Sebenarnya sudah lama saya teringin nak bercerita dalam industri online business dalam fashion. Saya memang suka sangat bekerja dalam industri ni. Dalam tempoh 4 tahun saya dah kerja 3 syarikat industri pakaiaan.
Orang kata saya sepatutnya saya boleh buat perniagaan sendiri atau kata lain jadi founder brand pakaian sendiri memadangkan saya banyak tahu rahsia dalam industri ni.
Tapi saya lebih suka jadi makan gaji. Sebab hidup seorang founder saya lihat bukannya mudah. Bila kita rasa penat, kita tak boleh nak stop business tiba-tiba sebab melibatkan banyak pihak.
24 jam mereka akan fikir tentang business sahaja. Even hari cuti ke, hari raya mesti mereka akan bimbang akan sale mereka. Memang tak hairan kalau boss akan wasap luar kerja. It’s okay sebab saya terbiasa rentak mereka walaupun kadang saya penat.
Kerja dalam sebuah company yang kecil dan serdahana dalam industri pakaian memang best. Setiap company saya pernah kerja hubungan semasa staff macam family. Dapat reward or makan free memang selalu. Boss kalau suka tak berkira bagi reward kat staff.
Kerja macam ni memang no terlalu stricly rule but normally selalu terover time sebab nak parcel yang beratus. Sometimes hari cuti or luar waktu kerja normal whatsapp tentang hal kerja.
Lagi satu especially bila raya semua company saya pernah kerja akan dapat bonus. Sebab bila nak raya, industri pakaian ni sale akan mencanak naik disebabkan pemintaan baju raya yang banyak.
Malah cuti raya pun sampai seminggu disebabkan bila lepas raya industri pakaian sale memang tak berapa nak ada.
Tapi sebelum cuti raya seminggu memang bulan ramadhan kami kerja kaw kaw sibuk sebab menerima order sangat banyak. So berbaloi atas kepenatan tersebut
But owner business pakaian saya lihat suka buat kesalahan yang sama, suka ambil konsep pre order the end staff customer services atau agent/ dropship akan berhadapan dengan amukan customer disebabkan baju lambat sampai dari masa sepatutnya.
Saya faham kebanyakan mereka suka ambil baju pre order sebab nak cover modal walaupun baju tak siap lagi. Masalah macam ni tiap-tiap tahun memang famous berlaku. Mereka yakin baju pre order akan siap dengan masa diberitahu oleh supplier,
Tapi hakikatnya dorang tak expect jika ada delay atau masalah berlaku barang tak boleh masuk malaysia sebab covid 19 atau baju terlalu banyak reject. Dan banyak masalah tak boleh dijangka. Seeloknya jual baju dah ready stock terutama hari raya nanti.
Pada saya semua orang boleh buka business walaupun gagal dalam pelajaran sekalipun, tapi nak jumpa seorang boss yang betul-betul berilmu bila company berkembang tak semua ada.
Most of them memang gemarkan kelas marketing, close sale or class ads yang boleh menyumbang keuntungan company.
Tetapi berapa kerat ja boss yang tiada perlajaran tinggi yang ada duit banyak untuk guna sambung study even part time any course of business.
Bila belajar di U akan develop skill critical thinking, management and problem solving. Jika leader takde ilmu seperti ini, the end memang staff akan jadi mangsa dan sering dipersalahkan.
Saya kagum sebenarnya Malaysia merupakan negara senang nak buat business. Tapi ingatlah kerjayaan harta bukan segalanya.
Saya teringin nak lihat lagi ramai founder yang cerdik dan berilmu berjaya kembangkan syarikat secara tak langsung banyak peluang pekerjaan orang ramai.
– Salena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit