Hello. First of all, I will not introduce myself sebagai A, B, C mahupun D. Aku cuma seorang manusia yang berasa terpanggil untuk luahkan sesuatu. Kenapa? Penting sangat ke penulisan aku ni? For your information, aku boleh dikatakan pembaca tegar confessions dekat sini. Dan sebagai manusia biasa, aku pun ada lalui dugaan-dugaan hidup lebih kurang macam apa yang diceritakan kat IIUM confession ni.
Tapi sebagai basic, untuk pembaca faham perspektif aku (I hope so), aku seorang yang belum berkahwin, so far Alhamdulillah ada pelajaran dan pekerjaan yang cukup untuk aku, seorang. Aku menulis dari pandangan seseorang yang pernah buat salah, pernah buat dosa, pernah buat kebaikan, pernah mencuba sesuatu yang baru, takut untuk langgar cakap ibu-bapa dan banyak kali buat keputusan bodoh. Basically, aku tak sempurna dari luaran apatah lagi dalaman. And guess what? So are you.
No one is perfect. Which is why, aku cuba nak luahkan something. Tak tahu la nak cakap macam mana or apa benda, tapi something.
Just a heads up, content aku ni macam tak ada specific topic. Basically aku menulis based on apa yang terlintas di fikiran aku as and when. So, apologies kalau confession aku bersepah sikit.
Tahu tak realiti kehidupan sekarang sebenarnya macam sampah? Ye, sampah.
Dulu masa kita semua membesar, in logical sense, setiap baby yang lahir kat dunia perlu dijaga, diberi susu, makan dan pakai yang cukup. Kena kendong, jangan bagi jatuh, kena tidur cukup, etc. Itu logical sense eh aku cakap. Tapi reality, nope. Buang baby, dera baby, liwat baby, dan semua-semua benda yang kau tak rasa logik pun untuk JADI dalam dunia ni. But, it happened.
Dari segi proses pembesaran dan pendewasaan pulak, IDEALLY, it SHOULD be like this – pergi sekolah, belajar, balik rumah, sit for the exam, lulus dengan cemerlang, further study, belajar bersungguh-sungguh, berjaya dengan segulung ijazah, kerja pejabat dan hey, berjaya! But no, kahwin muda, berhenti sekolah, hisap dadah, main motor (dan yes, aku nak tulis Tiktok sebenarnya tapi aku tak tahu benda ni nak klasifikasikan sebagai apa and ada yang sampai kahwin so aku macam mindf*ck gila). But, it happened.
Cakap pulak pasal hubungan sesama manusia. Hm, ini yang paling menggelupur nak ulas ni. Actually, based on a few recent confessions yang buat aku macam “What the hell? Memang jadi ke benda tu ke?” Yes, it happened.
Curang, menipu, ilmu hitam, bodek, sex slave, kena tinggal, desperate, LGBT, depression, office flirting, semua lah!
So, there goes away an IDEAL LIFE. From my perspective, an ideal life is:
• Where two people meet with each other, fall in love, get married, have kids, build a family and die.
• One people just be loyal and commit to another people, and die.
• One people just behave “ideally” and according to law of universe, and die.
• One people did you wrong, say sorry, you forgive, and die.
BUT HELL NO.
IT HAS to derail from the track. You sleep with other people when you are clearly, legally and religiously married to your spouse. You lie to people. You betray people. You hurt people. You hurt other beings, animals! You abuse your power. You abuse your spouse. You abuse your children. You treat people badly and you don’t even FEEL sorry and bad! You take life for granted!
Kenapa ya?
Bila aku nak tekankan “kenapa”, this is where takdir comes in. Yes, I understand. Aku faham dan percaya. Takdir tu benar. Ada yang gembira, ada yang sedih, dan yang paling sick, takdir yang tak masuk akal. Kejap, jangan marah. Aku bukan nak persoalkan takdir yang ditentukan oleh Allah. He knows best. I believe in that. But, let’s look at things at angle yang lain sikit dari takdir.
Ingat ya, Allah pinjamkan kita sekejap je dekat dunia ni. Tinggal kau nak sedar tak sedar je lah benda tu. Ha ini pun untuk aku jugak. Lepas tu kalau dah sedar, kau nak buat apa? Kau nak hidup cara A ke cara B?
Aku banyak baca self-help articles. Salah satu benda yang aku tak boleh nafikan kebenarannya even though how cliché it may sounds, it’s all about choices. Choices that you made with you CONCIOUS MIND. Conscious (sedar) dan subconscious (separa sedar dan bodoh – ni term aku). Then selepas buat keputusan, baru kau boleh sembang takdir. Ye, aku faham. Susah. Kadang-kadang kita ni tersepit dengan pelbagai keadaan. Which brings me to self-control.
Banyak benda kau nak kena control. Your thoughts, your emotion, your lust. This one memang paling susah because this involves a lot of INVISIBLE effort. Dia bukan macam kau nak lulus, kau beli buku dan study beriya, ini lebih kepada inner-self kau. Dan disini lah bermula nya kata-kata cliché, “look inwards”, “focus on yourself”. But how? Focus on yourself tu macam focus study ke? Yes, but benda ni intangible. Itu lah cabaran dia. It’s interesting, but not to people yang pilih untuk tidak menyahut cabaran ini dan pilih untuk duduk dalam comfort zone.
Kau nak kena control nafsu kau, perasaan kau, fikiran kau bila sickening reality happens. Aku bagi contoh yang aku tak boleh brain sampai sekarang – dan ini common. Kau yang BUAT keputusan untuk berkahwin (conscious mind) dengan pilihan kau, lepas tu kau gagal dalam fasa “self-control” dan kau buat keputusan menggunakan subconscious mind kau untuk nonsense action seperti lunch dengan colleague dan akhirnya sampai ke hotel, bercinta dengan orang lain (dan orang lain tu bermacam-macam jenis ya, suami / isteri / tunang orang maksud aku), tidur dengan orang lain, curang, menipu dan akhirnya kau simpulkan sebagai “Ini adalah takdir”. Weh, apa benda?
I believe that everyone, EVERYONE is tested in this life. Diduga dengan cara yang berlainan. But kadang-kadang aku terfikir, sampai macam ni sekali ya? Dan bagi aku ini lah part where self-control is very crucial. Aku tak nak cakap essential. Tapi crucial. Kau nak lawan the negative voices, bisikan syaitan lagi, masa ni lah baru kau tahu, complicated nya diri kau. Jangan kata “Life’s complicated.” Kau tu.
But this is reality. It’s happening. Aku selalu nak mempersoalkan “Benda-benda macam tu pun boleh jadi eh?” Ye, jadi. Memang ada. Dia jadi lebih menjengkelkan dengan kemudahan yang kita ada sekarang. Social media, smartphone, this and that. Lagi benda yang kau tak dapat bayangkan dek akal akan terjadi, JADI. Yes, it happened.
So, kau nak salahkan siapa? The point is, is there even anything or anyone to be blamed for the series of the unfortunate and sickening events?
Dan masa ini lah kau macam tak tentu arah, terfikir-fikir what the hell is happening? Masa ini la, it’s the time di man kau memaafkan diri kau. Ye, tak kira lah salah kau ke bukan salah kau. Serious talk. Muhasabah diri banyak-banyak, dan improve. Improve diri kau. Improve decision making kau, improve self-control kau. And also, final stage – self-love. Mula-mula aku memang big fan untuk “anti-selfish”. Bagi aku, semua benda kena libatkan semua orang, kena nampak hebat di mata orang, has to be validated by everyone, baru aku rasa apa yang aku buat tu orang baru boleh panggil – this is life is all about.
NO.
Kau kena selfish. KENA. You have to. Trust me. But it comes back to self-control too. Kau jangan terlalu selfish untuk benda yang salah, contohnya cut queue toilet sebab kau dah tak tahan. Weh, please. Conscious mind, please. Focus on yourself. Masa ni, focus kat diri kau. Sayang diri kau. Don’t be bothered about anyone or anything else. Excuse yourself from the hard truth. Nangis lah sepuas hati. Talk to your family / friends yang kau nak masa sendirian. They’ll understand. It’s okay. Tak apa. It’s OKAY.
Aku jadi particular dalam self-development ni sebab aku sendiri pernah melalui, dan sedang melalui satu ujian yang agak mencabar bagi level aku. Bukan aku tak nak kongsi apa yang lalui, tapi aku rasa dugaan aku ni apa lah sangat kalau nak dibandingkan confessions lain. Lagipun, aku takut nanti, jiwa aku bergelora, asyik sangat type confession nanti sampai aku terconfess benda-benda yang tak patut seperti nama penuh, IC dia dan alamat rumah. Haha.
But for what? Kenapa aku nak focus dekat orang yang tak appreciate kewujudan aku? Apa yang aku dapat? Ye, memang sayang. Sayang that it didn’t work out over something which is so basic and stupid. But, things happen! Nak tak nak, aku kena terima!
It’s all coming back to me now. Acceptance. Kena terima yang things happened. Self-control. Self-love. Deep inside my heart, sebenarnya hampir setiap masa aku struggling dengan inner self aku.
Buat masa ni, aku focus pada satu task yang paling mencabar iaitu – belajar dan redha dengan qada’ dan qadar Allah. To those out there yang struggling dengan apa-apa benda yang rumit, sabar, redha dan focus untuk improve diri sendiri. Kahwin ke, jodoh ke, itu kerja Allah. Kau jangan sibuk.
Aku jugak nak share the book that I’m currently reading now by Robin Sharma – The Monk Who Sold His Ferrari. Aku tau aku macam ketinggalan zaman dah sikit, but BACA. Baca lah berulang kali. Selain Al-Quran dan IIUM confessions, selit kan lah sikit buku-buku fizikal ni. Input dia lain macam sikit.
Last but not least, pergi lah bersenam. Tolong lah, aku merayu. Pergi exercise dan kurangkan budaya exercise 2 minit, photo session 30 minit. Tolong lah. It helps. As for me, aku join marathon. Aku berlari. Bila aku rasa sedih, aku lari. Bila aku rasa nak marah orang yang lukakan hati aku tu, aku lari. Trust me, it helps, a lot.
Aku doakan semoga kita semua tabah untuk live this temporary life. It’s hard, but it’s not impossible.
Aku minta maaf kalau writing aku ni menyinggung mana-mana pihak. This is solely and exclusively aku punya PERSONAL opinion.
Thank you sebab baca confession yang tak berapa confession ni.
– Elleanor Shellstrop
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit