Red Flag

Nama aku Muz. Umur pertengahan 20-an. Alkisah nenek aku dah mula tanya pasal jodoh. Bukan aku tak mencari, tapi disebabkan sibuk bekerja aku tak ada masa.

Tapi lepas dapat soalan macam tu dari nenek aku, aku pun mula terfikir. Tengok kawan kiri kanan dah kahwin. Ada yang dah ada anak.

Sejak dari tu, aku pun mula rajinkan diri mencuba online dating dengan harapan bertemulah dengan seseorang yang serasi dengan aku.

Kemudian aku berjumpa dengan seorang lelaki ni. Namanya Ad. Umur akhir 20an.

Pada awal perkenalan aku dengan dia, kami tak pernah tahu rupa antara satu sama lain sebab kami ‘hide’ profil masing-masing. Dia yang ‘request’ untuk berkawan dengan aku dan aku terima saja.

Kami selalu berbual walaupun tak setiap hari. Pada awalnya aku tak ada perasaan pada dia pun. Tapi lepas berbual dengan dia untuk beberapa hari, aku tersuka dengan dia sebab bagi aku dia sangat responsif.

Kalau aku bercerita atau mengadu apa-apa masalah yang jadi dalam hidup seharian aku, dia akan gelak dan balas dengan kata semangat ataupun bagi nasihat dekat aku.

Cara dia yang bagi aku tenang dan matang tu buatkan aku tersuka dia.

Aku tak pasti koramg setuju atau tak, tapi bagi aku perempuan ni senang suka pada orang yang buat baik dengan dia & pandai susun ayat-ayat manis.

Akhirnya, Ad minta nak tengok gambar aku, katanya, ‘kan kita nak berkawan’. Jadi kami pun bertukar gambar. Tapi sebelum tu aku dah bagitahu yang aku ni biasa je.

Jadi jangan letakkan harapan yang tinggi. Tapi lepas dia tengok gambar aku, terus dia kata yang aku ni cantik. Aku punya rasa syok sampai terasa diri terapung diawangan. Maklumlah selama ni tak pernah ada yang puji aku cantik!

Kami pun berbual macam biasa untuk beberapa hari. Tiba-tiba, dia diam, menghilangkan diri untuk beberapa hari (red flag pertama).

Aku cuba untuk memahami. Mungkin dia sibuk dengan kerja atau ada masalah peribadi. Jadi aku pun berdiam diri dengan tujuan tak nak mengganggu dia.

Alih-alih beberapa hari selepas tu, dia yang mesej aku semula. Aku layankan saja. Begitulah perbualan kami.

Aku boleh kata yang sepanjang beberapa bulan kami berkenalan ni, kerap juga dia *ghosting* kan aku. Aku sahajalah yang ternanti-nanti kemunculan dia.

Isi perbualan kami boleh aku katakan agak bosan sebab aku rasa aku yang banyak bercerita dan memeriahkan suasana. Dia hanya beri respon dari cerita yang aku ceritakan sahaja.

Dia pun tak pernah bertanya soalan yang berkaitan dengan latar belakang aku (red flag kedua) seolah-olah dia tak berminat nak tahu pasal aku.

Aku sajalah yang gigih bertanya dan cerita itu ini. Bila aku tanya soalan berkaitan dengan diri dia, jawapannya pun pendek-pendek sahaja.

Akhirnya aku pun berhenti bertanya soalan peribadi sebab nampaknya dia tak berminat nak menjawab.

Balasan mesej dia pun makin lama makin pendek. Dan akhirnya dia menghilangkan diri terus buat selama lamanya.

Semasa aku nak membalas mesej dia dekat dating app tu, aku tengok profile dia dah hilang. Jadi bila aku pergi ke help applikasi tu dan dia nyatakan yang profile hilang sebab 2 perkara sahaja.

1. Pemilik profile nyahaktifkan akaun dia

2. Aku di block oleh pemilik akaun.

Aku macam terkejut juga sebab profile dia hilang secara tiba-tiba. Tak ada angin tak ada ribut. Sedangkan hari sebelum tu kami berbual macam biasa. Hati aku kuat mengatakan yang aku di block oleh Ad.

Tapi tak apa. Mungkin jodoh kami sampai disitu saja. Aku tak adalah marah atau frust menonggeng, tapi cuma terkilan.

Aku okay saja kalau dia kata yang dia tak berminat pada aku dan move on dengan orang lain. Yang buat aku kecewa sebab perbuatan dia tu. Bagi harapan alih-alih kita yang di block.

Buat para gegadis di luar sana, mana yang baru nak belajar bercinta, aku nasihatkan janganlah mudah sangat jatuh hati dengan lelaki ni.

Rajin-rajinkan diri untuk belajar behaviour lelaki. Lelaki tu kalau bersungguh mahukan kita, dia akan berusaha nak tahu pasal kau and will spend at least few minutes untuk balas mesej kau.

Dia tak akan ghostingkan kau untuk beberapa hari tak ada balasan lepas tu mesej kita kata “Sorry u, I busy”. Kalau sekali dua logik juga. Tapi kalau dah selalu tu, lupakan jelah dia.

Kemudian, jangan mudah tersuka dekat ayat-ayat atau cara lelaki ni melayan kau. Aku tak pukul rata semua lelaki sama. Tapi mostly memang jenis bagi harapan, layan kita baik-baik lepas tu hilang. Entah hidup lagi atau tidak kita pun tak tahu

Kepada para lelaki pulak, jangan bagi harapan dekat orang perempuan kalau tak mahu. Kalau boleh berterus terang dekat perempuan yang kau chat tu apa yang kau nak sebenarnya.

Janganlah kau dah layan dia chat beberapa bulan, kau rasa dia tak lawa, tak seronok ajak bual, kau pun akhirnya hilang macam tu.

Please be a gentleman. Kalau kau rasa dia tak sesuai dengan ciri-ciri wanita idaman kau, jujur sajalah. Berkata jujur walaupun ia menyakitkan.

Sekurang-kurangnya kau tak buat dia tertanya-tanya. Ini tidak, sudah beri kita harapan malah menghilang secara tiba-tiba. Di block pula tu.

Tiada sifat budiman langsung!

Semoga kita semua dipertemukan jodoh dengan orang yang baik-baik. Aamiin.

– Muz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *