tu aku fikir nak carik duit je, sebab komitmen banyak. Nak harap saving pun 2 3 bulan je cukup so aku pun setuju je tanpa fikir panjang.
Sebelum tu aku ada jugak try cari kerja lain, tapi mungkin belum rezeki so aku fikir why not aku cuba sesuatu yang baru.
Dan disitulah bermulanya episod gelap dalam hidup aku. Takdelah gelap sangat pun tapi saja je nak bagi dramatik sikit.
Awal-awal tu semua okay je, cuma aku macam turn off sikit bila setiap hari tak kira Sabtu Ahad ada je meeting nak attend. Kalau bukan online, offline. Tapi aku positifkan diri je sebab budak baru, aku fikir lama-lama nanti okay lah.
Tapi aku silap, even lepas 3 bulan aku join sampai aku dah boleh mentor ejen baru pun still kena join semua meeting.
Sebelum aku official jadi ejen, ejen aku (merangkap direct leader dalam agensi tersebut) ada bagi tau yang masa kerja fleksibel je.
Dia ada je bagi tau meeting memang banyak tapi tak wajib pun join just bagi tau je if tak dapat join. So aku macam, okay lah tak wajib pun. That’s why aku pun tak fikir panjang untuk join.
Tapi lepas aku join baru aku tahu yang kalau tak join meeting tu kena sediakan alasan yang munasabah ye. Kalau setakat migraine, demam, jaga anak – tu bagi dorang bukan alasan munasabah.
Lepas tu meeting ikut suka hati dorang je, kadang-kadang inform last minute. Tak kisah lah meeting tu pukul 7 pagi ke jam 11 malam ke, kena join jugak because they said dorang sanggup korban masa untuk ejen, so kitorang kena appreciate pengorbanan dorang.
And then walaupun kau dah buat plan lain lebih awal sebelum diorang announce meeting and tak dapat nak join, kau tetap salah sebab tak prioritize meeting.
Korang mesti nak tau kenapa kitorang selalu sangat meeting kan? Sebenarnya takde apa pun, cuma leader kitorang suka repeat bagi nasihat pasal benda yang sama je.
So setiap kali meeting tu aku macam dah boleh predict topik apa yang akan dibincang. For me macam unnecessary sebab aku lagi prefer action than talk.
Kalau meeting online (via google meet), tak kisah jam berapa wajib on camera sebab dorang nak monitor kau whether you buat benda lain tak masa meeting.
Bila difikirkan semula, meeting ni lebih kepada cara dorang nak brainwash ejen-ejen dorang supaya adopt mindset macam our agency leader.
Adik aku kata culture kitorang dah macam cult dah, siang malam meeting nak brainwash orang supaya fikiran tu seragam.
Agensi kitorang ada banyak group WhatsApp, dalam tu berlambak doh chat masuk setiap hari. Dan setiap chat tu kau kena alert dan acknowledge. Kalau tak nanti kena kecam.
Tapi rules tu apply untuk ejen je, kalau kau update something dalam group tapi leader tak perasan dapatlah setepek kecaman. Katanya tak respek sebab tak inform leader in private. Masalahnya jenuh jugak nak call sorang-sorang sebab leader bukan satu je tapi ramai.
In fact, aku ada 4 orang leader nak kena report. Kalau call sometimes boleh sampai setengah jam setiap sorang sebab dorang bagi advice la, teguran la, dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
Konsep insurans ni macam MLM (memang MLM pon). That’s why la ada beberapa orang leader diatas ejen. So kalau nak income banyak kena lah pandai cari ejen sendiri.
Salah sorang leader aku tu dia punya commission dah capai RM 25k sebulan, banyak kan? Tu sebab ejen keluar masuk, pastu mana-mana polisi under ejen yang quit, commission tu masuk kat dia.
Lagi aku tak suka, kebanyakan ejen especially leader macam rendahkan orang lain terutamanya orang yang makan gaji. Why? Because dorang kata orang makan gaji ni bodoh sebab dorang takkan kaya.
Dorang memang mengagung-agungkan kerjaya ejen ni sebab katanya kerja senang duit banyak. Rasanya dorang lupa kot kebanyakan client dorang tu orang makan gaji.
And then kalau ada ejen yang buat part time sebab ada kerja hakiki, hari-hari diorang akan brainwash supaya berhenti kerja dan buat fulltime.
Tak dinafikan kalau kau buat betul-betul memang masyuk, tapi tu lah kena sabar hadap nonsense and their sometimes unprofessional ways. Karenah prospek lain lagi. Aku memang tak boleh so aku blah.
Banyak duit buat apa kalau stress je manjang, hari-hari kena dengar leader mencaci dalam meeting. Dah la takde work-life balance pastu hidup dalam keresahan all the time risau client tak bayar polisi, nak terminate polisi.
Apa lagi yang buat aku fedup? Well, I think most people aware yang ejen insurans ni suka manipulate emotion korang kan supaya korang ambik plan? Itu antara benda yang aku meluat.
Dorang suka guilt trip orang even kitorang ejen bawahan pun selalu kena. Dorang ni nama je katanya woke pasal kesihatan, tapi bila bercakap dan buat kerja macam takde kesedaran pasal mental health.
Honestly sepanjang 6 bulan aku join dorang mental aku barai, walaupun setiap hari dorang bagi kata-kata positif tapi aku makin down dan selalu anxious.
Sampai sekarang aku masih boleh triggered bila ingat pengalaman aku dengan dorang. Banyak benda yang aku lalui.
Pernah sekali aku share masalah peribadi aku dengan leader, aku mintak dia simpan rahsia tapi end up semua orang tahu pasal masalah aku.
Bila aku confront dia, dia kata dia kena share jugak dengan leader lain sebab dorang berhak untuk tahu. Masa tu aku betul-betul marah dan hilang semua kepercayaan dengan dorang.
Kemuncak kegeraman aku dengan dorang ni bila ada sekali aku bagi tahu aku ada family day after merentas daerah dibenarkan, so aku inform aku nak spend masa dengan family sebab kitorang dah lama tak dapat berkumpul.
Masa tu leader aku cakap kalau nak balik kampung aku kena pastikan setiap hari aku mesti kena cari prospek kat sana dan mesti ada case closed.
Aku bengang giler masa tu sebab aku balik kampung nak luangkan masa dengan family bukannya nak kerja. Boleh pulak dia cakap kalau aku tak buat kerja sepanjang aku kat kampung aku buang masa dan duit je balik sana. Aku balik jenguk mak bapak aku kot, bukannya pergi berjoli.
Leader aku cakap mentaliti orang miskin je yang nak rehat. Katanya setiap hari tu peluang untuk buat duit dan dia ada cakap aku dah kecewakan keluarga aku bila aku balik kampung tak bawak duit banyak-banyak.
Seriously aku menyampah doh nak bawak keluarga bagai. Mak ayah aku dah tua, esok-esok kalau aku banyak duit tapi dorang dah takde duit tu bukan boleh kembalikan semula masa yang dah berlalu.
Aku tak tau lah korang tapi bagi aku duit bukan segalanya dan aku paling benci orang yang hidup bertuankan duit. Memanglah semua benda perlu duit tapi family ada satu je kot dalam dunia. Bagi aku as long boleh cukupkan apa yang patut aku dah bersyukur.
Dan satu lagi benda yang aku sangat-sangat tak boleh tolerate ialah dorang tak hormat privacy orang lain.
Aku tak pasti agensi lain amalkan benda yang sama atau tak, tapi dalam agensi aku tu dorang suruh kitorang kumpul random number dari mana-mana je untuk buat cold calling.
Pernah sekali leader aku bagi dokumen P&C yang ada details orang yang dia dapat dari kenalan dia untuk kitorang call.
Aku paling benci beb kena call dengan stranger, so aku memang struggle nak buat benda tu. Kau kena mengemis dengan orang demi nak dapatkan appointment, tu pun sometimes kena ghosting lol.
So aku pun nekad nak blah dari sana, kebetulan aku pun dah dapat kerja walaupun gaji tak lah semegah komisyen dorang.
Plus, sepanjang aku join dorang selama 6 bulan tu, aku rasa aku lebih banyak buang duit untuk benda yang sia-sia.
Kadang meeting kat tempat yang mahal, jumpa prospek ape semua pakai duit sendiri. Dan banyak lagi lah benda merepek yang aku buat atas arahan leaders yang memperabihkan savings aku.
Dan syukur lepas aku stop aku rasa lebih tenang dan happy, at least kepala aku dah tak serabut. Hujung minggu boleh chill dan catch up dengan kawan-kawan. Bila cuti panjang sikit aku balik kampung jenguk parents.
Makan gaji tak buat aku kaya tapi bagi aku sederhana pun cukup bahagia.
Sebenarnya banyak lagi pengalaman tak best yang aku alami sepanjang jadi ejen, tapi cukuplah kot sampai sini sebab aku tak larat dah nak taip.
Kalau korang ada pengalaman lain kongsilah dekat ruang komen. Aku teringin jugak nak tahu pengalaman orang lain.
Akhir kata, kepada sesiapa diluar sana yang berniat nak jadi ejen insurans atau MLM ke, aku nak pesan, sebelum korang sign up lebih baik siasat dulu budaya dalam agensi yang korang nak join.
Jangan terjebak dengan agensi yang toksik. Banyak je agensi yang okay kat luar sana so korang kenalah bijak.
Sekali korang terjebak dalam environment yang negatif, korang perlu hadap akibatnya untuk waktu yang lama.
Disclaimer: Apa yang aku cerita ni hanyalah pengalaman aku dalam industri takaful, tak bermakna takaful tu tak bagus. Aku sendiri masih kekalkan polisi aku sebab aku percaya takaful tu satu keperluan, cuma untuk menjadi seorang ejen tu aku tak mampu.
Sekian dari saya. Bye..
Bekas Ejen Takaful,
– Sherlock (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit