Assalamualaikum. Nama aku N. Harini aku nak confess mengenai satu kisah hidup aku. Aku seorang anak lahir dari pasangan yang mengambil masa bertahun untuk dapat zuriat. Mak bekerja sebagai penjawat awam, manakala ayah bekerja di salah satu syarikat swasta yang besar.
Sejak aku lahir aku memang rapat dengan ayah sebab mak aku garang, selalu denda aku kalau buat salah. Tapi setelah bertahun aku bermanja dengan ayah, satu hari ayah buat perangai. Ayah main kayu tiga. Even aku kecil lagi masa tu, aku tengok mak aku berusaha nak dapatkan perhatian dari ayah. Mak sanggup maafkan ayah dan start bergaya balik supaya ayah tak cari lain.
Ayah kembali ke pangkal jalan tapi tak lama. Selang beberapa tahun, kami dapat tahu ayah kahwin lain. Remuknya hati mak bila dapat tahu. Sejak tu aku kurang rapat dengan ayah, sebab aku rasa mak da banyak berkorban tapi ayah hanya cari mak bila susah. Kalau tak cukup duit, mak la jadi mangsa.
Mak pulak terlampau baik, tak pernah terlintas dia nak tinggalkan ayah walaupun macam-macam ayah buat. Bagi aku ayah tak adil, ayah anggap kami boleh berdikari sendiri jadi kalau nak balik kampung ke, nk belanja harian ke, semua kami boleh settle sendiri. Aku selalu menangis masa aku selalu kena hadap apa-apa sorang-sorang. Nak mengadu kat mak, dugaan mak lagi teruk dari aku, jadi aku diam.
Satu hari atok aku sakit, turn ayah bela atok. Guess what?? Yang bela atok, duit makan atok semua mak tanggung even atok tu mertua dia je. Ayah lepas tangan. Sempat berjalan dengan famili baru. Kami ni apa-apa kena fikir nanti kalau keluar, takde orang nak tengok atok.
Ayah sampai sanggup ikut pintu belakang sebab tak nak ayah dia nampak dia keluar dari rumah. Atok kena strok, tak boleh jalan. Bayangkan mak yang angkat dia, bawa pergi toilet. Sedih aku tengok mak. Beberapa tahun lepas tu, atok meninggal. Ayah nangis bagai nak rak masa atok meninggal tapi hakikatnya dia bukan jaga sangat.
Aku dengan mak da tahap redha kalau ayah tak nak beraya dengan kami. Kadang-kadang rasa kalau ayah tak balik rumah, senang nak keluar jalan ngan mak. Kalau ayah ada, kami melepet je kat rumah sebab dia tak nak bawa kami keluar shopping ke apa, sebab dia tak ada duit.
Kalau mak gaji, dia orang pertama ajak makan luar. Tapi kalau dia yang gaji, senyap je. Dia ada duit tapi dia anggap mak kerja tetap, jadi tak payah dibantu.
Satu hari ayah jatuh sakit, strok macam arwah atok. Aku dengan mak hari-hari tengok dia dekat hospital. Bila kami datang, ayah act macam biasa je tapi bila famili lagi satu datang, ayah senyum sampai telinga. Time tu aku diam je, aku ingat mak tak perasan. Time balik mak cakap, kita selama ni tolong dia tapi masa kita datang takda pun seronok macam tu.
Aku diam je sebab aku tahu mak aku kecil hati masa tu. Sebabkan mak aku tak berapa kuat nak jaga ayah dan kami time tu sibuk uruskan pindah rumah semua, ayah aku, mak tiri aku jaga for a few month. Lepas settle semua, ayah start ulang alik antara rumah aku dengan mak tiri sebabnya nak adil katanya.
Pernah dia tanya aku sanggup tak nak jaga dia. Aku tak jawab pun soalan tu sebab bagi aku kalau dia dengar kata hati aku memang aku tak sanggup sebab apa yang dia buat dekat mak. Kalau ikutkan hati aku nak je jawab memangla padan dengan dia sebab ayah dia sendiri pun dia buat macam tu tapi aku tak sampai hati nak cakap macam tu dengan dia.
Lepas aku kahwin, aku duduk jauh dari mak ayah. Sebulan sekali aku akan balik jenguk diorang, belikan barang dapur, settlekan bil-bil. Aku kerja sambilan, hujung 2018 kontrak aku tak disambung. Jadi aku balik jenguk mak lama sikit awal tahun lepas.
Nak dijadikan cerita, mak aku pulak jatuh sakit. Jadi aku jaga mak sepenuh masa, dan pjj sementara dengan laki aku. Sepanjang aku jaga mak dekat hospital, aku rasa penat sebab aku tak ada orang nak mengadu. Laki jauh, adik beradik takda.
Satu hari tu ayah datang jenguk mak, ayah aku semenjak strok ada sakit lupa-lupa. Dia cakap nak stay hospital sampai malam konon nak jaga mak. Ayah time ni da boleh jalan tapi nak kemana-mana still kena pimpin sebab dia rabun teruk. Sebab aku penat tu aku terlepas cakap.
Aku cakap kat ayah tak payah la nak sibuk jaga mak, nanti duduk sini selera ayah pun tak kena sebab makan hospital bukan sedap pun, nak rehat tak boleh, time sakit baru la nak ingat kami ni, kalau sihat agaknya tak tanya khabar pun.
Lepas aku cakap, ayah terus nak balik. Aku kesian pulak tengok dia macam tu, tak tahu la macam mana aku boleh terlepas cakap macam tu. Mungkin aku stress, lepas tu cakap main sedap mulut je.
Aku sampai sekarang masih tak boleh terima apa yang dia buat dekat mak dengan aku. Banyak lagi perkara dia buat tapi aku malas nak cerita dekat korang. Aku tak tahu la aku da maafkan dia ke tak, sebab ada masa aku macam fikir balik segala benda dia da buat, sakit hati tu masih terasa.
Tapi aku tak pernah biarkan ayah, kalau ikutkan hati memang aku rasa tak nak ambil peduli pun hal dia. Tapi fikir-fikir balik, seteruk mana perangai dia, dia tak pernah sekali pun marah aku, mungkin sebab dia takut aku tinggalkan dia.
Aku cuma harap korang dapat doakan aku redha maafkan dia, sebab mak aku da lama maafkan dia, redha je atas semua benda ayah buat dan still buat pada mak. Aku harap mak dengan ayah sihat la sementara aku tak dapat balik selama beberapa bulan ni jenguk diorang sebab aku da sarat. Kalau boleh tak nak susahkan mak terpaksa jaga aku.
Doakan aku guys, semoga hati aku redha dengan semua ni.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit