Realiti Sebenar Hidup Doktor

Salam semua. Aku cuma nak buat luahan perasaan tentang environment yang toksik di tempat aku.

Semua orang fikir doktor adalah penjawat awam yang tertindas, tapi banyak sebenarnya yang orang tak tau.

Aku cumalah PT di institusi penyelidikan bawah kkm. Memang banyak doktor di tempat aku.

Maklumlah kalau doktor tak boleh buat kerja di hospital (on-call, syif, post-call), memang hantar buat admin di HQ atau kononnya buat research di institut.

Macam penjawat awam lain, doktor dapat semua kelebihan cuti dan belajar sehinggakan ada doktor yang boleh manipulate sistem.

Tahun pertama, apply belajar luar negara dengan cuti bergaji penuh.

Tahun kedua, apply Latihan sangkutan di klinik kesihatan sedangkan JD dia adalah untuk buat kerja2 admin.

Apply Latihan sangkutan dengan alasan sebab requirement universiti. Tapi langsung tak de bukti tawaran dapat masuk universiti.

Tahun ketiga, apply cuti separuh gaji untuk mejaga ahli keluarga. Banyak lagi doktor di hospital yang layak sambung pakar dan perlu sambung tak dapat.

Sedangkan doktor-doktor yang kerja kat admin ni senang-senang dapat. Padahal kerja diorang tak perlu pun jumpa patient.

Sepanjang tiada di pejabat, tugas2 hakiki kena ditanggung oleh pegawai lain.

Jadi bila balik dari cuti, kerja-kerja dia semua dah siap. Hujung tahun claim SKT dan KPI tercapai.

Aku kesian dengan pegawai lain yang kena ambik alih tugas dia. Dah la kerja berat, gaji tak setinggi doktor. Bila kena panggil meeting, dia apply cuti atau emergency leave.

Dah pernah kantoi masuk siasatan tataertib suruh pegawai sambilan dia untuk punch kad cover masuk office. Kadang-kadang hilang dari office.

Tapi biasa lah, tak de keputusan. Bila benda berkaitan doktor, banyak yang akan disenyapkan supaya jawatan tak ditarik semula ke hospital atau klinik yang lebih memerlukan.

Aku cuma pembantu tadbir biasa yang takde kuasa untuk tambah baik sistem di kkm.

Frust jugak tengok orang lain tertindas. Banyak lagi doktor lain di luar yang boleh buat kerja. Ramai orang lain tak dapat kerja, kena jadi pegawai kontrak.

Sedangkan yang dah ada kerja, senang goyang kaki. Punch masuk kerja, bancuh kopi. Sembang-sembang sampai masa balik.

Tapi aku harap benda ni berubah supaya orang yang betul2 layak dapat masuk kerja. Banyak je lagi post doktor yang buat admin sebab malas kerja hospital/ klinik.

Kalau ikutkan kat tempat aku ni tak de jumpa patient pun. Memang totally buat research je. Tapi jumlah doktor tetap lagi banyak daripada pegawai-pegawai skim lain.

Tapi orang ramai tak Nampak tu sebab semua dah letak dekat HQ dan institut.

Memandangkan tak de pape tindakan untuk doktor ni, jadi berterusanlah dia akan dapat gaji, naik pangkat dan kerja di cover oleh pegawai lain.

Sekian…

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *