aku tau apa yang aku nak share di sini agak sensitif… tapi anggap je la ni sebagai teguran kakak kepada adik-adik yang baru nak kenal dunia… bukan nak mengaku aku ni terlampau tua/senior tapi aku terpanggil untuk membuat teguran ini selepas tengok makin ramai junior aku yang semakin tak peka terhadap penampilan mereka.. dalam perkara ni, aku tak bermaksud kita semua ni kena jadi fashionista atau metroseksual.. lilit tudung sana sini atau mekap bertempek-tempek.. tu atas minat, keupayaan dan kehendak masing-masing.. tiada paksaan dalam berfesyen.. cuma yang aku nak highlight di sini ialah tentang kekemasan dan kebersihan diri sendiri.. kemas dan bersih tak bermakna kita perlu bergaya sakan.. even baju kurung biasa dan bertudung bawal pun dah cukup asalkan KEMAS dan BERSIH..
mengapa aku terpanggil untuk tegur? sebenarnya aku sekarang dah agak lama memasuki alam pekerjaan.. pernah jadi panel untuk interview students yang nak pi oversea dan juga former students yang sedang memohon kerja.. ini berdasarkan pemerhatian aku sepanjang jadi panel dan juga dalam kehidupan harian.. pertama, baju yang kotor dan berkedut.. kemas ke tak penampilan diri jika kita pakai baju berkedut seribu?? bayangkan muka dah comel bagai dengan makeup tebal.. tapi sebab ko malas nak iron baju, ko datang kerja dengan baju berkedut seribu dan sometimes ada kesan kotor (basuh tak cuci mungkin??).. priority ko dah macam terbalik.. muka cantik tapi baju hauk… padahal penampilan luaran tu la memberi first impression pada orang tentang who you are.. bila nampak orang macam ni, first impression dah ke laut sebab bagi aku, orang pemalas je yang akan pakai macam tu.. aku tau bukan semua suka iron baju.. dan bagi yang ada anak-anak kecil, memang tak sempat nak iron.. time management memang ke laut.. bagi aku, untuk atasi isu ni senang je.. kalo tak sanggup nak hantar dobi atau iron awal, beli lah baju yang dibuat daripada material yang tak perlu iron.. kena rajin la survey.. senang je bangun pagi terus sarung tanpa perlu iron.. aku tau sebab aku pun memang malas bab iron.. hahaha..
kedua, bab tahap kepekaan saiz baju sendiri yang boleh mencacatkan kekemasan diri ko.. tak salah kalo kita ni jenis badan berisi atau kurus.. asalkan masing-masing tau jaga kesihatan diri dah la sebab tak semestinya gemuk tu tak sihat dan kurus tu sihat.. sebab aku kenal je orang yang badan gemuk tapi sihat dan boleh laju je daki bukit or jongging.. dan ada orang kurus tapi bacaan kolestrol mengalahkan aku yang agak chubby.. cuma ko kena peka saiz baju sendiri sebab saiz terlampau besar pun akan buat ko kelihatan selekah dan kalo saiz terlampau kecil pulak akan buatkan ko kelihatan seperti buah nangka yang disarungkan baju.. sendat, ketat sampai tersembul semua benda yang tak sepatutnya.. ni termasuklah lelaki dan perempuan dan aku tak akan sentuh bab menutup aurat.. aku cuma tegur secara general sahaja dan terpakai untuk semua bangsa dan agama.. sila tengok cermin dulu sebelum keluar rumah.. bagi lelaki, tengok adakah baju atau seluar korang terlampau ketat atau singkat untuk pi ofis atau kelas (melainkan ko kerja sendiri atau terlibat dengan industri kreatif yang mengikut trend terkini – kaki seluar singkat dan ketat).. jangan sampai nampak perut korang yang makin ke depan tu menggelebeh kat pinggang atau bila korang tunduk, orang boleh nampak warna dan corak boxer korang… that’s a big no no please… dan bagi yang perempuan, please aware of your right size dan right cutting baju.. terutamanya yang memakai baju kurung/tradisional or blouse.. jangan sampai tahap korang nak angkat tangan pun tak boleh sebab tangan baju dah terlampau ketat.. or nak duduk pun was-was sebab takut kain terkoyak.. atau sampai boleh nampak korang punya line pakaian dalam (atas dan bawah)… kalo ada yang menegur dengan cara baik tentang pakaian korang tu, sila lah hadap dengan hati terbuka dan bukannya dijeling balik orang tu seolah-olah he/she’s out of her mind kerana kata ko pakai baju ketat.. jangan dok perasan ko saiz M walhal ko dah saiz XL.. nak tau tahap sebenar badan korang, sila la timbang berat sekali sekala dan install apps yang boleh ukur BMI korang.. dari situ mungkin korang akan dapat a dose of reality check now and then..
sebenarnya kalo nak tegur bab penampilan ni, banyak lagi boleh ditegur.. tapi cukup la aku tegur bab kemas dan bersih ni je.. aku harap korang rajin la cari tips penampilan diri / grooming daripada yang lebih pakar.. dari segi cutting pakaian yang sesuai dengan bentu badan, kesuaian warna pakaian dengan diri korang, style kasut, etc.. sebab sedikit sebanyak penampilan diri ini akan membantu korang dalam dunia pekerjaan.. semasa pi interview, menghadap bos dan hubungan ko dengan rakan-rakan lain.. selamat cermin diri kita now and then…
– kakak senior
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit