Red Flag

Hi. Aku Noli. Aku hanya ingin berkongsi cerita dan meminta pendapat.

Aku sudah berumur lewat 20an dan aku masih belum berkahwin, aku ada pasangan kekasih yang bernama Hafiz yang sama umur denganku dan aku dan dia sudah bercinta selama lebih 4 tahun.

Hafiz bagi aku seorang yang baik, seorang yang menjaga solat, yang taat dengan ibunya (dia seorang anak bongsu dan dia tinggal dengan ibunya saja disebabkan ayahnya sudah meninggal).

Cuma dia seorang yang suka lepak di luar rumah dengan kawannya sehingga ke lewat malam, seorang perokok tegar, seorang yang minum k*tum yang tak campur apa²

(Itu dulu sekarang da berhenti katanya itu pon selepas banyak kali aku bergaduh dengan Hafiz disebabkan aku tidak suka orang yang minum k*tum).

Hafiz juga seorang yang berjiwa permotoran (apa² ada aktiviti riders dengan kawannya, dia selalu ada masa untuk join aktiviti itu). Aku tidak pernah menghalang hobinya.

Sejak 2 tahun kebelakangan ini sehingga sekarang, Hubungan aku dan Hafiz banyak kali berlaku pergaduhan tetapi dia yang selalu mencari dan memujuk aku walaupun kami boleh dikatakan bergaduh sehingga banyak kali dan tidak contact selama berminggu².

Aku selalu bergaduh dengan Hafizz disebabkan aku selalu merasakan yang dia tidak sependapat pemikiran dengan aku dan dia selalu cakap aku suka mencari salah dia.

Apa² yang dia ceritakan selalu aku dengar dan aku memberi respon dengan baik tetapi apabila aku bercerita dengannya, dia seolah olah tidak peduli apa yang aku ceritakan masalah aku, katanya kalau dia memberi pendapat selalu salah di mata aku.

Dia juga jarang mengambil berat masalah aku. Disebabkan itulah aku jarang berkongsi masalah dengan Hafiz.

Aku hari² contactnya di whatsapp hanyalah mendengar Hafiz bercerita tentang kerjanya, kawannya dan familynyaa. Masalah aku, kawan² aku, family aku, jarang dia tanyakan dan mengambil berat hal aku.

Aku juga jarang berjumpa dengan Hafizz kerana jarak aku dan dia mungkin jauh baginya padahal jarak aku dan dia dalam 1 jam sahaja.

Hari ahad adalah hari cuti baginya kerana hari lain adalah hari bekerja Hafizz yang agak memenatkan (itu katanya disebabkan Hafiz ini bekerja membawa muatan barang).

Hafiz juga selalu memberi alasan untuk tidur pada hari ahad dan tidak cukup duit untuk berjumpa dengan aku,

Sedangkan aku tidak kisah dengan semua itu kerana sebelum ini kami pernah sahaja berjumpa dan aku juga masak bawakan bekal supaya kami tidak makan di luar untuk berjimat. Kereta dan minyak juga menggunakan kereta aku dan duit aku.

Kawan² yang rapat dengan aku semua sudah berkahwin dan melahirkan anak dan aku sahaja yang masih belum berkahwin.

Tipu la kalau aku katakan aku tidak cemburu kerana aku juga ingin perhubungan sehingga ke alam perkahwinan, Tetapi apabila aku tanyakan Hafizz bila targetnya mahu berkahwin. Selalu jawapannya tahun depan dan alasannya masih belum cukup kewangan.

Aku pernah pertikaikan duit gaji Hafizz disebabkan sebelum ni dia selalu meminjam duit dari aku dengan alasan tidak cukup duit belanja bulanan.

Salah ke aku pertikaikan kerana dia jenis seorang yang tidak share apa yang dia bayar untuk komitmen bulanan dia, cuma yang aku tahu motornya sudah habis bayar dan dia masih belum mempunyai kereta sendiri.

(Kereta yang ada sekarang adalah kereta family yang sudah habis bayar).

Kami sudah berjumpa dengan family masing² dan family dia sangat baik denganku. Cuma sekarang aku agak keliru.

Perlu ke aku menunggu dia atau berkenalan dengan orang lain sahaja disebabkan aku tidak nampak sama ada dia serius untuk berkahwin dan effort dia untuk mengumpul duit kahwin dengan aku.

Adakah ini tanda Hafiz seorang red flag atau aku yang red flag kerana tidak boleh menunggu dia ?

– Noli (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *