Red Flags Di Mata 1steri

Salam dan hi semua. Aku seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Saja aku nak luahkan kekecewaan aku dekat sini.

Aku dan suami dah berkahwin selama 8 tahun dan dari saat tu aku perlahan-lahan menjadi seorang yang positive, ceria, goal driven kepada seorang yang negative, passive, lame dan go with the flow sambil mengadap kesedihan.

Red Flag pertama aku adalah, masa berkahwin kami buat loan untuk tanggung kos perkahwinan. Suami dan aku share bayar sama-sama loan. Dia separuh, aku separuh.

Bagi aku, at least suami ambil la 3/4 daripada bayar bulanan loan tu, and aku ambil 1/4. Nak jadi ketua keluarga kena la tunjuk effort lebih. Tapi aku pejam lah mata kejap memandangkan tak banyak sangat nak bayar.

Red Flag kedua adalah, bil air & elektrik rumah aku yang tanggung, takaful/insurance anak aku fully bayar bulan-bulan, duit yuran tahunan sekolah anak, aku yang dahulukan, kadang2 duit makan, duit groceries aku keluarkan sendiri.

Kalau bab2 pegi berjalan atau balik kampung sebelah aku, dia hanya tanggung kos minyak & tol. Tu pun kadang2 minta kongsi dua. Duit hotel & duit makan2 kadang2 aku sendiri kena keluarkan.

Aku sedih sebab suami orang lain keluarkan duit diorang untuk bahagiakan isteri diorang, tapi aku, semua aku tanggung sendiri. Kalau aku tak spend, alamatnya mati kering lah aku kat rumah ni.

Red Flag ketiga adalah suami tidak mahu tambah anak at this moment. Part ni aku paling sedih sekali. Anak aku dah masuk umur 8 tahun.

Setiap hari minta nak adik. Aku sebagai ibu, naluri dan keinginan untuk rasa lagi pengalaman mengandung tu sangat tinggi.

Aku dah masuk umur 30 series. Aku pernah niat nak at least dua orang anak sebelum masuk umur 30 lagi. Masa sebelum kahwin, suami setuju.

Aku bincang benda ni sebelum kahwin untuk tentukan samada keinginan dan arah tuju perkahwinan kami macam mana nanti. Tapi suami dah mula tunjuk sikap dolak dalih dia.

Hidup kita ni tak lama. Kejap aja tiba2 dah nak masuk 40, 50. At least, bagi lah isteri merasa mengandung dan pegang baby lagi. Setiap kali bersama, mesti dia pakai spermicide untuk elakkan aku mengandung. Hmmm. Sedih.

Red Flag keempat. Suami lebih pentingkan keluarga dia dari keluarga kecil sendiri. Suami aku ada 3 orang abang yang dah besar panjang umur 40an. tapi semua jobless. Masih menumpang rumah mak ayah mertua aku.

So suami lah yang jadi breadwinner untuk 3 orang biawak hidup yang masih ada kaki, ada tangan, tidak cacat, yang hidup dorang makan, tidur, main game. diorang ni bukan belasan tahun okay.

Masa awal2 kami berkahwin tu, aku okay saja memandangkan suami perlu hulur duit makan minum dekat mak ayah dia sebab dorang dah tua.

Ni sejak2 covid, 3 orang abang tu, tak ada kerja and sampai sekarang tak ada effort nak cari kerja!

Untuk pengetahuan semua, suami aku dari keluarga yang betul2 susah (yang mana kalau nak makan ikan kena pegi pancing kt lombong2 terbiar mana2). Aku faham part tu. Aku terima seadanya.

Tapi mind set tu jangan la terperuk selamanya. Cuba keluar dari kesusahan tu. Aku pelik, bukan ke bila makin susah, makin kuat kita kena usaha.

Ni tak. Hadap je lah kesusahan tu sambil mengharap bantuan. Luckily laki aku ni, mind set dia nk hidup kerja makan gaji ke. Asalkan cukup makan minum. Tapi tu lah, laki aku pun sejenis tak ada effort nak cari duit lebih dah tau nak kena tanggung ramai orang.

Red Flag kelima. Suami aku tak nak buat umrah. Dia kata umrah tu bukan ibadah wajib. Dia kata dia perlu dahulukan mak ayah dia.

Aku paham dia nak dahulukan mak ayah dia and aku tak pernah halang. tapi aku minta dia kumpul duit untuk buat umrah. Bukan pegi london ke europe ke.

Tu pun dia tak nak. Dia kata dia nak simpan duit tu untuk mak ayah dia. Hmm macam mana aku nak cakap ye. At least, boleh tak letak effort walaupun kumpul satu sen pun untuk pegi umrah sama2 dengan isteri.

Dulu, sebelum kahwin, aku berangan, aku akan jejakkan kaki ke tanah suci dengan suami.

Sanggup tu aku tolak pelawaan mak ayah aku untuk buat umrah sama2 semata2 nak feel rasa terbahagia jejak tanah suci dengan suami.

Last2 suami aku macam ni. Dia benarkan ja aku tunaikan umrah sorang2. tapi whats the point? untuk aku rasa macam aku ni tak bersuami?

Honestly, sejak suami lebih pentingkan keluarga dia, rezeki dia macam tenggelam timbul. Kereta kena banjir, kena langgar. Tak dapat bonus.

Result teruk. Padahal masa dia betul2 bahagiakan aku, macam2 dia dapat. Bila dia bawa aku pegi jalan2 atau belikan barang2 mahal untuk aku, macam2 Allah bagi kt dia.

tapi bila dia start berkira dengan aku, aku nampak semua benda tak cukup di mata dia. Hmm, mgkin interpretation aku salah. Allah lebih mengetahui.

Hmm so far. Tu je lah aku nak luahkan. Kalau yang belum kahwin tu, buat lah background check sebelum kawin. Pilih lah yang sekufu dari segi pendapat, mind set dan usaha. Cari lah pasangan yang sama2 nak bahagiakan famili kecil dia, yang ada arah tuju yang sama.

Kenapa aku tak cakap cari yang sekufu dari segi financial?

Sebabnya yang T20 pun boleh jadi B40 kalau dah mind set malas, taknak berusaha, and B40 ni akan tetap jadi B40 kalau mind set nya selesa kt situ and tak nak keluar effort langsung untuk keluar dari circle tu.

Pokoknya, carilah pasangan is yang sama2 nak improve financially, religiously and nak buat keluarga balancely happy and sufficient.

– Si Pasrah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *