Redflag, Stay Atau Pergi?

Hai korang. I Mary and dah kahwin. So based on tajuk I, korang rasa apa yang perlu korang buat bila korang dah nampak red flag sebelum kahwin?

So ni I random je lah ok. Cuma pendapat I and based on pengalaman I sendiri. So pada I, kalau korang dah nampak red flag before kahwin, korang angkat jelah kaki. Tak perlu stay.

Banyak contoh red flag. Suka naik tangan, suka bagi kaki, mulut asyik nak maki, sikit2 mak sikit2 mak, kerap pinjam duit, kerap berkira, kaki ketum tak kisahlah ketum ori ke ketum campur ke, suka lepak dengan member sampai 2-3am. Banyak lagi kan.

Kalau korang rasa something tu red flag, tak payah lah fikir panjang. Korang pergi je. Tak perlu berharap pun yang one day si dia akan berubah.

Mungkin ada yang berubah selepas kahwin. Tapi percentage tu mungkin tak seramai yang masih kekal dengan perangai lama. Ada yang berubah, tapi si isteri mungkin perlukan kesabaran yang tinggi untuk lihat hasilnya.

So ni dari pengalaman I sendiri je lah. Masa bercinta tu memang tak pernah ada apa2 yang awkward. Kitorang berlainan negeri. Jadinya 2-3 bulan sekali baru jumpa. And masa jumpa tu normal je takde apa yang nampak macam red flag pun.

I tengok circle dia pun semua orang baik2, yang berkerjaya. Dia bukan kaki lepak, kalau dia ws kata nak tidur pukul 10pm, pukul 6am I bangun I tengok last seen dia still sama (ni bodoh I jugaklah sebab tak pernah fikir pulak nak cek telegram and lain2).

I tengok fb dia, ig dia semua posting macam ok jelah takde yang naughty2 pun.

Jadi dah jumpa family apa semua.. So da decide lah nak bertunang. Selang beberapa minggu after that alhamdulillah bertunang la kitorang. And lepas beberapa minggu macam tu Umi aku macam dah siap2 la buat list itu ini untuk majlis kahwin.

Aku masa tu aku tahu bertunang ni banyak ujian dia dan bertunang ni pun kira satu fasa untuk kita lebih kenal bakal pasangan kita. So I cakap dekat Umi “nanti dulu lah. Baru je lagi bertunang. Ada banyak masa lagi”.

Tapi simptom mak2 mungkin excited anak nak kahwin kan. I pula masa tu dah cakap buat majlis biasa je, aku taknak majlis besar2 ramai2 macam adik beradik I yang lain. Tapi Umi tetap dengan 1000 jemputan dia.

Masa ni banyak bajet jugaklah nak kena pakai. Apa yang I decide semua tak kena. Semua kena ikut cakap Umi.

U kata nak buat jemputan 300 je, mana yang jauh2 tu nanti I create lah kad digital so send by ws je. Kira dah boleh cut cost sikitlah kat situ. Tapi Umi tetap dengan 1k kad jemputan. Siap banner bunting semua tu lah.

Sampai sekarang i fikir apa lah function banner bunting tu. Bergulung dalam almari je. Pakainya sehari. Takkan I nak gantung kat rumah pula kan. Jadi macam tu lah 1k jemputan, 1k kad undangan.

Lepastu bab baju sanding semua I dah decide lah dengan butik mana apa semua. Tapi Umi pergi decide pulak dengan orang yang sama macam adik beradik yang lain. Sudahnya i memang nyesal sampai harini sebab macam hantu mua tu mekap I.

Jadi sepanjang tempoh tunang ni pun, kami ok je takde isu apa2. Jadi dah masuk 3 bulan bertunang i pun start la buat preparation sikit. Sampailah lagi 2 minggu tarikh nak kahwin.

I tak tahu kenapa I pegang phone, I buka ig. Lepastu tiba2 I search IG dia. Pastu masani lah tiba2 tekan following follower dia kat IG. So bahagian follower ni ok jelah nothing suspicious pun. Some of them ada yang I kenal.

Tapi bila tengok bahagian following I jadi terkejut gila. I macam kenapa baru hariniiii I tergerak hati nak tengok. I terkejut sebab following dia mostly perempuan.

Perempuan yang macam menggoda macam tu lah. Ada lah 3-4 following yang macam bohsia kot I think sebab posting dorang semua macam seksi2 atas katil nampak lurah itu ini.

Masani tangan I gigil. I fikir lagi 2 minggu nak kahwin betul ke apa yang I buat ni. So masani I rasa macam red flag tau sebab following dia semacam sangat.

And I tengok lah Komen dia dekat posting perempuan2 ni. Ayat “padu” “mantap”. U know lah what I mean apa yang padu mantap tu.

So dia call ws I ignore je. Bila I dah rasa ok dah tenang, I carilah dia. I ws dia. I cakap ada benda nak tanya. So bila dia tanya apa dia then I pun SC la IG dia tu and I send kat dia. I tanya kenapa follow benda2 macam ni apa semua.

Jawapan dia, dia kata IG dia kena hacked dah lama kena hacked. I rasa macam tak logik bila dia kata kena hacked sebab seminggu dua before kejadian tu I ada je chat dengan dia kat IG. Takkan bukan dia yang reply?

I tau tak logik so I cakap terus tak logik. Dia kata dia pun tak perasan ig kena hacked which is hacker ni buat macam tu just nak kenakan dia lah. I cakap takkan lah kena hacked tak perasan kan. Pastu kitorang gaduh la sebab hal ni.

And dia diam je tak cakap apa2 kat I. I pulak masa ni memang dah rasa red flag bila tengok following tu. And red flag lagi bila dia bagi alasan yang pada I tak logik.

So the next two days I pun terus terang dengan Umi abi. I tunjuk siap2 IG dia tu. I know lagi 2w nak kawen, preparation pun dah banyak lah kan. Cuma silap I mungkin tak sedar nak cek dari awal.

Cuma masa tu I think it’s ok walaupun I rasa lambat tapi ok lah I tak kahwin lagi so mungkin boleh buat something.

I cerita dekat Umi abi pasal Hal ni. I Ingat dorang akan sebelahkan I. Tapi jawapan Umi “dia silap kot tu mungkin betul kena hack. Takkan nak batalkan kahwin pulak. Barang semua dah siap, katering dah tempah, baju mekap semua dah booked. Kanopi semua. NANTI APA KATA ORANG”.

Masani I sedih dengan ayat Umi. Dari nak tempah kad kahwin, jumlah tetamu jemputan, sampai dah lepas apa yang I cerita tu Umi cuma fikir “NANTI APA KATA ORANG”.

I tak salahkan Umi abi. Lelaki ni pun pilihan I sendiri. Takde paksaan. Mungkin masa bercinta dia pun takde yang bukan2 so I assume dia ok jelah. Taktau lah pulak lagi 2w nak kahwin baru hati I tergerak nak itu ini.

So masa berlalu, majlis pun diteruskan. Jujur masa akad nikah tu i memang rasa nak lari. Tapi kaki i kaku. Mana i nak lari.

So dah jadi isteri, i pun kenalah ikut suami kan. Masani dia pun tak marah i dah. I assume ok jelah.

Sampai lah sebulan kahwin macam tu kot I lupa dah tapi yang pasti usia perkahwinan tu memang masih baru. Ada satu malam tu biasalah suami isteri kan tidur mestilah sekatil.

So I baring macam biasalah takde tengok fon apa semua. I diam je. Dia pun diam je takde cakap apa2 dengan I. Sebab dia pegang phone. So masa ni I diam and tengok je apa dia buat. Guess what?

Dia buka ig and dia tengok perempuan2 seksi. Kira nya bila buka ig tu memang terus terpampang lah perempuan2 seksi. Kalau tengok part search IG tu, semua keluar perempuan2 seksi. Takdelah keluar vid masak memasak ke apa ke.

Kalau benda tu tak disengajakan, kita mestilah macam shock kan and mesti nak cepat2 nak tutup page tu. Tapi dia tak. He keeps scrolling. So dalam gelap tu I pun teruslah bersuara “u tengok apa ni”. Haa barulah dia cepat2 tutup phone dia kata takde tengok apa2.

I cakaplah I nampak kot. Then dia tetap tak mengaku dia kata I salah tengok. Padahal kalau bagi I Quran masa tu I sanggup bersumpah dengan apa yang I nampak. I baring sebelah dia kot apa nya yang I salah nampak.

I tak tahu kenapa dia boleh nak tengok macam tu. Dia lupa dia dah kahwin? Dia lupa I kat sebelah dia? Dia fikir I tido mati? Idk. So masani I memang rasa macam tak percaya dah.

Ye betul dia bukan kaki lepak, kaki mesin, kaki minum, kaki pukul. Bukan. Kaki perempuan? Entahlah. 2-3 hari jugaklah I tak tegur dia.

So lepas2 tu ok balik. Tapi kepercayaan tu dah kurang lah. Dalam hati tu rasa “kenapa la tak lari je malam nikah tu”. Then dia pun act normal jelah. Takde dah I tengok dia pelik2.

Kadang2 i curi la masa cek fb dia. Bila buka search kat fb tu memang nama2 perempuan je. Nama i takde ya. Dia tak cari pun I. Takde nak stalk I pun.

Dalam banyak2 nama ni ada satu nama yang dia kerap search and nama ni sentiasalah dalam top search laki I ni. Tapi I takde rasa suspicious ke apa sebab dp fb perempuan ni pun gambar dia dengan husband dia which is perempuan ni dah kahwinlah.

Aku tak nampak lagi apa yang pelik. Sampai lah satu hari tu husband I balik kerja, bawa sekali beg kerja dia masuk rumah. Lepastu malam dia siap2 nak solat kat masjid. I pun ok jelah.

Tapi tertimbul rasa ada something yang tak kena bila husband I pergi masjid and dia bawa sekali beg kerja dia.

Beg kerja biasalah dalam tu ada data, ada laptop, tab. I macam dalam hati “kenapa nak bawak beg sekali. Kat rumah kan lg Selamat. Dalam kereta nanti kalau kena rompak macam mana?”. Instinct seorang isteri tu dah rasa lain tapi takpe I tunggu masa yang sesuai.

Jadi masa yang sesuai pun tiba2. Ada satu hari dia rushing keluar and tak sempat nak bawak beg kerja ni. Aku pun cepat2 buka beg dia. Instead of ambil laptop or tab I tak tahu kenapa tangan I pilih hardisk.

I buka hardisk sekali pandang nampak macam takde apa2. Sokay. I pun cek satu2 nama folder sampai I jumpa I folder yang namanya macam musykil sikit. Bila I buka folder tu, mengucap panjang.

Dalam folder ni ada banyak sangat folder perempuan. Ada folder vid lucah yang dia download. Ada banyak folder gambar perempuan tunjuk atas bawah (ni bukan dia download dari any website ya). Tapi ni mungkin gambar yang dia SC dari vid call atau perempuan tu sendiri rela bagi. Idk.

Ada yang bikini, ada yang n*ked terus. Ada yang dalam keadaan menghairahkan. Tangan I gigil tapi takpe I scroll lagi. Apa yang I dah jumpa ni I buat copy simpanan untuk I. I scroll folder then I jumpa satu folder yang betul2 buat remuk hati.

I jumpa folder dia berhubungan s3ks. Which is Zina lah. I rasa hancur hati betul ke ni suami I. Yang rajin pergi masjid yang kopiah tak pernah hilang kat kepala sepanjang I kenal.

Ada lah some video dia berzina dengan perempuan yang ni. Yes dia record. I tak tahulah perempuan ni tahu ke tak dia di record. I tak tahu.

Ada jugak vid Zina dengan perempuan lain. I tak tahu berapa ramai perempuan yang dia dah pernah rasa tapi yang I tengok dalam folder tu 2 orang kot. Tapi dah banyak kali lah sebab tengok ruangan hotel tu bilik lain2.

Ada juga screen recording vid call yang dorang ni ber vid call start dari perempuan ni berpakaian sampailah satu2 perempuan tu tanggalkan dari badan dia. Ni apa ya? Vid call s3ks ke?

Cuma masa ni I tak cam lagi sape perempuan2 ni. Tu vid. Part gambar lain. Banyak perempuan. Ada lah dalam 10 camtu kot folder perempuan yang berbeza.

Masa tu I cuma fikir macam mana ya perempuan ni boleh bervid call dengan lelaki dalam keadaan n*ked dengan aksi yang menggoda macam tu.

I tak boleh nak scroll lama sebab I tak tahu bila husband I balik. I copy mana yang I rasa pentinggg I simpan untuk simpanan I. Lepastu I kemas balik macam biasalah delete history apa semua. Dia balik, I buat macam biasa walaupun dalam hati dah menyirap.

I ambil masa sebab I tak tahu perempuan tu siapa. Sampailah ada satu hari ni, I gaduh dengan dia. Masa gaduh dia pun tak pujuk2. Macam biasalah mengadap phone. Then esoknya tu dia bangun mandi nak subuh. Masa dia mandi I cepat2 buka fon dia, tangan I terus on telegram.

Idk kenapa sebab selama ni I cek ws je. Tak pernah langsung cek tele. Idk why pagi subuh tu tangan I buka tele dia. Ada satu conversation dia dengan perempuan ni tapi bila I buka mesej dah takde lah. Dia dah delete. Dia delete mesej je. Dia tak delete chat.

Instinct seorang isteri kan. Isteri2 faham lah. Orang lelaki memang takkan faham kelebihan instinct isteri ni. I rasa macam ada something dengan perempuan ni tapi otak I loading gila nak Ingat sape perempuan ni.

Until dah beberapa minggu, barulah I sedar sape perempuan ni. Perempuan yang dia chat dekat tele ni, perempuan ni lah yang dia selalu search kat fb. Yang I kata sentiasa jadi top search fb husband I tu.

Dan perempuan ni lah antara perempuan yang dah berzina dengan husband i. Vid yang I tengok tu.

I tak tahu masa dia berzina tu status dia masih isteri orang atau janda atau anak dara I tak tahu. Tapi kalau ikut details hardisk, dalam tempoh tu kemungkinan besar dia masih isteri orang.

I masih diam macam tak de apa jadi. Tapi dalam masa I selalu curi masa and peluang untuk I buka lagi hardisk, buka fon husband untuk I cek.

Ada satu mesej ni kat tele. I buka dorang chatting sweet macam tulah lepas tu perempuan ni diam je. And husband I pun mesej la tele perempuan ni. And dia reply “sorry line tak clear. husband I ada”.

Heii perempuan apa ni. Zaman sekarang lelaki perempuan sama naik ya hidung belang. And aku macam hancur lah perempuan yang berzina dengan husband aku ni, selain status isteri orang.. Pakaian dia pun bukanlah macam yang husband aku tengok dekat ig tu. Pakaian dia atas bawah tutup.

Kalau I takde dekat rumah lama.. Bila cek fon suami mesti dia vid call dengan perempuan ni. Ada je perempuan lain yang dia try.. Tapi yang satu ni memang kerap sangat. Satu hari ni I bangun nak subuh, husband I takde, pergi masjid.

I dah siap solat subuh memang tak tahu kenapa rasa nak cek email suami. Dia memang feeling tu datang tiba2 je tau. Takde apa2 yang suspicious dari husband I yang buat I nak cek. Dia tiba2 je.

Bila I buka email dia, ada satu hotel confirmation. I pun bukalah and checking tu date dia lagi 2 hari. Katil extra large untuk muat 2 orang. I menung kejap. Nak kata dia ada kursus, takde pulak dia inform. I dah tahu dia booking hotel. I ambil fon and snap pastu I off email dia.

I diam je tunggu sampai dia buka mulut. Sehari sebelum date tu, dia inform kena pergi sekian sekian ada kursus. Kira last min macam tu lah.

Then I tanya lah tido kat mana nanti. I tahu je dia tido hotel sebab dah booking kan cuma nak tahu jawapan dia tally tak dengan apa yang I dah tahu.

That’s it dia tipu. Dia kata tido kat sekian sekian company dah uruskan satu bilik sharing 3 orang bla bla bla. Dia tak mention pun tido hotel ni. Nak kata cancel booking pun takde jugak. Takpelah I biar dia pergi.

Dia balik je, mandi. I cek tab dia. Yes ada vid. I cek fon I buka ws ada ws dia dengan perempuan tu. Dia bagitau lah perempuan tu tingkat berapa bilik nombor berapa.

I tak tahu lah perempuan ni pelacur free ke apa. Tapi status isteri orang, langsung takde rasa bersalah dengan suami sendiri masa dia menyedap dengan lelaki lain.

Tak fikir panjang. Husband I tidur. I ambil fon I. I contact perempuan ni thru ws. Mula2 dia tak mengaku. Dia kata dah lama dia tak jumpa dengan husband I.

Masa ni I menyirap betul kau ni dahlah isteri orang, bertudung lagi, stokin pakai handsock pakai tapi berzina macam takde rasa apa.

I terus tunjuk SC conversation dorang tu. I tunjuk jugak gambar n*ked dia yang husband I simpan. I send jugak vid tu. Dia terdiam. Dia mengaku. Dia mintak maaf and dia janji takkan kacau lagi.

Tapi perempuan macam ni jenis tak pernah serik. Mungkir janji. I contact dia 2 Kali. Kali pertama dia dah janji. Tapi dia ulang cari lagi suami i so i contact dia lagi untuk Kali kedua. But this time dia inform husband I yang I kacau dia.

Husband I lebih pilih perasaan perempuan tu yang marah sebab kena kacau dengan I instead of tanya I kenapa I buat macam tu apa semua.

Dari yang lepas kali kedua I contact dia tu, I Ingat dia stop. Rupanya tak. Lepas kejadian kali kedua I ws dia, dah 3 kali dia berzina dengan husband I.

Memang tak boleh dimaafkan lagi. Zina, vid call lucah, sembang pun hal lucah2, send gambar bogel. Sebab tu I always remind diri I jangan judge orang based on pemakaian. Sebab macam ni lah. Yang kita tak sangka2.

I ambil perancang tanpa pengetahuan husband. I tak nak susah kemudian hari. Better macam ni je period tiap bulan. Aman hidup I.

MIL I pulak selalu cakap kat I anak dia baik, tak main perempuan tak suka lepak itu ini. I isteri I lebih tahu lebih kenal walaupun usia perkahwinan tu tak selama mil i jaga anak dia.

Kadang2 kesian tengok mil. I rasa better la biar anak lepak luar daripada lepak sorang dalam bilik sebab lagi bahaya rupanya.

Banyak lagi. Tapi I mintak cerai. Korang doakan proses ni berjalan lancar ya. Sebelum terkena jangkitan apa2 better la I pilih status J.

Menyesal? Sangat. I menyesal kenapa tak tahu dari awal. I menyesal kenapa tak angkat kaki bila dah nampak red flag. I menyesal kenapa tak lari pergi mana2 masa hari akad nikah. Atau hari sebelum nikah.

I menyesal kenapa lambat nampak red flag. I menyesal kenapa nampak red flag tu bila persiapan kahwin dah 90% siap and I tak boleh nak undur diri sebab Umi “NANTI APA KATA ORANG”.

Jadi nasihat I, kalau korang belum ada ikatan. Tapi dah nampak red flag. Fikir lah panjang. Tak mudah kita nak ubah orang. Lagi2 kalau benda tu keep on repeat. Kalau dah ada ikatan tak semua parents akan pilih untuk batalkan.

Some of them akan pilih untuk proceed daripada tanggung malu. “TAKPE NANTI ISTERI BOLEH BENTUK SUAMI”

NOOO. Suami tu ketua keluarga suami lah yang kena jadi pembimbing. Kita tak boleh semudah tu nak ubah orang. I pun mungkin sebab dah lama sabar and bagi peluang tapi I tak nampak hasil so I rasa pisah je jalan terbaik.

Tak semua orang kawen nak cerai. I salute dengan wanita2 yang berani minta cerai kerana didera emosi fizikal nya. Masih ramai wanita yang pilih untuk bertahan dengan perkahwinan yang toksik sebab sayang dan berharap pasangan akan berubah.

Hakikatnya tak semudah itu dan tak sekelip mata mereka akan berubah. Semua makan masa Dan perlukan kesabaran yang tinggi.

Jadi korang kalau dah nampak red flag, tinggalkan jelah kalau taknak menyesal kemudian hari. I follow group fb isu2 mahkamah syariah. Private group.

Korang bolehlah follow untuk tengok banyaknya isu rumah tangga yang bermasalah. Masyarakat kita dah tenat sebenarnya.

Ni bukan group KRT tau. Mostly permasalahan yang mencari solusi dengan cara yang tepat.

Semoga urusan kita semua sentiasa dipermudahkan. And lastly I doakan supaya takde sape pun perempuan dalam dunia ni yang akan rasa apa yang i rasa. :) semoga kita semua sentiasa bahagia dengan cara kita ;)

– Mary (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit