Realiti Sesuatu Pekerjaan

Assalamualaikum,
Realiti sebuah kehidupan pekerjaan. Aku seorang graduan dari uiam di mana selama aku belajar di uiam, aku bertemu dengan org yg baik2,yg mengajak ke arah kebaikan, plus ‘soulfood’ tersangatlah mudah didapati (ceramah agama,kelas agama,subjek related to islam,aktiviti2 islamic). Jadi konklusinya hidup aku di uiam menjadikn aku lebih mengingati kepadaNya dan menjadi lebih baik.

Selepas aku graduate,aku dapat kerja di sebuah kompeni yang besar dan femes. Kalau aku sebut kat sini kompom semua tahu. Aku happy sangat dapat kerja di situ kerana sebelum ini aku hanya bekerja biasa sahaja. Dan aku dapat group yang mencabar dan adventure,bagi aku lah. Kehidupan aku busy dan sentiasa penat tetapi aku happy sebab pada mulanya ku sangkakan semua orang baik2 sahaja. Tambahan pula,kompeni yang aku kerja diterapkn sedikit aktiviti agama seperti solat hajat dan ceramah agama setiap bulan (alhamdulillah walaupun tidak sekerap di uiam).

Tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama. Aku diminta memegang satu projek yang masih samar-samar untuk aku dan projek itu amat penting. Aku berfikiran positif sahaja walaupun aku pernah berkata kepada sv ku, aku rasa aku tidak mampu untuk melakukannya jika aku dibiarkan keseorangan. Manusia berjanji akan membantu,berjanji akan tunjuk ajar,berjanji akan turut serta bersusah denganku. Tetapi semua itu dusta,aku dibiarkan membuat kerja itu seorang di mana projek seperti itu terdahulu seramai 3-4 jurutera yang bertugas. Lalu dengan ketabahan dan fikiran positif,aku teruskan walaupun seorang diri dan hanya dibantu oleh dua orang pembantu. Selama sebulan aku hadap untuk menyiapkan permulaan projek itu tanpa sesiapa membantu,hanya memberikan aku contoh projek terdahulu tanpa guide aku dan meminta aku study sendiri. ‘Mereka2’ hingga mampu mendapatkan master dan phd menggunakan projek seperti itu terdahulu tetapi jurutera yang memegang projek terdahulu itu sudah berhenti selepas projek terdahulu itu berakhir dan ‘mereka2’ itu yang mendapat kredit dr projek itu masih kekal di kompeni ini dan dapat master dan phd dari projek terdahulu. Aku sangkakan kezaliman itu hanya berhenti setakat projek yg lama dahulu tetapi aku pun menjadi mangsa.

Setelah semua permulaan,master document/references telah aku siapkan, aku dimaki oleh ‘R’ kerana mengambil masa untuk menyiapkan master document itu (tanpa guide daripada sesiapa malahan pernah seseorang yang pernah terlibat dengan projek terdahulu mengatakan “ilmu kena cari sendiri sebagaimana mereka2 mencari dan jika berkongsi ilmu,tidak semua akan mereka2 kongsikan dan aku pun tak nak ajar korang semua”).Ha Ha Ha (gelak dalam tangisan). Selepas dimaki oleh ‘R’ , aku telah dituduh meninggikan suara kpd ‘R-slh seorg mereka’ sedangkan yang meninggikan suara itu adalah pembantu aku yang kasihan melihat aku (bos dia) dimaki oleh ‘R’ sedangkan ‘R’ itu bukan bos department kami. Lalu aku dipanggil bosku dan R. Aku dimarahi dan mereka dengan bangganya berkata,aku perlu tunduk kepada mereka kerana mereka lebih besar(jawatan) dan berpengalaman berbelas tahun dari aku yang baru bekerja setahun lebih dalam bidang ini. Ya Allah, pada ketika itu, aku rasakan benar,pangkat menyebabkan manusia riak,alpa dan lalai. Mungkin Allah pertemukan aku dengan orang sebegitu agar aku tidak menjadi seperti mereka.

Aku sangkakan setakat itu sahaja kezaliman ‘mereka’ tetapi tidak, mereka meminta segala kerja2 yang telah aku siapkan pada permulaan tanpa rasa sedikit malu. Muka terlalu tembok,meminta hasil orang dan paling tidak dapat aku digest,aku sudah memberikan kerjaku didalam pdf tetapi ‘mereka’ meminta dalam excel. Satu sahaja di dalam fikiranku,untuk memudahkan kerja ‘mereka’ dan menunjukkan ‘mereka’ yang membuat kerja2 itu kerana siapalah aku. Ada yang menasihatiku agar jangan memberi kerjaku sewenangnya,malahan ada yang meminta aku delete sedikit data di sedikit page. Tetapi aku masih dengan hatiku yang takut untuk membuat aniaya. Walaupun sukar untuk aku berikan tetapi aku terpaksa mengalah kerana bosku yang ‘yes boss’ dan telah menggadaiku ketika peristiwa dimaki ‘R’. Ha ha ha (gelak dalam tangisan).

Bukan setakat itu aku dianiaya, setelah projek itu berjalan dan ‘mereka’ telah mendapat master/references documents yg telah aku usahakan pada permulaan,kini agenda ‘mereka’ bermula. ‘Mereka’ mula mengganggu dan tidak membenarkan aku meneruskan projek itu. ‘Mereka’ mengambil alih projek itu dan ‘membuang’ aku begitu sahaja dan membuatku seperti tidak membuat kerjaku dan membiarkan aku seperti layang2 terputus talinya. Orang yang ku percaya iaitu mentorku juga bersekongkol dengan ‘mereka2’. Maaf,sekali kepercayaan aku dimusnahkan, aku tidak akan percaya kepada kau lagi. Menjaga diri kau sendiri bukan bermakna kau boleh menzalimi dan menganiaya orang lain. Aku harap kau diberi kesedaran kerana aku tahu ada kebaikan dalam diri kau.

Kini,baru aku tahu, realiti sebuah kehidupan pekerjaan:-
(1) jika mahu berjaya mendapat pangkat besar,sesi pijak memijak itu biasa
(2) jika mahu jaga belakang sendiri,jgn takut menganiaya orang lain
(3) jika di tempat tinggi,pandanglah langit tanpa mendongak ke bawah
(4) jangan membantu orang lain untuk improve dan naik dari kedudukan sekarang
(5) jangan terlalu tunjuk kau rajin, nanti expectation bos terlalu tinggi melangit

Tetapi, sebenarnya manusia boleh memilih. Aku yakin ‘mereka2’ itu mungkin seperti aku pada mulanya tetapi ‘mereka’ yang memilih untuk menjadi sebegitu. Doaku untuk ‘mereka’ sentiasa di bibir setiap hari.

Walaupun apa terjadi dengan kehidupan ini,cuba untuk tetap memilih kebaikan kerana aku yakin kebaikan itu seperti benih, akan tetap tumbuh dan tersemai dalam hati (seperti kebaikan yang ditunjukkan pembantuku). Aku doakan rezeki dia berlimpah ruah dan hidupnya senang dan tenang kerana sukar untuk bertemu dengan orang sebegitu. Berani menegakkan keadilan walaupun berisiko.

Pangkat,kekayaan tidak akan kekal lama. Ilmu yang kau ada jangan digunakan untuk meninggi diri. Bersediakah diri untuk alam akhirat. Doa orang teraniaya akan dimakbulkan.

Last sekali,doakan aku tetap menjadi diriku yang sukakan kebaikan dan doakan aku dipertemukan dengan orang yang baik2 dan tempat kerja yang baik. Aku juga doakan kalian seperti doa yang aku pinta. Aamiin.

– Hamba Teraniaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *