Harini saya ada interview untuk jawatan kerani di Kedah.
Company yang saya apply bukan la kecil2 ianya cukup besar, dia ada cawangan setiap negeri seluruh Malaysia dan ada tander dengan kerajaan.
Dalam iklan kerja tak di nyatakan job scope dan nak kelulusan spm/diploma/degree perniagaan atau pemasaran.
Calon ada 3 orang. Sempat kami bertiga berkenalan dulu sebelum ditemu duga dan kami bertiga berkelulusan degree.
Bila berborak antara kami, gaji yang diminta anggaran RM1900-RM2300.
Disebabkan tiada maklumat jelas dalam iklan kerja kami target untuk apply atas gaji basic.
Bila saya ditemu duga, rupanya gaji yang diminta katanya terlalu tinggi (saya minta RM1900-RM2000)
Saya diberitahu jawatan kerani kerjanya senang dan hanya setaraf level spm.
Tiada langsung ruang untuk nego gaji berdasarkan tahap pendidikan dan pengalaman kerja.
Persoalannya, permohonan jawatan hampir 80+ orang yang apply. Semestinya, ada calon berpendidikan spm yang apply.
Kenapa calon yang ditemu duga semua berpendidikan tinggi dengan pengalaman kerja yang sesuai jawatan?
Adakan ini cara baru untuk dapat pekerja kualiti dengan gaji tidak bermaruah? Normal ke?
– Nabella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit