Terima kasih kepada admin sebab sudi publish confession saya. Alhamdulillah, banyak maklum balas yang positif. Terima kasih saya ucapkan. Bagi saya, tak salah untuk guna bahasa basahan tapi, biarlah bahasa yang boleh difahami. Okay, jadi balik kepada tajuk, realiti pelajar. Walaupun saya cuma pelajar STPM, saya banyak kawan yang terdiri daripada pelajar universiti, matrikulasi dan asasi. Jadi, terus-terang saya cakap, saya tahu saya ni kosong kalau nak dibandingkan dengan mereka. Tapi, banyak yang saya belajar daripada hidup mereka sebagai student Universiti, dan banyak juga yang saya belajar daripada pengalaman saya sendiri. Jadi dalam confession ni, saya tak gunakan bahasa baku sepenuhnya, tapi bahasa basahan dan saya harap tiada siapa akan kecam. Saya akan menggunakan ”aku” supaya pembaca selesa nak baca.
.
.
.
Baik, aku nak kategorikan pelajar ikut ragam masing-masing. Jenis pertama yang aku jumpa, jenis yang akan cerita dengan aku yang dia susah, mak ayah sakit, dia anak yang kena pikul tanggungjawap untuk tanggung family, macam-macamlah. Pendek kata, dia ni dikategorikan orang susah. Sentiasa takda duit. Jadi aku pun sebagai manusia, mestilah ada simpati, walaupun aku sendiri datang dari keluarga yang sederhana. Aku akan bagi dia kata-kata semangat sebab aku mana ada duit ahaha. Tapi, senang cakap, bila borak dengan aku je, mesti dia akan cerita yang dia ni susah apa semua, duit nak bayar yuran pun takda. Tak lama lepas tu, aku tengok balik hidup dia dekat sosial media macamana. Tuptup dia beli iPhone. Ehh, kata susah ahahaha. Aku pun tanya khabar dia apa semua. Dia cakap dia beli iPhone sebab dia kerja. Okaylah tu. Tapi, pada pandangan aku lah, aku tak kisah pun dia nak buat apa dengan duit dia tapi, (pandangan aku je eh) memandangkan dia ambik PTPTN, aku rasa tak salah kalau dia pakai phone biasa then guna sebahagian daripada duit tu untuk bayar PTPTN. I mean, 3k dude. Bukannya sikit. Kalau kita asyik tangguh-tangguh bayar PTPTN,besok lusa dah graduate, belum tentu dapat kerja. Tak salah nak beli iPhone, tapi kenalah ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa ada priority yang lebih utama, dahulukanlah benda tu.
.
.
.
Okay, yang kedua! Tak semua student macam kat atas tu. Ada yang aku nampak, memang dia struggle. Memang dia tanggung beban. Memang dia taknak menyusahkan orang lain. Bila dia dapat duit, dia tahu priority dia. Dia tahu dia bukan orang senang. Orang macam ni, walaupun dia tak pakai iPhone, dia tak pernah mengeluh yang dia susah. Dia tak pernah nak meraih simpati orang, sebab dia tahu, apa yang dia perlu buat ialah usaha, then hasil daripada usaha tu, dia manfaatkan sepenuhnya.
.
.
.
Yang ketiga, well, ada yang dah memang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Tak perlu fikir apa-apa pun. Tak macam student yang kena struggle. Yang saban hari asyik fikir pasal duit nak bayar yuran, buku, makan. Hakikatnya, 2016, masih lagi ada student universiti yang cuma dibekalkan RM300 sebulan untuk tanggung semua. Mungkin datang dari family yang tidak berkemampuan. Students yang kaya ada yang jenis merendah diri, dan ada yang jenis membongak ke langit. Itu bergantung kepada diri masing-masing. Mungkin bersyukur, mungkin kufur. Semuanya terletak pada hati masing-masing.
.
.
.
.
Kalaulah anda merupakan student yang pernah susah, yang tahu perasan berlapar sebab takda duit, anda sepatutnya bersyukur. Kadang-kadang, kita tak nampak benda tu sebagai satu nikmat. Kenapa Allah tak bagi kita kaya terus? Kenapa kita dilahirkan dalam family susah sampaikan time kat universiti nak makan pun takda duit? Sebab, bila kita susah, kita akan hargai setiap detik kesenangan kita. Kita akan rasa nikmatnya makanan. Kalau orang kaya ahahaha hari-hari dah makan, dia akan rasa biasa je.
.
.
.
Tapi, apa pun, tak kisah anda kategori mana. Yang penting nawaitu anda. Kalau anda pernah rasa susah, sabarlah, itu satu latihan sebelum mendapat kesenangan. Kalau anda tidak pernah rasa susah, sabarlah juga, itu pun satu latihan untuk mengenal erti syukur.
Tapi kalau anda kategori pertama! Sila tengok cermin dan sedar diri. Ahahaha. Okay gurau je. Kalau anda kategori pertama, belajarlah erti bersyukur. Tak salah pun nak reward diri sendiri, cuma, belajar mengutamakan priority.
.
.
.
Assalamualaikum.
– – The STPM student
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit