Reda Dengan Ketentuan Ilahi

Kisah saya bermula setelah mengenal seorang lelaki yang bernama F. Mula-mula kami hanya berkawan saja. Dan lama kelamaan kami bercinta.

Kami bercinta hanya setakat 6 bulan saja. Mula-mula aku kenal dia, aku nampak dia seorang lelaki yang rajin bekerja, bertanggungjawab. Itu jugak la yang membuatkan aku jatuh cinta dengan dia.

Aku seorang balu dan mempunyai 5 orang anak yang masih kecil. Dan dia seorang bujang. Umur kami sebaya.

Mula-mula nak bercinta memang aku ada bincang soal status. Tapi dia kata itu langsung tak memberikan apa-apa effect kat dia. Dia terima aku seadanya.

Makin hari sayang aku pada dia mula timbul. Aku kenalkan dia dengan family aku. Dia disambut baik dengan family aku.

Lepas 3 bulan kami bercinta, aku disahkan mengandung. Aku terus bagitahu dia pasal benda ni.

Mula-mula plan aku, aku nak gugurkan kandungan ni, sebab aku rasa aku dah ramai anak, tapi dia tak setuju, dia suruh aku jaga sampai bersalin, dia akan bertanggungjawab.

Masa tu aku rasa lega sebab dia dah kata macamtu. Kami berbincang untuk jumpa dengan family aku, untuk bagitahu yang aku mengandung dan kami akan menikah. Family aku takde masalah asalkan dia bertanggungjawab atas perbuatan dia.

Tapi semuanya hancur bila family lelaki tak boleh terima aku. Lepas dari tu kami asyik bertengkar sampai lah dia menghilangkan diri secara tiba-tiba,

Otak aku dah nak pecah masa tu. Banyak benda yang aku kena fikirkan, dia pulak boleh hilang macam tu je. Hidup aku dah makin serabut. 

Aku sampai dah rasa tertekan. Teringat janji-janji dia yang akan bertanggungjawab kat atas diri aku.

Tak cukup dengan menghilangkan diri. Dia hantar wasap kat aku. Dia boleh hina aku, dia boleh cakap pulak kenapa dia nak bersusah payah nak jadi pak sanggup sume.

Betapa hancurnya hati aku masa aku baca wasap tu. Menggigil terus tangan aku pegang hp. Aku menangis, dah macam orang gila.

Sampai lah aku sendiri terfikir untuk apa aku menangis sampai macam ni. Baik aku fikir ke depan. Apa yang patut aku buat demi kandungan ni.

Aku cerita kat family aku sume. Diorang pon redha je dengan apa yang dah jadi. Makin hari, makin sakit hati aku bila teringat dia.

Dia datang dalam hidup aku untuk menambahkan beban yang ada.

Tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk kuat menempuh dugaan ni walaupun tetiba satu hari tu aku terduduk jugak dan menangis sepuas hati sebab aku dah tak boleh hadap benda ni sorang2. Lagi pulak aku disahkan mengandung anak kembar lelaki.

Sekarang aku dah masuk 32 minggu. Tak lama dah untuk aku bersalin. Macam2 dugaan yang datang.

Tapi aku redha dan banyakkan bersabar. Benda ni aku cerita dekat NGO aku. Tak sangka dia tolong aku dari mula dia tau aku pregnant sampai lah sekarang.

Segala keperluan baby sume dia yang tanggung. Dia tak nak aku stress, sebab dia tahu betapa susahnya hidup yang aku tengah lalui sekarang ni. Aku bersyukur pada Allah.

Masih ada insan lagi yang nak bantu aku walaupun dalam keadaan aku macam ni. Pasal F ni aku serahkan semuanya pada Allah SWT dengan apa yang dia dah buat kat aku. 

Kalau tetiba satu hari nanti tetibe dia muncul balik untuk tanyakan zuriat dia. Aku takkan benarkan dia sentuh anak aku.

Sebab bagi aku, aku lah mak dan aku lah bapak untuk baby aku ni. Doakan aku selamat bersalin baby twins ni.

Moga Allah permudahkan segalanya. Aamoin ya rabbal alamin.

– Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. TENAT DUNIA DENGAN MASALAH SOSIAL ZINA

    kau dah balu anak 5, mcm mana ko boleh bercinta dan berzina gila???!!

    ko nak anak ko membesar dengan HADAP PERANGAI HINA KO KE?! KO NAK ANAK KO MCM KO JUGAK KE?
    KO ADA AGAMA TAK?

    SEKARANG KO FOKUS DIDIK ANAK2 DAN DIRI KO DENGAN AGAMA.

    gilaaaaaaaaaa la mak mcm ko ni.
    ORANG KATA GATAIII NAK BATANG,

    LAKI TU NAK LUBANG JE ALANG2 KO BALU MMG KETAGIH BATANG.

    Ak doakan ko bertaubat dan didik anak2 elok2. TOLONGLAH IBUU!
    harap ko TT BACA KOMEN NI!

  2. anak 5 org masih kecik2 sempat nak beromen.. ayat xde penyesalan langsung dah berzina. patutnya ayat aku lah mak aku lah bapak kau da apply kat ank no 5 fokus besarkan anak2 amenda la kau ni

  3. senang jer ko bagi badan ko kt lelaki camtu, mudah camtu jer, akhirnya ko yg menanggung beban, sepatutnya ko cukup matang dalam hal2 camni, lelaki ni cukup suka makan free, pastu hilangkan diri, bagi alasan mcm2, ko lebih faham penyakit lelaki ni camna, la ni ko dapatlah anak free yg ke6

  4. Apa yang telah terjadi dalam hidup Puan ni jadikanlah pengajaran. Bertaubat lah Puan, insaf dan berubah menjadi hamba yang lebih baik. Betul lah apa yang Puan buat untuk terus pandang kedepan, fokus pada anak² yang perlukan bimbingan dan kasih sayang Puan. Janganlah ulangi kesilapan yang sama. Semoga dipermudahkan urusan Puan dan anak², berdoalah pada Allah agar dijodohkan Puan dengan lelaki yang beriman yang boleh menerima Puan seadanya. Puan juga perlu belajar berfikiran matang serta bina lah benteng iman agar tidak terjebak lagi dalam lembah maksiat.

  5. Mmg takda setitik iman ke dalam hati? 3 bulan kenal dah serah badan. Sepatutnya jadi balu ni kena jadi balu yang mahal. Aih marah pulak aku confession macamni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *