Assalamualaikum kepada semua pembaca setia IIUMC. Terima kasih kepada admin yang approve confession ni. Cerita saya tak menarik sangat. Cuma saya mahu berkongsi pengalaman dan juga mohon para pemandu di luar sana lebih prihatin terhadap para penunggang motosikal di jalan raya. Dulu saya pun drive ke office, tapi atas dasar masalah financial, traffic jam dan juga masa yang terhad, saya minta tolong suami saya hantarkan ke office setiap pagi naik motor.
Mula-mula tu takut jugak naik motor. Ye la, last naik motor masa Form 4. Sekarang umur dah 3 series. Memang lama jugak nak adapt dengan keadaan jam dekat KL ni. Keluar awal pagi ke lewat pagi ke, trafik memang congested sebab semua orang berlumba-lumba nak pergi kerja dan sampai office on time. Tapi saya salute dekat semua rider yang tiap-tiap pagi mencilok sebab serius memang memerlukan keberanian dan kesabaran yang tinggi untuk ride pagi-pagi.
Ini realiti kami sebagai rider. Lokasi kejadian betul-betul dekat corner nak masuk Desa Waterpark. Kami pun lalu la dekat lorong motor dan bagi signal nak masuk kiri menuju ke Mid Valley. Elok je belok kiri ada satu kereta mewah tiba-tiba je masuk tanpa bagi signal. Saya dan suami hampir terjatuh dan hampir dilanggar dari belakang sebab emergency brake. Kereta mewah tu berlalu laju je tanpa rasa bersalah tak bagi signal. Itu bukan kali pertama sebenarnya. Tapi dah banyak kali jugak terjadi.
Realiti kedua, bila jalan jam teruk of course riders akan cilok sebab kadang-kadang lane jalan ada 3 terus jadi 4. Ini memang tak tipu. Yang drive dekat emergency lane pun ada. Sesape yang balik office bawak kereta mesti tahu senario ni. Jadi, kami sebagai rider yang kecil hanya mampu mencilok untuk teruskan perjalanan. Pernah sekali tengah elok kami lalu jam, abang betul-betul depan kami kena langgar. Teruk abang tu kena hentak sebab ada dua kereta shift lane tak bagi signal. Dua-dua kereta buat tak tau and blah macam tu je.
Realiti ketiga, ni keadaan masa hujan. Memang kadang-kadang ada musim hujan tiap-tiap pagi dan petang. Jadi, saya dan suami memang siap-siap bawak baju extra sebab dah tau memang akan basah kuyup sebab nak sampai office dekat 40 minit. Yang naik kereta memang tak ada masalah kot masa hujan. Tapi masalah kami sebagai rider ialah kalau dah tau hujan, yang drive jangan lah langgar lopak air laju-laju. Pernah sekali kesian gila kat akak bawak baby habis basah. Memang baby kecik dalam lingkungan 5 bulan la kot.
Jadi kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin perlu ada rasa empati pada para penunggang motosikal di jalan raya. Mungkin ada golongan rider ni memang ada motosikal sahaje untuk bergerak mencari sesuap nasi. Ada jugak yang bawak anak-anak kecik dua tiga orang sekali satu trip hantar pergi sekolah. Tapi saya pasti, mungkin ada yang akan komen kami mat rempit dan kaitkan anasir-anasir negatif yang kami tak buat. Kami cuma mencari rezeki seperti anda untuk hidup.
Gunakan signal kereta anda dengan baik atau anda mungkin tidak sengaja membunuh kami. Impak accident pada penunggang motosikal memang sangat intense sebab akan kena direct ke tubuh badan. Impak accident pada kereta tak sama dengan impak pada riders. Fikirkanlah. Riders bukan mat rempit. Stop the stigma, please.
Sekian.
– Z.A
– Z.A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit