Realiti Kehidupan

Saya Rania awal 30-an telah berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu aturan mak cik & pakcikku. Setelah sekian lama menolak akhirnya aku bersetuju untuk berkenalan atas desakan dan dorongan keluarga.

Kami berkenalan melalui ws dah hanya berjumpa 3 @ 4 kali dengan bertemankan adik lelakiku. Aku wanita yang tidak pernah bercakap mahupun berkawan dengan lelaki, jujur aku sorang yang sangat2 introvert hidupku hanya dengan family dan kawan2 rapat sahaja.

Dalam tempoh berkenalan aku banyak bertanyakan mengenai perancangan kewangan dan future plan. Aku banyak membaca dan belajar melalui kelas Aiman Azlan mengenai rumah tangga.

Alhamdulillah aku berpuas hati dengan jawapannya, dia tiada hutang, simpan setiap bulan, insurans, ada keta dan moto, plan untuk membeli rumah dalam masa terdekat, tidak merokok dan rajin solat di masjid.

Setelah 8 bulan berkenalan kami bertunang dan melangsung perkahwinan setelah 7 bulan bertunang. Bermacam2 soalan aku tanyakan kerana aku sorang yang sangat risau kerana perkahwinan merupakan 1 tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.

Masalah pertama mula timbul apabila dia tidak berterus terang mengenai status pendidikannya aku dimaklumkan dia mengambil diploma jurusan agama oleh makcik ku tapi yang sebenarnya dia drop dari belajar gara2 tidak dapat bawa bahasa Arab..

Tapi dia tak pernah bagitahu aku mengenai hal ni & hanya diberitahui sewaktu mengisi borang nikah dia cuma miliki stpm.

Aku masih teruskan perkahwinan kerana itu hanya perkara kecil dan kami masih sekufu dari taraf pemikiran. Btw aku degree holder.

Fast forward kami berkahwin, bulan pertama dia kantoi ada hutang personal loan dan aeon credit (30k). Aku confront dengannya kenapa menipu dan tidak jujur sewaktu taaruf dulu. Dia hanya bagitahu itu hutang zaman bujang dan dia mampu selesaikan semuanya.

Dia marah padaku kerana aku buka file dia tanpa izin. Dia cakap itu saja hutang yang ada dan akan selesaikan segera so kami berbaik seperti biasa.

Bulan 2 timbul isu lagi, dia kantoi tiada simpanan di TH dan banknya, langsung tiada bahkan RM50 dan tidak mendaftar haji lagi..

Mungkin bagi orang lain benda ni biasa tapi bagi aku ni sangat penting kerana semua telah dibincangkan sebelum berkahwin so kenapa menipu time taaruf. Sekali lagi aku maafkan dan kami hidup seperti biasa.

Kami berpindah ke rumah sewa hujung bulan ke-2 perkahwinan kami sebelum ni aku bergilir2 tido di rumah mertua dan makku sendiri. Di sini timbul isu, segala barang rumah & keperluan dapur aku sediakan. Bahkan peti ais, mesin basuh diberikan oleh keluargaku.

Aku masih ok kerana dia membayar sewa, bil api dan air. Bulan seterusnya masih sama tidak membeli apa2 keperluan dapur bahkan nafkah untukku.

Btw aku masak setiap hari bekal untuknya dan tengah hari kerana ingin membantunya selesaikan hutang cepat. Aku confront dan tanya apa masalahnya, dan dia start membeli barang dapur pada bulan seterusnya itupn hanya sebulan sekali. Yang lain aku topup sendiri menggunakan duit aku.

Bulan 3 kantoi lagi, dia ada meminjam dari 3 orang dengan bunga. Aku berlembut dan tanya kepadaanya knapa begini dan dia cakap dia bodoh sewaktu muda dulu dan menangis2 minta maaf denganku.

Setelah 2 3 hari berfikir aku decide untuk tolong menyelesaikan hutang pokok dan bunga hampir 7k. Alhamdulillah settle semuanya dan dia berjanji tak akan berhutang lagi,

Dan pada masa yang sama aku baru tau dia meminjam juga dengan pinjaman berlesen dan kad gaji dipegang oleh mereka dan mengambil dalam lingkungn 1k sebulan. Gajinya bukan besar bahkan gajiku 2x ganda besar daripadanya. Itu sebab aku berbesar hati untuk menolongnya.

Dia situ aku buat perjanjian agar segala urusan duit harusla di inform dahulu kerana dia seorang yang sangat tidak tau uruskan kewangan.

Setelah semuanya selesai aku bersyukur kerana dia betol2 mau berubah & waktu ini aku bertanya kenapa tidak jujur sewaktu taaruf dulu kerana aku bertanya semuanya berlandaskan 100 premarital ques.

Sambil gelak ketawa dia bagitahu itu strategi dia, kalau dia jujur aku mesti menolak. Saat ni hati aku bagai ditoreh berkali2 tapi masih bersabar kerana kmi bru 4 bulan berkahwin. Aku cuma berdoa agar dia betol2 berubah.

Hampir setiap hari aku berfikir kemana duitnya pergi sewaktu bujang nak kata berhutang kerana berkahwin mustahil kerana majlis kami sangat simple dan sederhana.

Dan baru2 ni muncul lagi masalah, aku jumpa resit pajak gadai & item pada resit itu adalah gelang tangan aku saat diijab kabul dahulu.

Saat lihat resit ni hati aku dh mati untuknya, bukan sekali aku tolong dan maafkan dia tetapi 3 kali aku keluarkan saving yang ada untuk membantunya tapi masih tak cukup. Masih menipu dan menipu lagi & gadai barangku tanpa pengetahuanku.

Sepanjang perkahwinan ini aku tak pernah berjalan & makan luar. Honeymoon ditaja oleh keluargaku & kelengkapan rumah pun banyak dibantu oleh keluarga. Barang dapur aku beli sendiri untuk kami.

Aku sudah banyak bertolak ansur walaupun apa yang dibincangkan sebelum berkahwin berbeza dengan realiti aku masih terima dia seadanya atas alasan dia suamiku.

Setelah semua ni terjadi aku rasakan solat di masjid tidak menjadikan sesorang itu baik. Dia mungkin ada niat lain apabila solat di masjid. Mana mungkin seorang yang baik boleh menipu saat mahu memulakan hubungan yang serious pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya.

Aku bukanlah insan yang baik tapi ditipu berkali2 membuatkan hati aku mati. Dia bukan saja kurang dari segi kewangan, bahkan dari segi mengaji juga kurang, kemahiran hidup seperti menukar paip lampu dan etc juga kurang.

Jika dia jujur saat aku taaruf mna mungkin aku terima. Aku tidak salahkan pakcikku maybe dia rajin ke masjid maka orang beranggapan dia baik.

Salah 1 lagi kelemahannya, dia suka cakap besar, pakcik dan makciknya slalu cakap aku beruntung kerana memilih suamiku kerana dia banyak duit, dia suka berbangga diri padahal hanya isterinya yang menanggung semua derita hutang2nya.

Sekarang ni aku hanya bagi tempoh setahun untuk dia berubah andai kata benar berubah aku terima andai kata dia masih sama aku akan undur diri. Aku tak kesah untuk susah senang bersamanya yang menjadi isu skeranag ini penipuan demi penipuan aku hadapi setiap hari.

Aku cuma harapkan sebuah perkahwinan yang bahagia tapi realitinya menyakitkan mungkin Allah nak bagi pahala dan hapuskan dosa2 aku dengan cara ni aku terima. Bagi aku pilihan keluarga dan berkenalan berapa lama pun tak menjamin kebahagian andai salah 1 pihak memilih untuk menipu.

Bagi yang belum berkahwin berdoa la bersungguh2 agar dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan jujur dalam setiap perkara. Tidak semua orang dapat merasai cinta selepas nikah kerana lelaki yang baik itu limited.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku yang tersakiti.

– Rania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Rania perlu ‘merancang keluarga’ – untuk pastikan perubahan berlaku dan tidak terjerat lebih lama dalam penipuan. Walaupun jujur saya rasa sikap suami Rania akan kekal begitu

  2. Orang yang selalu menipu memang susah nak berubah, bayak sangat penipuan dia sebelum kawin, Rania fikir lar sendiri,

    suami juga tak pandai urus kewangan, semua dia harap pada Rania lagi pulak dia tauRania gaji besar dan mampu cover dia everytime dia tersepit., sekarang duduk berdua puan Rania kene keluar duit, agak2 kalau ada anak macam mana?

    cukup setahun kalau takde perubahan better angkat kaki lar. Lagi satu sementara tu jangan lupa untuk ” merancang keluarga”.

  3. awak jaga diri awak. kalau boleh elak lah ada anak dengan dia. dari awal lagi dia menipu dan tak jalan tanggugjawab sempurna. awak banyak berkorban. mana duit dia pergi? judi? dadah? perempuan?

    • kalau boleh, jangan tunggu setahun. saya kesian kat awak bila baca cerita ni

  4. Bagi masa setahun? Mungkin dalam masa setahun tu 18 kali lagi dia menipu. Bagi satu peluang lagi cukup la. Menipu sebelum kahwin tu dah cukup teruk kot. Nak cerai better sekarang. Lepas setahun dah ada anak awak akan terikat dengan dia selama lamanya. Ingat pesan siput ni.

  5. ya Allah, jangan la baik sangat gi tolong sana sini, tu naik lemak, takde laki pun takpe la kalau mcm ni. Sangat bahaya ye sis, tolong jangan tolong dahhh

  6. Puan, jgn beranak. Klu perkahwinan bermula dgn penipuan…tinggalkan saja. Puan dah bagi banyak peluang.

  7. Run sekarang. Dalam masa setahun lagi bertimbun hutang2 yg tak terbayar tu. Dalam masa setahun lagi bertambah komitmen2 tu nanti. Lagi banyak you yg kena bayar hutang dia. Silap hari bulan you yg akan tanggung sewa rumah dgn bil2 nnt. Ni belum ada anak. Ada anak lagi la. At last nanti you sendiri yg kena hadap. Sakit penat mengandung dgn lepas mengandung, expenses pempers susu anak, anak sakit kena p klinik.. Nampak tak? Ni nak bagi bkk mata. Lari sekarang jgn buang masa. Mak ayah bising? You tunjuk bukti semua black and white. Terus terang yg nak tanggung and mengadap tu nnt diri you. So explain to them you are doing right thing. Be firm sis. Abaikan la mulut2 pak cik mak cik beg nnt. Dah terkena sekali kena beringat lepas ni. One more stop la judge yg pergi masjid ni warak sgt la (maaf la saya mmg skeptical dgn golongan mcm ni) sbb selalu kena. Yg okay tu ada.. Yg tak okay pun ada. Jadi Penipu always menipu. Skrg kumpul balik saving you and run!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *