Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession, kisah yang aku ingin kongsi kan ini berkenaan keluarga aku. Keluarga besar aku.
Aku tak tahu ada yang ingat atau tidak sebab benda ni dah agak lama.
Ada satu kisah viral orang tua ni umur tua something cari kerja dan mengemis tepi jalan lepas tu ada orang Melayu kita tanya pakcik tak ada anak ke saudara mara.
Dia jawab ada tapi dia “kena abaikan” jadi marahlah rakyat jelata Melayu kita cakap mana anak tak guna apa semua.
Tup tap Mak long aku terbaca post tu dan nampak gambar tu. Nak tahu siapa? Itu atok aku. Dalam adik beradik mak aku ada 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan.
Mak aku pernah cerita hidup keluarga diorang ni waktu kecik “neraka” Punca dia? Ayah dia iaitu atuk aku. Kaki judi, kaki pukul, dan segala macam benda jahat dia buat.
Arwah nenek mak aku cerita setiap hari memang balik akan kena pukul kena maki kena tampar.
Setiap hari ada sahaja benda yang tak kena.
Adik beradik jangan cakap lah pak ngah aku pernah sekali tertumpah air dia kena libas dengan tali pinggang tu kena kepala besi tu sampai berdarah kepala nasib baik tak kena mata. Kalau kena memang buta terus.
Mak long aku jangan cakaplah kecik lagi dah kena kerja. Lepastu kena s3xual assault dengan kawan atuk aku banyak kali.
Sebab trauma tu mak long aku sampai sekarang ni dia tak boleh kahwin dia trauma dan takut melampau ada hubungan dengan lelaki.
Lepas nenek aku meninggal mak long aku, mak aku dan adik beradik dia yang lain semua lari tinggalkan ayah diorang. Selama ni bertahan sebab ada nenek aku.
Sejak haritu memang tak pernah sekali diorang balik melawat berpuluh tahun. Tapi bila ternampak post dekat Facebook pakcik makcik aku macam marah sebab kena label anak derhaka anak tak guna.
Padahal selama diorang membesar yang tak bergunanya ayah diorang.
Tapi kami diam dan tak explain dekat public sebab benda ni walaupun macam mana aib keluarga jadi kami biarkan.
Aku banyak ambil volunteer job selalu jumpa orang tua macamtu anak ramai tapi dia cakap kena abai. Tapi bila selidik dan tanya anak diorang memang tak hairan dia kena abai.
Ada sekali suami isteri ni dah tua terpaksa kutip sampah segala macam umur nak masuk 70 anak ada 7 orang katanya tapi semua dah kaya tak ingat mak ayah.
Aku waktu tu macam terfikir eh takkan lah anak 8 orang tapi sorang pun tak rasa kesian sebab ni mak ayah kandung. Kalau kau bukan ibu dan ayah yang baik pun tapi salah sorang tu mesti akan ada rasa kesian.
Lepas berbulan kami jumpa anak diorang 7 orang dan semua kerja bagus.
Kami jumpa tu bila bagitahu pasal ayah dengan mak diorang yang sorang ni terus cakap “belum mampos lagi?”
Terkejut juga. Dalam 7 orang tu cuma sorang je yang nak cerita. Bila aku dengar memang sedih teruk.
Diorang ni sebenarnya 8 adik beradik, yang paling sulung along diorang ni sebenarnya dah meninggal dunia. Punca dia? B***** diri.
Rupanya ayah diorang ni R*g*l anak sulung dia banyak kali yang mak dia ni pula buat bodoh padahal adik beradik yang lain merayu suruh tolong along diorang.
Akhirnya akak dia pun ambil keputusan tamatkan semua.
Bila aku pun cuba nak pastikan benda tu betul memang terjumpa satu kes nama apa semua sama.
Bila dapat tahu tu memang tak hairan dua orang tu kena buang macamtu.
Jadi kalau kau nampak orang tua umur berpuluh tahun tapi kena kerja kena buang anak ramai tak tolong.
Elaklah dari assume yang anak diorang ni jahat atau derhaka. Hakikatnya, kalau diorang ni at least decent parents. Confirm sorang dua akan jaga.
– Izzah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit