Aku cuba membaca confession POSTGRAD BAZIR MASA tulisan confessor Ubai Talhah dari sisi yang tenang. Aku agak terkejut sebab ramai yang melatah. Mungkin sebab tulisan confessor yang sedikit kasar menyebabkan ramai penuntut ilmu sentap. Mungkin juga confessor berlatarbelakangkan pengalaman industri sebab itu peringatannya agak “keras”. Tapi aku faham apa yang beliau cuba sampaikan.
Ketahuilah pensyarah mempergunakan pelajar untuk kejar kpi itu ada. Pensyarah yang suka-suka letak nama kawan dia yang tak terlibat dalam research tu jugak wujud. Kalau anda berada dalam win-win situation bagus lah. Tapi tidak semua bernasib baik dapat supervisor yang baik macam confessor cakap.
Aku juga bekas pelajar master. Bernasib baik masih boleh tembus industri menggunakan pengalaman kerja industri sebelum aku sambung master. Aku tak guna sijil master aku untuk dapatkan kerja. Sebab apa? Industri tak perlukan sijil setinggi itu untuk buat kerja dieorang. Managing director aku lulusan MCEO sahaja tapi mampu bukak company yang boleh menggaji beratus-ratus pekerja. Manager aku lulusan SPM sahaja tapi mampu uruskan orang bawahan dia yang ada diploma dan degree. Sebab dieorg semua bermula dari bawah dan pengalaman.
Bukan aku menidakkan kelebihan menuntut ilmu. Tidak sama sekali. Bahkan aku juga sedang membawa ilmu yang aku belajar semasa master itu dalam industri untuk diaplikasi (walaupun tak banyak). Tetapi bila kita mula bekerja dalam dunia luar, kita juga sedang mencari pengalaman dan ilmu. Ilmu tidak terhad dalam lab dan atas kertas journal sahaja.
Seorang yang makin tinggi ilmunya seharus makin merendah diri. Ini yang berlaku pada aku sekarang. Berada dalam dunia industri membuatkan aku rasa master aku tak punya apa-apa. Guru aku dalam bidang pekerjaan ialah budak Nepal sendiri. Mengajar aku menguruskan kelancaran production, mengajar aku kira-kira dengan pantas tanpa menggunakan kalkulator. Bukan ajar kosong. Pernah sekali aku diajar menggunakan formula circumference bersamaan 2 pi r. Ya, oleh budak Nepal. Dieorang takde sijil degree atau master. Belajar pun tak habis kat sana. Tapi dieorang berilmu. Aku pesan pada adik aku yang bakal konvo dalam bidang engineering – kerja dan lihat cara foreigner dan lulusan spm kerja. Nescaya kau akan rasa sijil kau tak ada apa-apa erti. Hanya yang terlibat dalam bidang industri sahaja akan faham situasi ini.
Aku kerap mengingatkan junior-junior aku, hanya orang yang kuat sahaja boleh berada dalam bidang ini. Kalau hati tisu, baru sehari kena maki dengan manager dah nak resign, anda tak layak bergelar seorang graduan universiti. Keluarlah dari kepompong selesa. Kepada pensyarah, maaf andai terasa hati. Aku juga bercita-cita menjadi pensyarah satu hari nanti setelah ilmu dari dunia luar aku penuhi.
– Bekas Pelajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit