Rebel

Bila baca tajuk apa yang dibayangkan?

Mukadimah cerita, bagi laa aku bagi salam dulu yerr. Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera pada yang non muslim…

Aku cerita serba sedikit pasal diri aku. Seorang wanita yang berusia 30 tahun. Belum berkahwin. Berpewatakan lasak, lincah, talkative, nakal (suka menyakat orang ), masuk air, supportive, pendengar yang baik. Fizikal? Tinggi 1.61m berat 62kg. Berat ideal tapi tak kurus. Rupa, biasa-biasa tapi boleh laaa. Sedap jugak mata memandang since aku ni berkulit cerah. Okay, cukup. Stop situ. Tak menarik pon. Haha

Aku seorang REBEL. Pemberontak. Dalam sedar dan tak, aku terberontak dengan takdir yang Allah beri pada aku walhal ujian yang Allah kasi ni takde lah teruk mana. Lebih ramai yang diuji lebih hebat dan dasyat. Mungkin sebab iman aku senipis kulit bawang, mungkin jugak sebab iman manusia ni pasang surut macam air dekat laut tu.

Cerita bermula bila satu demi satu ujian yang datang dalam hidup aku. Putus cinta, adapt tempat kerja baru dan dibuli di tempat kerja, parent jatuh sakit, dan diri sendiri pon berpenyakit.

Aku cerita dulu soal cinta. Aku tak tahu apa yang Allah cuba ajar aku. Aku selalu ditakdirkan jumpa lelaki yang salah dalam hidup aku. Lelaki yang jadikan aku as a rebound. Lelaki yang tak boleh terima fizikal aku. Lelaki yang kerap meminjam duit dan yang terbaru, lelaki yang tak mahukan komitmen atau erti kata lain dah berkawan lama (berkawan lebih dari sebagai seorang kawan biasa) tapi tiada niat untuk merancang ke arah perkahwinan.

Aku rasa macam sia-sia dan buang masa. Sampai satu tahap, aku rasa dah tawar hati untuk berkahwin. Bukan aku tak mencuba, bukan aku tak berusaha cuma aku bukan lah kategori perempuan yang desperate mencarik jodoh. Kadang yang datang kite tengok jugak. Macam aku bukan paras rupa atau wang ringgit yang jadi ukuran tapi attitude seseorang tu.

Nak kata aku memilih, tidak mungkin sebab aku boleh menerima lelaki yang hanya ada spm/sijil tapi kerja government sedangkan aku degree holder dalam engineering. Tapi gagal sebab lelaki tu jenis ambil kesempatan dari segi kewangan aku.

Then aku belajar erti “sekufu”.. aku carik yang educated lebih kurang aku. Lelaki seterusnya, degree holder in engineering. Tetapi kerja as a kontrak staf. Sedangkan aku pekerja tetap di satu sektor penjawat awam. Aku tak kisah asalkan dia jenis ada effort untuk kumpul duit dan stable kan kehidupan sudah memadai.

Bagi aku tak kisah la kau pandai ke tidak, belajar tinggi atau tidak janji tidak pemalas. Aku tak suka orang yang pemalas untuk majukan diri atau sentiasa mencipta alasan. Dengan lelaki ni pon aku gagal sebabkan dia tidak mahukan komitmen. Aku pernah bagitahu untuk tunggu 2-3 tahun lagi but he said No. Means, dia memang buat aku sekadar untuk hilangkan bosan dia? Maybe…

Aku akur. So, dekat sini aku benar-benar nak tekankan bahawa aku bukan jenis yang terlalu memilih. Ini antara kisah yang aku rasa aku boleh cerita. Kalau aku bukak semua kisah kegagalan aku dalam bercinta, di mana aku penah dijadikan rebound, ada lelaki yang pernah sibuk suruh aku kuruskan badan… aku takut bengkak pulak jari aku nak menaip. Hahaha

Dalam tempoh aku baru patah hati yang terbaru ni, parent aku jatuh sakit. Di mana adik-adik aku ketika itu busy dengan exam di universiti depa. Dan kakak aku jauh dan sibuk menguruskan hal anak-anaknya. So, siapa lagi anak yang boleh diharapkan untuk uruskan parent aku kalau bukan aku sendiri?

Dalam tempoh ini, aku memang tak cukup tidur. Ulang alik rumah parent ke tempat kerja yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan pergi dan 2 jam setengah perjalanan balik. Masa ni aku tak peduli lansung soal hati aku patah sebab pada aku, yang penting parent aku sihat sepenuhnya. Soal diri, hati aku dah campak jauh-jauh. Alhamdulillah, dengan izin Allah after 3 bulan ulang alik, parent aku sembuh.

Soal tempat kerja, aku taknak cerita di sini sebab aku masih facing perkara ni. Jadi, aku taknak bukak cerita takut aku terbuat drama air mata pulak masa nak karang confession ni. Hee

Rebel. Ya, aku seorang pemberontak. Aku TERberontak tanpa aku sedar. Sebulan selepas parent aku sembuh, sedar tak sedar aku dah macam takde rasa apa. Takde hati. Heartless. Kosong. Aku rasa sangat² letih. Aku pergi kerja, buat kerja, balik rumah, tidur. Itu rutin aku. Solat, dari 5 waktu selalu penuh sejak dari sekolah rendah jadi 3 waktu macam tu je. Mengaji kadang aku buat kadang tidak. Tahajjud tidak lagi aku buat. Apa yang aku rasa adalah letih. Sangat letih. Aku nak tidur dan tak mahu pikirkan apa-apa.

Untuk pengetahuan, aku ni memang dari kecik (sekolah rendah dah solat penuh puasa penuh) sehingga lah ke universiti cuma ketika itu pemakaian aku masih belum menutup mengikut syariat Islam. Masuk universiti baru aku tergerak hati sendiri cuba belajar untuk labuhkan pakaian aku, pakai tudung yang menutupi dada, pakai stokin pakai handsock.

Alhamdulillah sikit demi, sikit aku berubah. Soal bercinta, aku tak pernah buat perkara terlarang hatta berpegang tangan atau bersentuhan pon tak pernah. Aku sangat menjaga diri aku agama aku. Ntah kenapa, dengan sekelip mata aku berubah. Stokin dan handsock tidak lagi aku pakai. Tudung kadang tidak menutupi dada. Solat tunggang langgang. Aku kecewa sedih dengan diri aku sendiri.

Aku cuba cara lain, pergi bersukan setiap hari (dapat keluarkan hormon endorphine) iaitu hormon yang boleh memberi mood gembira tapi aku still rasa kosong, penat, kecewa. Kadang aku jadi macam pelakon terbaik di mana orang tak nampak kesedihan kesakitan dan struggle yang aku tengah hadap. Yer, aku struggle nak baiki diri aku, get a better life but tak mudah kann.. aku tetap rasa letih dan malas. Mahu tidur. Itu sahaja.

Suatu hari, badan aku kurang sihat. Aku ke klinik untuk dapatkan rawatan. Ketika itu, aku fikir hanya lah sakit biasa tapi aku tak sangka aku akan dihantar ke hospital dan disyaki mempunyai simptom cancer (masih dalam proses diagnose dan ambil sample).. aku rasa macam tertampar sangat.

Nak bercerita pada parents, aku taknak membebankan mereka. Adik beradik, semua busy. Kawan-kawan, aku lebih kepada mendengar cerita dan masalah diorg berbanding aku cerita masalah aku sendiri pada mereka. Aku rasa hati aku sakit sangat. Pedih. Apa yang aku buat, aku kembali kepada fitrah manusia.. bila susah baru nak ingat tuhan.

Aku cuba berubah kembali pada diri aku yang dulu. Yang mana hubungan aku dengan Dia agak baik sebab dulu aku selalu menghadap Dia, aku selalu bercerita dan mengadu segala pada Dia. Aku rindu diri aku yang dulu. Aku mula jaga kembali 5 waktu aku, aku mengadu dan aku cakap pada Dia, kalau sakit ini yang mendekatkan aku dengan Dia dan membuatkan aku dalam redhaNya aku redha dengan penyakit ni. Aku minta dia bantu aku untuk jadi baik dan pengakhiran hidup yang baik.

Tanpa sedar, sebenarnya Allah sayangkan aku. Dia kejutkan aku pada pukul 3 pagi untuk solat sunat tanpa aku set alarm. Mungkin Dia nak kasi peluang untuk aku bertaubat, mungkin juga Dia nak makbulkan segala hajat dan doa aku. Aku tak pasti…

So point dekat sini, aku nak highlight beberapa perkara :

1) Kita semua tak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita. Kadang dipermulaan baik, dipenghujung jahat. Begitu juga sebaliknya. Jadi jangan judge orang yang berubah tapi bantulah, bantu. Bantu dengan cara baik dan berhemah. Yerr, sometimes positive vibes sangat diperlukan bukan tohmahan dari netizen or bawang rangers

2) Rebel. Jangan lah buat sebab selalunya ianya merugikan diri sendiri. Orang lain tak terkesan pon malah tak pedulikan pon. Bagi diorg, kecam kecam dan hanya kecam sampai satu tahap yang kau rasa tak mampu nak hadap. Macam aku lah, asyik kena kecam tak kahwin lagi sedangkan diorg tak tahu apa yang aku sedang alami.

3) Segala perkara yang Allah beri pasti ada asbab dia tersendiri. Bila aku fikir dan ingatkan balik, aku yang minta pada Allah supaya jauhkan aku dari lelaki yang bukan jodoh aku bukan terbaik untuk aku, yang bukan boleh menjadi saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing². Aku patut bersyukur dan bukan bersedih.

4) Macam mana keadaan sekali pon, happy atau sedih. Sibuk atau senang, kaya atau miskin, sihat atau sakit… jaga hubungan baik dengan Allah.

5) Setiap orang ade kisah & struggle masing².. jadi fahami lah instead of menghukum (zaman skarang kan zaman tanpa soal periksa terus jatuhkan hukuman).. awak-awak sekalian, sudah sudah laaa nak jadi keyboard warrior. Why not keluarkan kata-kata yang baik. Spread positive vibes. Kalau tak mampu keluarkan kata-kata yang baik, maka berdiam diri lah.

6) Before you love someone, love yourself first. Pikir dahulu kesan baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu perkara.

7) Moga pengakhiran hidup yang baik untuk kita semua saudara saudari :) This lesson learnt from me yang aku harap serba sedikit dapat memberi manfaat.

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *