Terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan aku. Sebelum tu nak cakap luahan aku ni sedikit panjang. Thanks pada sudi baca.
Hi semua warga IIUM Confession, Nama aku Farah, awal 30an dan berkerja. Aku kerja biasa je tapi Alhamdulillah ada sebuah apartment and kereta atas nama aku. Aku baru setahun berkahwin, dan masih belum mempunyai zuriat.
Aku anak tunggal sebab abang aku dah meninggal. Kehidupan aku sederhana tapi bahagia dan cukup. Mak ayah aku bukan seorang yang strict dan aku memang jarang kena marah dengan parents aku.
Masa bujang dulu, aku selalu pergi travel, buat outdoor aktiviti. senang cerita aku memang busy aktif ke sana ke sini dengan kawan2 aku.
Dan masa PKP, semua hobi aku tu tergendala, dan mulalah sorang2 kawan baik aku kahwin. So, aku pun saja habiskan masa bujang aku dengan download aplikasi dating. Swipe2 and terjumpa sorang laki ni yang sekarang dah jadi suami aku. Aku gelarkan dia Irfan.
Irfan ni seorang penyayang, bertanggungjawab. Kalau aku sakit, dia jaga baik. Makan pakai aku Alhamdulillah semua dia sediakan. Setiap bulan dia bagi aku duit belanja. Duit aku dia tak pernah sentuh and tanya. Tak pernah culas bab nafkah. Bab tu memang dia jaga perfect.
Masa mula2, everything went well, tapi lama2 satu per satu perangai dia keluar.
Ni aku cerita dulu perangai dia masa bercinta. Ada satu hari tu aku borak2 dengan dia pasal gaji aku, aku cakap gaji aku underpaid. Tapi sedara bos yang baru masuk gaji overpaid. Aku borak kosong je meluahkan rasa, tiba2 dia sentap.
Dia cakap terasa dengan aku seolah aku macam tak bersyukur sebab gaji dia lagi rendah dari aku. Aku macam blur jap masa tu. Aku tengah cakap pasal aku tapi kenapa dia nak terasa sampai nak marah aku. Lepastu dia terus blah tinggalkan aku sorang2.
Balik tu dia unfriend aku dekat fb. Aku terkejut gila. Aku cerita kat mak aku, mak aku cakap bagi dia cool dulu lepas tu cakap baik2 dengan dia.
Berhari2 aku WA, call semua dia ignore. And dah seminggu lebih macam tu baru dia ok lepas aku bersungguh minta maaf. Ya aku terhegeh masa tu.
Lepas tu ada lagi, aku ajak dia buat kursus kahwin online tapi dia terus berangin dengan aku. Dah la aku yang settlekan registration and payment semua.
Tapi dia marah aku, dia cakap aku tak faham dia tak gaji lagi sibuk ajak kursus kahwin. Dia marah aku sampai aku nangis2 stress.
And lagi, kalau dia stress dekat tempat kerja mesti aku jadi sasaran. Biasanya waktu malam kiteorang akan Video call or call biasa.
Aku yang excited nak borak2 dengan dia tiba2 suara dia lain, dia tiba2 tuduh aku ada jantan lain, lepas tu dia maki2 aku and suruh aku minta maaf dengan dia.
sedangkan aku tak de buat salah apa pun. Aku bertahan and cakap baik2 dengan dia. Masih berlembut and minta maaf walaupun tak de salah aku.
And dia boleh lagi cakap ‘pergi mampus’ dekat aku. Benda ni jadi banyak kali, kadang seminggu tu berkali2. lebih banyak kena maki. Aku tak tau kenapa aku boleh bertahan.
Dia sangat cemburu, aku share apa2 dekat fb kalau ada lelaki confirm aku kena maki. Ada sekali tu aku share pasal sorang laki ni bagi review cerita apa yang best, so aku share la kat fb aku sebab nanti senang aku nak refer.
Bergaduh ya! Dia suruh aku delete post tu. Padahal aku tak kenal pun siapa orang tu. Aku cuma tengok review orang tu je. Banyak lagi kalau aku nak cerita red flags dia sebelum kahwin.
Tapi ni aku masuk terus episode kahwin. Untuk preparation kahwin, memang aku yang settlekan semua hampir 90%. Duit hantaran aku bahagi 2 dengan dia. Dari persediaan borang kahwin sampailah hari nikah memang aku yang kena fikir.
Majlis kiteorang buat sekali je belah aku. Semua pengorbanan aku tu dia tak pernah nak hargai. Masa majlis kahwin, orang lain semua happy2 tapi aku? menangis masa hari bersanding.
Dia boleh marah aku, and sedara rapat aku untuk lepaskan kemarahan dia. Sebabnya dia sentap dengan photographer masa majlis kahwin tu. Yes, aku pun masa tu tak suka cara abang photog tu tapi Irfan tak sepatutnya mengamuk time majlis.
Aku syukur my family in law sangat membantu and dieorang tenangkan laki aku. Masa mengamuk tu, bapa aku tak tau pun sampai sekarang, mak aku tau dan dia rahsiakn. Yang tau cuma a few people je.
Tapi sumpah aku malu and until now, aku tak boleh tengok gambar kahwin nanti aku sedih teringat kejadian tu.
Lepas kahwin makin tinggi ego dia, sebab dia rasa dia ‘berkuasa’ atas tiket bernama suami. Pergi honeymoon, tempat tu dia tak pernah pergi, tapi biasalah tempat panas kan kat pulau.
And attraction place pun kena beratur panjang. Yang uruskan semuanya aku. aku yang drive ke sana sini sebab dia tak de lesen and tak tau bawak kereta. Aku tau pun lepas dah kahwin dia tak boleh drive.
Kecewa. Dah masuk tempat attractions tu tak sampai 5 minit dia ajak balik, muka dah mencuka. Aku turutkan je semua kehendak dia. Aku tak enjoy our honeymoon. Semua benda nak ikut mood dia.
And ni bab beli rumah, aku ada plan nak beli rumah landed and dia pun ok je, so aku terjumpa satu project perumahan yang quite affordable kalau gabung gaji. rumah aku pilih tu dekat dengan tempat kerja dia, tapi tempat kerja aku jauh.
It’s ok aku pun suka situ then aku contact agent and tengok rumah contoh. Dia tak teman aku pun, aku pergi sorang2 and balik tu aku cerita la yang rumah aku nak tengok tu dah sold out. Tinggal rumah lain tapi mahal sikit.
Kalau ok aku setuju nak proceed, kalau tak ok takpelah ada rezeki lain. Tiba2 dia bad mood. Aku nak tunjuk brochure kat dia, dia terus cakap dia tak nak tengok and tak nak tau. Salah ke aku nak tunjuk brochure.
Nada dia sangat sinis. Dah la aku yang cari rumah tu lepas tu tak hargai pun aku nak share brochure dengan dia. Sentap aku. Tapi aku diamkan je.
Lama2 tu dia setuju nak proceed beli rumah mahal sikit tu. Aku orang paling happy la, parents aku, and parents in la law pun happy. So aku pun proceed untuk bayar booking.
Duit aku ya bayar booking. And agent call bagitau nak jumpa malam tu juga. Aku bagitaulah laki aku, agent nak jumpa, aku kena marah weh!
Aku tak tau kenapa aku kena marah. Irfan ni kalau tengah kerja and aku cakap ada hal nak kena settlekan mesti aku kena marah weh!
Padahal normal la kan? Bukan ajak jumpa waktu kerja!! Kalau korang kat tempat aku macam mana? Eh macam2 la mental aku dah kena torture dengan dia. Sampai aku ni dah jadi seorang yang sentiasa berdebar2 sebab tak tau apa lagi ‘kesalahan’ aku hari ni.
Mak aku selalu suruh sabar je, bapa aku tak pernah tau perangai dia layan aku macam ni. Irfan bukan setiap masa layan aku negative.
Banyak baik dia juga. Peramah, tak kedekut, hormat orang tua. Bukan kaki perempuan, Bukan kaki lepak, tak merokok. Selalu utamakan aku.
Tapi bila dia badmood memang boleh jadi gila. Aku penat sebenarnya. Banyak lagi aku tak cerita. Tapi aku tertekan sebenarnya. Tu je luahan hati aku. Kalau ada nak tau aku sambung part 2..
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit