Redha

Salam semua. Aku nak share pasal kehidupan aku laki bini. Kami dah nikah almost 15 tahun. Baru setahun ni aku rasa aman dan damai. Doakan berkekalan hendakNya.

Cerita dia macam ni, masa awal kahwin kami diuji dengan masalah kewangan tapi kami bahagia. Gaji ciput, cukup-cukup makan je. Gi kerja jimat-jimat bila dah ada anak.

Dari beratapkan langit, bila gi kerja naik moto dah anak tambah rezeki laa kan. Rezeki anak, struggle la kaedahnya. Kerja siang malam pagi petang buat part time semua. Mampu laaa berkereta.

Bila dah ada kereta pening plak komitmen bulanan, servis kereta, duit minyak, duit tol, kereta rosak, wiper tercabutlah, cermin pecah kena samun lah. Macam-macam hal. Begitulah hendakNya.

Dah ada pengalaman kerja, dah boleh apply kerja yang bagus dan setaraf dengan kelulusan dan pengalaman kerja. Sebabkan banyak kerja dah aku laki bini buat, murah rezeki kami. Alhamdulillah.

Dulu masa belum ada anak, sibuk nak anak. Dah ada anak pening. Bila tak datang bulan menangis sebab memikirkan komitmen bertambah.

Bertambah lagi ahli keluarga. Masa ni ada masalah lain plak. Sibuk kerja keluar pagi balik malam. Penat!!!

Dah ada kereta, mesti beli rumah. Beli rumah baru. Pening nak fikir nak masuk rumah nak guna banyak duit. Pening. Nak hulur duit kat mak ayah lagi, belanja keluarga lagi.

Masalahnya gaji dah besar, belanja pun bertambah.

Dah ada satu rumah, tamak beli satu lagi konon nak tambah aset. Lepas tu pening. Pening cukai pintu, cukai tanah, bil utiliti, semua nak cover.

So cite dia kehidupan aku ni tak abih nak pening, ada pening takde pon pening. Rumah lama pi sewakan, pening lagi penyewa tak bayar sewa, rumah jahanam!! bil api bil air beribu tertunggak. Pening!!!

Sebabkan sibuk kejar dunia, sibuk sana sini kehidupan jadi macam tak bermakna. Pergi keje balik kerja. Masih lagi solat. Tapi bila fikir lagi solat dah tak berkualiti. Semua benda nak buat tergesa-gesa.

Satu hari dapat tahu, suami dah ada perempuan lain. Sebab kami sebenarnya lebih kepada menjadi housemate. Bila masing-masing sibuk dah jarang bercakap. Sibuk hal masing-masing.

Tapi kami tak abaikan tanggungjawab cuma tak mesra macam dulu. Makan semeja pun kami tak berborak sangat. Sebab energy dah channel ke tempat lain.

Mula dapat tahu aku sedih, menangis berhari-hari.

Satu hari datang seorang staff melawat aku kat ofis. Staf ni jarang sangat bercakap dengan aku sebab kami department lain. Dia datang tegur aku.

Dia kata muka aku muka orang bermasalah. Sebab dia lagi berusia daripada aku, dia nasihatkan aku.

Dia cakap dia pun tak tahu kenapa hati dia tergerak nak jumpa dan bersembang dengan aku. Sebab dengan orang lain dia takkan semesra macam ni.

So antara intipati nasihat dia kepada aku, redha dan sila kembali kepada fitrah.

Aku masa tu terus dalam minda ni kata Allah hantar kakak ni untuk tegur aku. Masa tu berjuraian air mata tanpa boleh aku sekat. Masa nilah aku baru sedar, aku dah jauh sangat dengan Allah. Aku lalai.

Aku tak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri kepada kami. Aku rasa hina sangat, berdosa sangat. Perlahan-lahan aku berubah seperti yang akak tu nasihat jadi lebih baik dari sebelumnya dan usah fikirkan apa yang orang nak kata.

Betul, aku kembali ke pangkal jalan. Bila aku berubah, suami aku pun auto berubah tapi secara perlahan-lahan dia berubah.

Tak perlu aku fikir dalam hati, kenapa, kenapa, kenapa aku diuji macam ni sebab jawapan tu ada depan mata aku, Allah.

Alhamdulillah, bila aku redha setiap yang berlaku tu Allah dah aturkan dan Allah uji aku sebab Allah sayang aku. Allah rindu aku. Aku insan yang terpilih untuk bertaubat dan kembali kepadaNya.

Aku berdosa, aku takut memikirkan bersediakah aku kalau nyawa aku Allah cabut sekejap lagi??

Sebab amalan aku sedikit sangat, aku dah cukup ke asuh dan bagi pendidikan agama kepada anak aku?? Aku dah jaga diri aku ke dari fitnah manusia????

Akhirnya aku tahu apa yang aku mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.

Aku tak nak jugde sahabat-sahabat yang sedang diuji dengan masalah sama ada masalah rumah tangga atau pun sebaliknya.

Apa yang aku nak kongsi kita kena sedar diri, kita semua ni dah nak balik ‘rumah’. Hujung-hujung jer ni.

Semoga kalian semua tabah mengharungi kehidupan ni. Usaha dan jangan lupa bersyukur atas nikmat Allah beri. Allah uji, Allah sayang.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *