Realiti Pekerja Call Centre

Assalamualaikum warga IIUM dan semua pembaca IIUM confession. Aku doakan semoga semua yang membaca post ni dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat dan dimurahkan rezeki. Nama aku Sizuka (bukan nama sebenar). Alhamdulillah setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti swasta, aku berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah bank sebagai Customer Service Executive.

Aku rasa terpanggil nak bercerita mengenai realiti pekerja di call centre sebab aku selalu dengar orang cakap “kerja call centre senang weh” “jawab call je pun”. Mari sini adik akak abang abang semua rapat rapat, Sizuka nk bercerita.

First time aku interview dekat sebuah bank ni, first thing first before interview, kau kena jawab assessment. Ada english, math and critical thinking test. Lepas kau pass baru kau boleh next stage iaitu face to face interview. Lama gak laa aku kena interview haritu. Ada lebih kurang 30minit ke 45 minit. Antara soalannya “you tahan ke kena maki dengan customer?” “boleh kerja shif tak?” “kalau kita tak bagi you cuti raya, you okay ke”.

Lama aku diam and aku fikir. Dah berapa bulan tak kerja. Duit dah makin menyusut. Aku pun iyakan je semua. Dan Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, aku dapat kerja tu. So bermulalah sesi training aku selama 1 bulan dengan mengenal produk, soft skill dan sebagainya.

Lepas training, kau akan masuk floor bersama buddy kau. Masa first aku jawab call, tangan aku shaking weh. Punya laa takot padahal customer tu bukan marah kau pun (this is the beginning). Lepas 3 minggu, kami dilepaskan dibawah jagaan Team Leader.

Masa kau bawah jagaan Team Leader tu kau dah kena start berdikari, otak kau kena pantas cari solution berkenaan masalah customer. Kau kena jadi multitasking, sambil toggle system sambil bercakap dengan customer. Kalau kau buat salah berkemungkinan besar customer akan lodge complaint & can lead to financial loss. Serius aku cakap sebenarnya kerja call centre ni la paling susah. Orang lain buat salah kau yang kena maki dengan customer.

Kami kena kerja shif, kami kerja hujung minggu tapi kami kena maki dengan customer. Kami lembutkan suara layan makian customer padahal airmata dah menitis. Untuk pengetahuan semua, customer service ni adalah orang yang pertama customer akan maki bila ada masalah apa-apa.

Beberapa bulan lepas ayah aku dimasukkan ke hospital, aku sempat jaga ayah aku seminggu saja. Sehingga harini, aku tak sempat balik kg sebab cuti aku 1 hari weekday 1 hari weekend. Kampung nun jauh di utara. Masuk je kerja lepas cuti, terus dapat makian. Aku terus nangis. Customer sekalian, bayangkan kalau anda berada di tempat saya, apa anda rasa?

Maaf aku cakap customer dari bangsa aku sendiri banyak maki hamun aku. P***Mak, B*b*, B*d*h dan macam macam lagi. Pembaca semua, doakan aku ya. Semoga aku terus kuat bekerja kat situ demi sesuap nasi. Akhir kalam, percayalah kata-kata yang kita lafazkan itu juga turut menjadi satu doa kepada org lain. Maka ucapkan laa kata-kata dan perkataan yang baik walaupun amarah tengah memuncak.

Siapa tahu disaat awak melafazkan kata yang kurang senang / makian kepada customer service exec, dia baru kehilangan orang yang tersayang @ sesuatu terjadi kepada dia.

Sizuka mengundur diri. Nanti Sizuka akan share part II Realiti Pekerja Call Centre.

– Agen Call Centre

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *