Realiti Kerja Dalam Masyarakat Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku harap kisah aku yang tak seberapa ni tersiarlah hendaknya.Aku seorang perempuan. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Umur aku akhir 20-an. Cerita aku ni tak lah best mana cuma aku saja nak bercerita tentang realiti kerja disebuah syarikat melayu ni dan nak minta pendapat pembaca tentang nak proceed tak buat aduan..huhuhu

Lepas aku graduated dari sebuah ipta di Malaysia, aku mulakan kerja aku dengan macam-macam kerja yang aku rasa aku nak cuba sehingga lah satu masa aku nak stay dekat satu syarikat dalam kategori pemborong dan peruncitan sebab dah nak kahwin dan kerja aku sebagai kerani yang jauh sangat dengan degree yang aku ada tapi tak pelah sebab aku kan bakal berkeluarga dan ada komitmen, jadi aku amik jelah kerja yang dah ada ni. Mula- mula masa interview, pengurus syarikat tu kata dia akan bayar gaji aku standard SPM je sebab aku fresh graduate yang tak ada sebarang pengalaman padahal aku dah banyak kerja kat tempat lain sebelum kat syarikat tu. Tapi aku akur jelah sebab aku nak sangat kerja, dari tak dapat apa2 oklah dapat gaji 6 ratus sebulan. (korang bayangkan 6ratus je) . pengurus tu janji dengan aku akan ada kenaikan gaji setiap tahun.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, janji yang ditabur langsung tak ditunaikan. Kenaikan gaji tahunan yang diharapkan telah dimansuhkan ketika itu atas alasan ada bonus setiap tahun. Korang bayangkan bonus dikatakan tu cuma bernilai rm 50 je. Tu pun pelbagai syarat dikenakan. Pekerja yang baru kerja tak dapat langsung. Rm 50 yang diberi sbgai bohus tu pun diagung-agungkan, katenya walaupun syarikat tak untung tapi syarikat tetap juga memberi bonus kepada pekerja (Rm50 tu bonus ke?). Pengarah syarikat kata tak ada untung tapi pada tahun yang sama, dia dan keluarga dia boleh pulak keluarkan kereta baru sampai dua biji. Pengurus-pengurus kanan yang kaki bodek pulak dapat bonus beribu2. Pekerja biasa dan kerani langsung tak merasa. Bonus yang rm 50 tu pun aku cume dapat pada tahun kedua aku kerja, tu pun sekali sebab tahun berikutnya bonus langsung tak ada(tak de untung katanya).

Kenaikan gaji hanya ada mase kerajaan tetapkan gaji minimum pekerja rm1000. Tu pun lepas dh beberapa tahun aku kerja kat syarikat tu. Korang bayangkan kerja aku setiap tahun bertambah dengan alasan aku pekerja lama, tapi gaji rm 1 pun susah nak naikkan lagi ditolak adalah dengan peraturan-peraturan merapu yang kalau aku ingkar akan dikenakan denda (contohnye; kalau aku tak dtg kerja tanpa alasan sehari didenda rm50, kalau lambat punch masuk kerja walaupun belum mase kerja rm 5 sekali.maksudnye aku kena masuk betul2 15 minit sebelum mase bekerja aku, klu lambat walau sesaat didenda.).kemudian, duit denda tu boleh pulak digunakan utk jamuan makan2. Duit makan tu kan duit dari denda pekerja tapi kami pekerja dpt mkn sikit je dan kalau ade lebih keluarga bos dan pengurus yang bungkus2 bawk balik..what the hell? Korang rase halal ke yang dieorang tu makan ye?. Lagi satu korang bayangkan gaji aku yang dah bertahun2 kerja ni sama dengan gaji pekerja yang baru je masuk. Korang rasa adil tak? Kalau alasan aku tak performed dalam kerja aku, kenapa tak terminated je aku? lepas 4 tahun kerja baru gaji aku naik.tu pun rm 50 je. Semua kerja kta ofis tu aku buat dari masak nasi, buat air utk tetamu, basuh toilet dan kemas ofis semua aku buat.Rasa betul2 tak dihargai tapi aku terus kerja kat situ sebab aku ade komitmen dan lagi satu nak cari kerja kat pekan yang tak berapa besar ni bukan senang. Tu baru pasal gaji, belum lagi perangai pengarah dan pengurus yang sentiasa mendongak langit, bcakap besar sampai b*bi pun boleh terbang lah.

Aku ceritakan dulu perangai big boss (bb)aku. Bb aku ni dato’. Satu perkara yang paling aku benci dengan die adalah die suka cakap kat pekerja die bodoh

“hang ni bodoh!!, bodoh, bodoh, dan bodoh”.

Pak hang lah bodoh. Mak ayah kami pun tak pernah cakap kami bodoh. Bukan setakat bodoh ,perkataan mencarut yang lain macam pungkuq hang lah, semua keluar dari mulut die. Die pun seorang yang suke sgt ckap besar. Dia xtau ke syarikat die tu aku rase dlm 10 tahun lagi lingkup lah.xde orang nak beli kat kedai yang barang2 die, orang kampong pun tak pandang, tak up to date . Bb ni sangat-sangat percaya kan pengurus aku yang aku labelkan sebagai pengurus S ni. Ape saje si S ni cakap die akan percaya bulat2 dan terima tanpa selidik atau bertanya pada orang lain dulu. Kalau orang yang bukan dari syarikat kami mesti tertanya-tanya , si S ni anak bb ke?. Satu situasi yang menyebabkan aku nak sgt2 buat luahan adalah kerana aku terdengar perbualan bb dengan si S dimana bb nak naikkan gaji seorang pekerja ni tapi si S ni cakap’

“bos, saya rase xyahlah naikkan gaji si anis tu”

dan bb pun ikut je kate si S ni. Siapa saja yang tak ikut arahan si S atau nak ubah apa2 dlm organisasi ni mesti akan di cantas oleh si S dan geng2 pengurus die. Aku yang dengar rase si S ni sebenarnye sejenis manusia yang busuk hati. Kau percaya sangat dengan pengurus2 kaki kipas tu, makin tak maju lah syarikat kau ni. Ada satu peristiwa yang aku takkan boleh lupe sampai bila2. Satu hari tu ade supplier datang dan kami semua tengah sibuk buat kerja masing2 dan bb aku ni baru sampai ofis. Tetibe die marah,

”tak Nampak ka ada tetamu ni,hangpa xreti lagi ka buat ayak? Memang patutlah hangpa ni kerani, sampai ke tua pun memang layak jadi kerani ja”.

Aku waktu tu rase marah mendidih sgt. Tu dh cukup menghina, die tak tau ke kerani die ni yang die langsung tak tau nama walau dh kerja bertahun2 ni lah yang buat semua kerja , lepas tu kerja yang dh dibuat elok2 dan sempurna bagi pada pengurus2 yang kaki kipas tu. Bila dapat pujian pengurus2 tu xde acknowledged langsung kerani yang bertungkus lumus ni tapi kalau buat silap pengurus ni sebut nama kerani yang buat. Bb selalu marah dan dia kata budak2 sekarang ade degree pun kerja tak bagus setaraf dengan budak SPM je. Kerja suruh buat setaraf degree tapi bayar gaji setaraf SPM. Lepas tu suka bandingkan dengan orang cina bekerja bagus . Benda lain (management, kebajikan pekerja dan gaji)tak nak pulak compare.

Perangai pengurus syarikat tu pun aku cukup2 xsuke dan aku simpan sampai bertahun2. Kalau perkara tu berkait dengan kerani2 dan pekerja biase semua tak boleh tapi kalau berkait dengan dieorng tetibe je boleh. Situasi2 yang dialami;

1- Ada pekerja ni pakcik die sakit, jadi die nak cuti sebab nak tengok pakcik die. Pengurus yang ni aku labelkan sbg A ni boleh cakap ape?
”ala, sakit je pun ,nnt boleh je kan nak melawat”.
Maka, pekerja ni tak boleh lah bercuti. Tapi bile kena kat batang hidung sendiri di mana abang ipar die rasenye, sakit kat hospital , seminggu die cuti. Kami macam “What??”
2- Tak taulah ni pekerja yang sama ke tak. Die mintak cuti sebab pakcik meninggal dan pengurus A ni kate mcm ni’
“ala orang dah mati kan, yang sibuk2 nak cuti buat pe,dtg melawat jelah. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup”
tapi bile JIRAN die ..aku ulang, JIRAN die meninggal boleh pulak die cuti. Sakit tak hati??
3- Dua tiga tahun lepas,syarikat aku ni xiktiraf klu MC yg staff amik adalah MC dari klinik swasta. So, sape2 yg amik mc swasta dikire cuti tanpa gaji (UPL). Tapi, bile pengurus S ni amik mc dari hospital swasta sebab die admit hospital swasta seminggu, tetibe je mc tu dikire mc bukan cuti tanpa gaji. What ????
4- Kalau mana2 pekerja yang bercuti dulu baru isi borang cuti ,tak boleh apply cuti tahun cuma boleh apply UPL. Tapi kalau si S dan geng2 pengurus nya cuti dahulu lepas tu baru isi borang cuti boleh pulak apply cuti tahun.
5- Bila kami datang lewat bersebab ,tak boleh ganti berapa lama mase lambat tu, tetap kena tolak dalam gaji. TAPI kalau si S dan geng2 pengurus lambat datang kerja, masa yang lewat tu boleh diganti dan tak ditolak dalam gaji dengan alasan gaji kami ade OT dan gaji geng2 die gaji mati. Boleh pulak buat perbandingan macam tu kan. Tak masuk akal langsung kalaupun dicampur gaji kami dengan ot , suku pun xdpt jumlah gaji geng2 pengurus S ni. Lagipun kami ni tak dibenarkan OT.
6- Kalau pekerja buat salah, cepat je keluarkan arahan denda rm 10 lah rm 50 lah. Tapi kalau sendiri buat salah tak mau ngaku dan langsung tak didenda.

Point yang buatkan ramai pekerja berhenti adalah syarikat ni langsung tak jaga kebajikan dan kesetiaan pekerja .
1- Mula2 dulu surau langsung tak ada. Kami yang pekerja2 ni berusaha mengadakan satu ruang yang boleh dijadikan surau tempat kami solat.
2- Bagi pekerja2 yang belum diserapkan sebagai pekerja tetap caruman SOCSO dan KWSP tak dibuat pun.
3- Kantin yang jual makanan pun tak ada. Kan aku cakap aku pernah masak nasi sebab kerani2 ni yang disuruh masak nasi putih dan air untuk pekerja makan. (nasi putih je ye, lauk sendiri)
4- Klinik panel pun tak ada. Kate syarikat gah sangat tapi nak sediakan klinik panel pun terkial2.
5- Kenaikan gaji langsung tak ada untuk pekerja biase walaupun dah bertahun- tahun kerja dan setia dengan syarikat.
6- Kalau gaji pun tak ada, bonus lagilah tak ada. Sudah dihapuskan (tak untung)
7- Sistem denda yang pada aku sangat menganiaya pekerja. Sebab sebulan kadang2 seorang pekerja boleh dikenakan denda sampai nilai beratus-ratus.

Sebenarnya, kalau nak diceritakan mesti lagi panjang karangan aku ni. Bagi majikan2 diluar sana, tolonglah hentikan penganiayaan terhadap pekerja2 anda. Janganlah anda nak syarikat anda maju dan menguntungkan dengan menekan orang bawahan anda. Tanpa orang bawahan anda ni, tak mungkin syarikat anda ni boleh berjalan dengan lancar. Orang2 bawahan2 pun ada hati dan perasaan yang perlu anda jaga. Ada family yang perlu di jaga. Kalau anda rasa dia bekerja keras dan bagus, rasenye tak salah anda bagi kenaikan gaji pada pekerja anda. Percayalah kalau anda jaga pekerja anda betul2, pekerja anda akan jaga syarikat dan kerja dengan usaha yang terbaik dan termampu. Anda rasa berkat ke rezeki yang anda perolehi ? tu pun kalau kisah dengan keberkatan harta yang anda peroleh.

Bagi orang2 yang sama perangai macam geng2 pengurus aku tu. Bawak2 lah bertaubat. Korang bukan sentiase ada kat atas. Hidup ni macam roda. Satu hari kau akan jatuh.sudah2lh tu mendongak ke langit.
Bagi yang tengah cari kerja. Tolong usha betul2 syarikat yang korang nak apply kerja tu ye. Jangan nnti menyesal di kemudian hari.
Korang rase aku kena proceed ke buat aduan?

– anon_purple

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *