Red Flag?

Hi, nama saya Melur (bukan nama sebenar), berumur awal 30an, bujang dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Pasangan saya muda setahun dari saya. Kami menetap dan bekerja di daerah yang sama dibutara Malaysia.

Kami dikenalkan oleh seorang kawan, dan merancang untuk serius selepas 6bulan berkenalan.

Disebabkan keadaan pendemik, dan PKP/ PKPP/ PKB dan sebagainya, kami jarang berjumpa dan hanya berhubung melalui panggilan telefon dan whatsup walaupun satu daerah

Kami bertunang selepas 8 bulan berkenalan.

Proses perkenalan dan pertunangan kami berjalan lancar dan cepat disebab kan kami berdua bertekad untuk mengakhiri zaman bujang dan meletakkan matlamat untuk berkahwin.

Tiada bantahan atau larangan daripada kedua2 belah keluarga.

Tapi selepas bertunang, pasangan saya menjadi agak cranky, and clingy.

Baru-baru ni, dia diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah syarikat yang boleh dikatakan agak besar dan berat.

Bermula lah episode dimana Setiap hari, saya perlu dengar luahan dia yang penat bekerja, masalah yang tidak selesai, boss yang tidak supportive, rakan sekerja tidak memberikan kerjasama, complain dari pelanggan dan sebagainya.

Saya hanya mampu memberikan kata-kata semangat dan memberikan sedikit nasihat.

Namun dia berulang kali menyatakan saya langsung tidak membantu. Dia kata saya tidak faham situasi dia yang sedang menghadapi kesukaran dan tidak supportive.

Apalah sangat yang saya boleh bantu selain itu memberikan kata-kata semangat dan nasihat jika ia melibatkan urusan kerja beliau? Masalah ini berlanjutan selama lebih dari 2 bulan.

Emosi dia jugak banyak dipengaruhi oleh kerja.

Dalam keadaan sebegini, semestinya bad mood, cranky, dan selalu mengeluarkan kata-kata sinis. Dia selalu berfikiran negatif dan tidak berusaha untuk keluar dari masalah.

Lama kelamaan, saya turut merasakan emosi saya terganggu dan dipengaruhi oleh emosi beliau. Saya merasakan saya tidak boleh gembira kerana dia sendang struggle.

Jika ada perkara baik atau gembira yang terjadi, saya tidak boleh berkongsi dengan dia kerana dia akan merasa down dan beranggapan saya kurang common sense kerana tidak memahami situasi dia.

Saya berasa sangat negatif. Banyak perancangan tergendala kerana emosi dia.

Lebih-lebih lagi urusan pernikahan dan urusan selepas pernikahan.

Perkara kecil yang boleh diselesaikan, beliau memilih jalan yang sukar untuk diselesaikan. Lebih kepada menyalahkan siapa yang salah dahulu daripada menyelesaikan masalah itu.

Terlalu memikirkan masalah sehingga menjadi pergaduhan.

Selain itu, dia jugak tidak mengambil berat tentang emosi dan keadaan saya. Saya juga bekerja.

Ada kala, saya juga mengalami kesukaran ditempat kerja. Saya juga tahu penat dan perlukan sokongan daripada beliau.

Tapi setiap kali berhubung, beliau hanya bercerita tentang diri beliau, kerja kerja dan kerja dia sahaja. Its nearly impossible we can talk about other things.

Saya nampak perkara ini sebagai red flag sebelum perkahwinan tapi acap kali saya tepis perasaan itu.

Saya ragu dengan kewibawaan dia untuk memimpin rumah tangga kami nanti.

Kalau kami teruskan, sanggupkah saya untuk menhadapi situasi seperti ini nanti.

Saya buntu. Masalah ini mungkin remeh pada semua, tapi pada saya ianya sangat besar. Saya bimbang jika saya tidak gembira dan bahagia selepas berkahwin.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *