Realiti Kehidupan Generasi Hari Ini

Tajuk confession dah macam essei sekolah.. hihi.

Oklah saya mulakan dengan situasi semasa iaitu keputusan SPM yang baru diumumkan dan pilihan kursus pengajian, di mana ibubapa masih mengalakkan anak-anak untuk ambil kursus yang boleh kerja kerajaan tanpa menyedari hakikat realiti semasa.

Sebaiknya biarlah generasi ini lebih didorong untuk mengambil aliran Tvet jika mereka minat, terutama anak lelaki. Cukuplah lambakan graduan yang ada di pasaran dan lambakan warga emas di sektor-sektor awam.

Saya merupakan seorang usahawan yang memiliki ijazah perakaunan, dah 10 tahun berniaga. Sebelum berniaga sendiri, saya bekerja dalam bidang saya selama 12 tahun.

Graduan tahun era 2000 pasaran kerja masih meluas dan siap boleh memilih yang terbaik lagi. Berbeza dengan keadaan sekarang.

Salah satu faktor mungkin pemegang ekonomi utama sekarang bukan melayu (maaf saya tidak gunakan isu rasis tapi untuk memberi gambaran yang sebenar).

Bangsa Cina ini kita kena akui mereka sangat pentingkan pelajaran dan kualiti kehidupan, mereka sanggup hidup berdekit demi pendidikan dan gemar memilih belajar di luar negara melalui universiti swasta terkemuka.

Selepas beberapa tahun, mereka grad dengan degree luar negara dan menjawat jawatan penting di sektor swasta terkemuka juga. Dan kitaran ini berterusan sehingga era 2023 ini.

Di era ibubapa saya ( saya lahir akhir 70-an), semua bangsa masih hidup susah atau ala kadar aje.

Melayu, Cina, India sama-sama struggle hidup, yang membezakan adalah prinsip keluarga masing-masing yang inginkan anak mengubah nasib keluarga lebih baik. Pendidikanlah satu-satunya jalan untuk merubah nasib.

Saya masih ingat lagi rata-rata taraf hidup kami semua bangsa hampir sama, B40 lah kalau ikut pengkelasan sekarang.

Ada rakan sekelas berbangsa Cina yang sangat pandai dan rajin, ayahnya adalah seorang penjaja jalanan, seorang rakan India pula ayahnya kerja warden pusat pemulihan dadah, ayah saya sendiri sebagai pengawal keselamatan.

Walaupun berbeza agama dan bangsa, tapi matlamat kami sama iaitu belajar bersungguh-sungguh untuk perbaiki nasib keluarga. Mana yang tercicir pun masih bernasib baik kerana peluang kerja masih banyak yang ok.

Itu cerita hampir 30 tahun yang lalu, saya yakin semua rakan-rakan saya itu sudah berjaya sekarang.

So, anak yang baru dapat result SPM 2022 ini, adalah anak-anak kami yang generasi lahir tahun 70-an & 80-an, dari datuk nenek A, era 40-an & 50-an. Graduan Melayu ramai yang memilih kerjaya dalam sektor awam dan swasta.

Bangsa Cina pula ramai yang susah memiliki perniagaan yang sangat kukuh. Jika datuk dan bapa mereka penjaja atau peruncit, sampai peringkat anak cucu sudah ada kilang dan francais pula.

Bangsa India juga tidak kurang hebatnya, mahir bertutur bahasa Inggeris dan menjadi ahli profesional, ramai juga memilih berhijrah ke luar negara. Begitulah lebih kurang, namun setiap bangsa tetap ada yang susah juga.

Ok, tapi apa yang ingin saya fokuskan ialah orang Melayu,anak-anak Melayu di sekeliling saya sendiri. Sepanjang saya berniaga, sangat susah nak dapat staf Melayu yang betul-betul nak kerja, nak belajar. Mereka sekadar ingin gaji sahaja.

Sementelah, bisnes saya hanyalah IKS maka staf pun sekadar di kalangan lepasan SPM ke bawah sahaja, Dari keluarga biasa-biasa.

Bukan sedikit anak remaja ini tidak silu mohon kerja dengan profile WhatsApp sedang berkepit dengan teman lelaki, gambar seksi, menunjukkan isyarat lucah dan lain-lain.

Rata-rata masih muda dan bila ditanya status, masih single. Persoalannya, kenapa ibubapa sangat ‘sporting’? Anak mereka berpeluk, berkepit.

Isu seterusnya pula, ada staf lelaki yang dah menikah ada 4 orang anak, ada diploma tapi memilih untuk kerja ala kadar.

Padahal saya berhasrat untuk groom dia menjadi staf mahir (sebab ada diploma). Tapi dia lebih suka cuti daripada kerja, jika kerja pun tidaklah bersungguh mana.

Saya faham kehidupan dia agak selesa kerana bergantung dengan duit pencen ibunya, sebab tu tak kisah kerja ala kadar.

See, betapa pentingnya pencen dan kerja kerajaan pada orang Melayu. Selagi tak pencen, dapatlah anak-anak hidup dalam comfort zone, kerja pun sekadar hobi masa lapang.

Saya pernah mengaji staf graduan akaun untuk menjaga akaun bisnes yang semakin aktif, tapi malang nasib saya kerap jumpa banyak human error semasa key-in.

Credit note nilai RM40 dikey-in RM400 (terlebih decimal 0), akhirnya saya pula yang kena check semua kerja dan buat semula, faedah apa gajikan dia.

Mujur saya memang ada kemahiran akaun, sekali pandang pun tahu ada yang tak kena.. chewahh. .(promote bidang akaun.. hihi). Pekerja bawahan dengan masalah sosialnya,kurang adab, yang graduan pula tidak kemana. Simple betul hidup mereka.

Isu seterusnya, sebagai peniaga makanan, kebanyakkan kenalan dan contact saya adalah di kalangan tauke-tauke Cina sebagai pembekal utama bahan mentah.

Saya memang kena bergantung sepenuhnya kepada mereka kerana jika saya nak beli secara pukal direct dari kilang pun, tak mungkin dapat harga murah dari tauke ini.

Supply chain mereka sangat dijaga. Ketika krisis bahan mentah baru ini, stok bekalan bahan mentah pun hanya tauke-tauke ini saja yang ada, mujur hubungan kami baik dan mereka jaga saya juga.

So, apa yang ingin saya sampaikan ialah berniaga pun bukanlah pilihan tepat untuk graduan masakini.

Lagi lah dengan situasi semasa sekarang kenaikkan barang keperluan, memang payah hidup. Bila bahan mentah mahal, end product pun harga jadi lebih mahal juga. Sebab tu kenapa peniaga Cina boleh jual harga lebih murah.

Lari topik sikit, dua orang tauke Cina yang saya rapat ini, seorang anaknya melanjutkan pelajaran ke Australia dalam bidang engineering. Itupun selepas bisnes aircond anak dia tak berjaya. Gagal bisnes baru dia hantar anak dia belajar luar.

Kalau bisnes berjaya, tak sambung luar kot. Seorang lagi tauke perempuan Cina hantar anak dia ke Australia bidang science apa entah, tapi hingga dapat full sponsor universiti untuk buat Master dan dapat jadi warganegara Australia.

Saya suka tanya mereka tentang kehidupan dan pendidikan anak-anak. Anak mereka pada permulaan belajar luar negara, memang atas pembiayaan sendiri tapi mereka push anak-anak mereka untuk score hingga dapat full scholarships dari universiti untuk buat Master.

Next, mentaliti kebergantungan dengan pencen dan kerja kerajaan demi untuk anak cucu cicit menumpang hidup menjadikan sesama Melayu sangat selfish, sanggup gunakan kuasa pangkat, pengaruh untuk secure jawatan sesama keluarga, sedara mara (bukan semua).

Yang dah dapat kerja kerajaan pula, tak ramai yang betul-betul berkualiti.

Bila baca confession tentang skandal sesama penjawat awam rasa sakit hati, dah lah gaji dibayar rakyat siap berskandal bagai. Sedangkan maruah diri pun tidak dijaga, bagaimana mereka mampu mengalas tanggungjawab.

Umur pencen 60 tahun, masih datang kerja kerana komitmen hidup. Satu hieraki keluarga bergantung hidup dengan duit pencen.

So, apa yang ingin disampaikan betapa ruginya para graduan yang berkualiti yang dinafikan hak sebagai penjawat awam yang berkaliber. Habis usia menunggu peluang sia-sia dengan kerja merapik-rapik.

So, saya nak sentuh pula tentang life style orang Melayu kita yang agak berkira tentang pelajaran anak-anak. Bersusun Tupperware, Corelle dalam almari jadi hiasan, tudung mahal, baju dari designer, tapi nak develop anak sangat kedekut.

Anak-anak bukan perlu setakat tuisyen akademik saja, tapi patut dedahkan dengan skil lain-lain juga seperti kelas catur, piano, fine art, kelas bahasa, public speaking, ala ..banyak lagi kelas untuk anak-anak selain akademik.

Anak-anak pun enjoy, emosi sihat. Jika kita ni kerja biasa, hidup biasa.. baik utamakan pelaburan pendidikan anak-anak dulu.

Tahan nafsu untuk Vellfire, Alphard, Le Creuset bagai. Sebab selepas utamakan pendidikan anak, kena elak keturunan merempat tiada kediaman, maka usahakan untuk membeli anak-anak, hartanah yang murah di kampung-kampung.

Keturunan yang susah merempat, berlonggok serumah inilah menghasilkan generasi tidak berkualiti. Bunyi macam kasar, tapi inilah realitinya.

Paling lama pun parents induk dapat payung hidup selama 30 tahun, anak cucu cicit yang dalam comfort zone ini, akan jadi apa bila induk dah tiada?

Berbalik pasal pemilihan kursus IPT pula, sebaiknya kita guide anak-anak untuk memilih kursus yang ke arah profesional atau berkemahiran (TVet). Sebab jenis kursus macam ini, jika tak dapat kerja di Malaysia, sekurangnya skil kemahiran mereka laku di serata dunia.

Jika tiada rezeki di negara sendiri, boleh jadi expatriate di luar negara. Rasanya bangsa Cina Malaysia dah lama buat macam ini, dah sampai masanya kita pun sama ke arah itu.

Kita pun dah patut buat pelaburan pendidikan untuk anak-anak supaya Malaysia bukanlah satu-satunya tempat untuk kita bergantung harap.

Kira macam plan B lah, Bukan tak patriotik, tapi hujan emas di negara orang jauh lebih baik buat masa ini. Stay dalam Malaysia dengan hidup yang payah, nak pastikan anak-anak dapat pendidikan yang baik dan peluang yang sepadan semakin hari semakin pudar.

Kadang-kadang kita dibuli oleh bangsa kita sendiri pun, asalkan tembolok sendiri lepas lantaklah hidup orang lain nak jadi apa.

Dah panjang saya membebel, saya stop dulu ye. Nak diingatkan apa yang saya luahkan ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja.

Secara peribadi, anak-anak saya memilih bidang Tvet secara sukarela, bukan desakan saya. Anak sulung saya baru nak habis Diploma.

Sebagai ibu, saya risau juga tentang masadepan anak-anak saya dan anak-anak bangsa sendiri juga.

Sekian, bebelan dari saya.

– Puan Aini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *