Salam readers, aku ada satu soalan retorik. Redha Allah untuk anak perempuan yang dah berkahwin ni, terletak pada redha suami? atau masih pada redha ibu bapa?
Sampai sekarang aku masih fikirkan soalan ni walau aku tahu tangga kedudukan suami adalah yang teratas setelah menikah.
Ok intro diri sikit sebelum aku teruskan luahan ni. Nama pena aku Jasmin. Anak sulung dari pasangan guru, dah 3 tahun berkahwin dan baru dikurniakan seorang anak beberapa bulan yang lalu. Buat masa sekarang, aku kerja sebagai cikgu Kafa sementara anak aku masih bayi lagi.
ps: Pada yang taknak baca, boleh skip ke perenggan akhir, aku buat summary dari luahan aku ni, hahaha..
Jun lepas, ada tak antara korang yang tertengok iklan Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM (DPPUM) lalu kat timeline FB?
Aku antara yang mohon dan permohonan aku ni memang bukan 100% kerelaan sendiri. Keinginan aku ada, cuma 5-10% je kot sebab yurannya sangatlah mahal (RM10K) bagi aku yang baru je konvo degree tahun lepas (PTPTN tak sempat bayar pun lagi T_T).
Masa iklan tu keluar, ayah ada bagitahu aku suruh apply, aku iyakan aje lah tapi malas nak apply pun. Sehari sebelum due date permohonan iaitu 31Julai, aku bagitahu la sepatah dua kata kat ayah “orang tak apply pun lagi, kewangan tak mengizinkan langsung nih, anak pun kecik lagi baru lahir.” Aku bagitau tu just untuk makluman dia je lah kang nanti mesti dia akan tanya lagi pasal benda ni.
Jadi lepas aku cakap macam tu, ayah kata apply je, dapat tak dapat belakang cerita. Benda ni peluang katanya kalau aku nak jadi cikgu sekurangnya aku dah ada sijil pendidikan dalam tangan. Dia cerita masa zaman dia dulu pun dia ada ambik DPLI bawah KPM sebelum dapat jadi cikgu. Aku dah balas hujah, UM mention dalam iklan tu, dah habis belajar nanti tak menjamin peluang untuk terus mengajar di mana-mana pun. Benda ni open market. Memang kena bersaing dengan orang lain yang memang lulusan perguruan. Jadi aku still malas nak apply sebab yuran untuk proses permohonan dah RM50. Bagi aku bazir atas sebab² seperti yang aku bagitau tadi.
Sebelum aku submit, aku bincang ngan suami dulu. Suami aku memang berat hati jugak nak bagi aku sambung belajar andaikata aku dapat sambung nanti. Dia bagitau awal-awal dia memang tak mampu nak tanggung. Kalau ayah suruh juga anak dia belajar, jadi ayah la yang sepatutnya kena sponsor.
Kami suami isteri ni boleh dikatakan dalam fasa baru nak mula hidup, tak stabil lagi dari aspek kewangan. Alhamdulillah sebab aku direzekikan mertua yang sangat baik. Suami aku kerja kat Shah Alam dan dalam masa yang sama tengah struggle nak habiskan master dia. Jadi aku dan anak tinggal bersama mertua kat Seremban.
Beberapa minggu lepas tu, aku dapat panggilan temuduga DPPUM ni.
Aku ingat nak buat derkk je la kan, tapi macam tak baik pulak ngan harapan parents aku. So aku call dorang, bagitau laa lagi sepatah tiga kata.. “orang dapat interview ni, tapi serious ayah maaaa orang tak nak pergi T_T duit tak cukup, kalau ayah sanggup bayar pun orang tak nak. Orang dah tak nak susahkan ayah lagi. Baik ayah simpan duit tu untuk adik-adik sekolah. Orang dah setel degree ni cukuplah buat masa ni.”
Tapi ayah dan mama aku macam biasa la, “Pergi je dulu interview (iv) tu kakak. Kalau dapat tu rezeki kakak la. Pasal yuran tak payah risau, ayah boleh bayarkan, kakak belajar je. Anak tu nanti, kalau takde orang boleh tolong jaga, bagi kat kami dulu. Belajar ni tak lama pun, setahun je.”
17 Ogos tarikh interview. Aku diminta untuk reply email tu sebelum iv. Jadi pukul 11 malam 16 Ogos aku pun reply la kehadiran untuk esoknya tu.
Punya lah semangat ayah dan mama aku nak suruh pergi iv untuk masuk belajar ni, mereka datang dari sebuah negeri naik kereta bersama 2 lagi adik aku, jemput aku kat Seremban dan bertolak ke UM pagi 17 Ogos tu.
Suami aku tak dapat hantar atas sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.
Aku masuk bilik interview dengan perasaan berbelah bagi. Jawab sekadarnya dengan harapan para panel tak berminat pun nak terima aku. Sekurangnya kalau tak dapat aku ada sebab untuk bagitau parents aku nanti.
2 minggu berlalu, Jumaat 31Ogos aku dapat emel yang iv aku berjaya. Alaahh benda berbayar kot mesti senang dapat kan. UM buat ni sebab nak duit je. Itu yang aku fikir. Aku baca sekali lalu emel tu dan aku buat tak kisah. Kali ni memang aku tak nak bagitahu parents aku. Kalau dorang tanya, aku nak tipu sunat cakap tak dapat.
Isnin 3Sept aku try bukak lagi skali emel dan download surat tawaran.
Dalam surat ada tulis sekiranya berminat, reply emel ni sebelum 11.59pm 3Sept.. Aku macam omaigoddd! Aduhaiiii serba salah dan berbelah bagi pulak hati aku ni haa.
Pukul 8pm aku call mama. Masih lagi aku dengan taknak aku walau di satu sudut hati aku ni ada la sikit peratusan kecil untuk terima tawaran. Aku cakap ngan mama jangan gitau ayah, kang confirm dia suruh reply emel tu. Mama aku pun macam serabut jugak yelah sebab apa-apa benda semua dia akan bercerita dengan ayah.. aku paksa jugak mama tipu sunat kalau ayah tanya.. Cakap je tak dapat.
Pukul 11.50pm aku whatsapp suami. Pada awalnya memang tak berniat nak bagitahu dia sebab dah tahu suami aku berat hati nak bagi greenlight untuk aku sambung belajar. Anak aku masih lagi direct feeding dan memang aku nak exclusive breastfeeding (penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa campur susu formula) anak aku ni.
Suami aku reply WhatsApp “reply je dulu sayang, selagi kita tak bayar tak dikira masuk lagi kan.” 11.56 pm aku reply emel dari UM tu. 12 malam aku call mama bagitau yang aku dah pun reply emel tersebut. Lega la mama aku dengar.. Nanti dia takdelah nak sorok² tipu suami dia ke apa.
Dalam jangkamasa 3Sept sampai ke harini 16Sept aku masih serabut nak pergi ke tak UM nanti? 18Sept ni ada taklimat kat UM.
Aku dah buat istikhoroh Khamis lepas, tapi Jumaat tu macam serabut je aku rasa. Kalau aku pergi, takkan setiap minggu aku nak tinggalkan anak kat Seremban? Serious cakap aku tak mampu buat stok susu frozen untuk seminggu. Masa aku ngajar kafa pun, malam aku pam susu untuk bekalan anak keesokannya selama 4 jam di rumah pengasuh. Aku memang tak sanggup nak berjauhan seminggu. Rasa macam anak aku tak cukup kasih sayang je nanti hahaha. Dan nanti tak tercapai la matlamat aku nak exclusive breastfeed dia.
Hari sabtu tu pulak, tetiba je bangun subuh aku rasa lapang. Terfikir kenapa aku tak duduk je rumah mak sedara aku yang berdekatan dengan UM, cari pengasuh anak sekitar apartment beliau. Aku dah siap WhatsApp dan maksedara aku on.
Tiberr perasaan nak belajar aku membuak. Sebab rasa macam dah lapang, macam takde benda yang nak dirisaukan dah.
Yuran- ayah aku nak sponsor.
Anak- tak perlu berjauhan ngan aku dah.
Cuma aku perlu yakinkan suami aku pulak.
Aku pun keluarkan hujah bagitahu segala plan aku kat suami. Suami aku tetap tak bersetuju. Dia kata apa-apa pun dahulukan anak. Kalau boleh dia nak aku tumpukan sepenuhnya kat anak. Suami aku memang bagi aku sambung belajar, tapi bukan sekarang, tunggu anak aku besar sikit setahun ke dua tahun.
Ok ni summary dari luahan aku kat atas:
Ayah suruh sambung belajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM (DPPUM) sepenuh masa dan dia dah sanggup nak biaya yuran dan keperluan lain.
Suami aku tak berapa nak izinkan sebab anak kami bayi lagi. Dia tak kisah sekiranya anak aku dah umur setahun ke dua tahun. Dan dia ada bgtau jugak, DPP ni bukan DPLI KPM. Sekiranya guru kafa diserap masuk (berita seminggu lepas), mereka mesti sediakan modul kursus DPLI yang bersesuaian nanti. Sama jugak kalau apply jadi guru Mara. So logik suami aku, tak perlu pun belajar program DPP ni. Lagi satu, degree yang aku ada sekarang ni memang banyak peluang pekerjaan pun.
Aku pulak, dah 50-50. Nak ikut cakap ayah aku ke suami aku? Aku tahu perasaan seorang ayah yang nak tengok masa depan anak dia terjamin, lebih² lagi dalam bidang perguruan ni kalau ada rezeki, walau kat luar sana ayah aku tahu berpuluh ribu graduan guru tak dapat posting pun lagi. Ayah aku jenis optimis.. Ada rezeki, ada lah.. (Dulu aku degree bidang lain sebab aku tak pernah bercita² nak jadi cikgu sekolah, huhu).
– Anak ayah dan isteri si suami
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
SIS NAK TAHU UPDATE PDPP PLSS!! :)