Assamualaikum. Terima kasih kepada admin andai confession saya ini di approve. Saya share cerita ini hanya supaya dapat menjadi pengajaran buat pemca semua“
Redha Allah itu terletak pada redha ibubapa”. Satu ayat yang ringkas, tetapi penuh dengan makna. Apabila ibubapa kita redha terhadap sesuatu perkara, Allah pun meredhainya. Di sini, saya ingin kongsikan satu pengalaman yang terlalu berharga buat saya. Satu pengalaman yang memberikan impak yang terlalu besar dalam hidup saya. Saya bukanlah seorang manusia yang sempurna. Saya juga pernah melakukan kesilapan. Kisah ini tentang bagaimana saya melukakan hati insan yang amat saya sayangi dan cintai kerana seorang insan yang bergelar lelaki.
Saya tidak memiliki wajah yang cantik. Malah saya sering dihina dan dimalukan kerana kekurangan saya itu. Kerana kekurangan itulah, saya selalu menganggap bahawa tiada lelaki yang mencintai saya. Saya takut untuk bergambar. Saya tiada keyakinan diri. Saya malu untuk berhadapan dengan orang lain. Sewaktu berada disekolah menengah, ramai yang menghina saya. Tetapi ada seorang lelaki ini (K) yang selalu menegur saya walaupun saya tidak pernah menjawabnya.
Saya takut untuk menjawabnya kerana khabar-khabar angin yang saya dengar tentang dia.
Namun dalam diam, saya meminatinya kerana disaat orang lain tidak berhenti menghina saya, dia tetap tersenyum menghulurkan salam buat saya. Sehinggalah tamat persekolahan, saya tidak pernah bercakap dengan dia. Sewaktu saya bergelar sebagai seorang mahasiswi, saya ada berhubung dengan lelaki melalui telefon sahaja.
Tidak pernah berjumpa. Hanya berkenalan melalui telefon. Tetapi kebanyakan daripada mereka semua berhenti daripada terus berhubung dengan saya apabila mereka melihat gambar saya. Tetapi ada seorang lelaki ini yang mengenali saya kerana sewaktu sekolah rendah, kami belajar di tempat yang sama.
Sewaktu bersekolah, saya amat menyukai lelaki ini. Suatu hari, saya dengan tidak sengaja meluahkan perasaan saya pada dia. Saya tidak menyangka bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya. Saya berasa sangat gembira. Kami terus berhubung melalui meseg. Tetapi pada suatu hari itu, saya tidak lagi menerima meseg daripadanya. Puas saya menghantarkan meseg padanya. Namun tiada balasan yang saya terima.
Tidak lama selepas itu, saya menerima meseg daripadanya. Waktu itu saya baru sahaja tamat kelas petang. Saya membaca mesegnya dan saya terus menangis. Saya begitu tersentuh kata-katanya. Di dalam mesegnya, dia memberitahu saya bahawa dia ingin menjaga ikhtilat antara kami. Tidak mahu berhubung tanpa sebarang urusan.
Sejak dari hari itu, saya tidak lagi berhubung dengan mana-mana lelaki tanpa sebarang urusan. Saya jaga diri saya. Tetapi kepercayaan saya kepada dia hancur apabila sahabat baik saya mengaku pada saya bahawa dia mempunyai hubungan dengan lelaki itu.
Hanya Allah yang tahu perasaan saya pada ketika itu. Namun saya bersyukur kerana kekecewaan saya tidak berlarutan. Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk melupakan dia. Saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak berhubung dengan mana-mana lelaki. Namun takdir Allah datang untuk menguji sejauhmana keihlasan hati saya untuk istiqamah di jalanNya. Saya menerima permintaan rakan di facebook daripada K. Lelaki yang pernah saya minati sewaktu di sekolah menengah dahulu.
Sejak dari hari itu, saya mula berhubung dengannya.
Kami menjadi semakin rapat kerana keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain. Saya menganggap lelaki ini terlalu berharga dalam hidup saya. Dia layan saya terlalu baik. Dia buatkan saya rasa istimewa di hati dia. Dia tidak pernah menghina saya. Dia tidak pernah malu untuk bersama saya. Malah dia selalu beritahu saya “You are amazing just the way you are”.
Tanpa sedar, saya mula mencintainya. Dia seorang lelaki yang terlalu baik. Saya rasa selamat dan dilindungi apabila bersamanya. Sewaktu di awal perhubungan kami, ayah saya pernah berpesan pada saya supaya berhenti daripada terus berhubung dengannya. Saya jumpa abah saya. Saya minta maaf dengan saya. Saya peluk dia. Saya bagitahu dia bahawa saya terlalu sayangkan K. Saya mahu bersama dia. Ayah pandang wajah saya dan bagitahu “Ayah tidak mahu kamu kecewa”. Saya tidak menghiraukan kata-kata ayah saya kerana yang saya rasakan ketika itu adalah kebahagiaan bersama K.
Saya selalu keluar bersama K. Untuk keluar bersama dia,saya sanggup menipu ibu dan ayah saya. Saya lebih menjaga hati dan perasaan K berbanding ibu dan ayah saya sendiri. Ibu pernah bagitahu saya sewaktu saya terlalu asyik dengan bahagia saya “ Na. Na dah jauh berubah. Na bukan lagi Na yang ibu kenal. Ibu dah tak kenal siapa Na. Dulu Na tidak pernah menjawab kata-kata ibu. Na bukan seorang yang pemarah. Na kongsikan semua dengan ibu. Tetapi sekarang, ibu dah tak kenal anak ibu sendiri”.Allah. Berdosanya saya pada mereka.
Betapa hati mereka hancur kerana saya. Tetapi saya tetap dengan bahagia saya. Saya terlalu mencintai K. Saya ciptakan angan-angan yang terlalu tinggi bersama dia. Ibu selalu tanya saya “Na.Bila nak kahwin”?, Dan jawapan saya tetap sama“lambat lagi ibu”. Ibu tahu saya jawab macamtu sebab saya tunggu K. K belum bersedia untuk berkahwin. Saya abaikan nasihat dan teguran ibu dan ayah sebab saya terlalu ingin bersama K.
Ibu korbankan perasaan dia sebab dia tahu saya terlalu sayang dan bahagia dengan K.Ibu selalu bagitahu saya “Na. K Cuma menganggap Na sebagai sahabatnya. Tak lebih daripada itu”. Takdir Allah, tiada siapa yang menduga. Hujan yang saya sangka sehingga ke petang rupanya panas di tengahhari. Pada pertengahan jalan, hubungan antara saya dan K terputus. Sebab kenapa saya berpisah dengannya, tidak perlulah saya ceritakan. Yang pasti saya betul-betul rasa terhina. Semuanya salah saya kerana terlalu menyayangi dan mempercayai K. Peristiwa itu terlalu mengejutkan bagi saya. Siang dan malam saya menangis kerananya. Sampaikan saya tak mahu makan. sebab saya terlalu sedih dan kecewa dengan semua yang berlaku.
Harapan dan angan-angan saya hancur berkecai. Hati saya terlalu luka. Ibulah yang menyedarkan saya dari terus hanyut dalam kesedihan saya. Ibu bangkitkan saya untuk hadapi realiti yang dah berlaku. Ibu bagitahu saya “Na. Cari diri Na yang dulu. Na kan ada DIA yang selalu Na kongsikan kisah Na di setiap sepertiga malam. Na tidak akan kecewa kalau Na letakkan DIA dalam hati Na. Bukan manusia”.
Alhamdulillah. Sekarang saya semakin bahagia dengan hidup saya. Kalau saya boleh bahagia sebelum saya bersamanya, kenapa saya perlu bersedih kerana kehilangannya? Saya semakin tenang sekarang. Tetapi sampai sekarang, saya tak mampu untuk marah apatah lagi membenci K sebab yang saya ingat hanyalah saat-saat bahagia antara saya dan dia. Dalam doa saya, hanya satu yang saya minta untuk dia supaya Allah berikan dia kebahagiaan yang dia impikan. Saya tak sanggup lagi melihat ada airmata yang jatuh daripada wajahnya. Hanya itu yang saya selalu doakan untuk namanya.
Jadi, kita semua janganlah sesekali bersangka buruk dengan kedua orang tua kita. Mereka mungkin akan marah kita, tegur kita, menolak keinginan kita. Tetapi itu semua bukan sebab mereka tidak sayangkan kita. Tetapi itu adalah kerana kasih sayang yang terlalu mendalam dalam hati mereka untuk kita. Mereka hanya mengiginkan yang terbaik untuk kita semua. Redha kedua ibubapa itu penting untuk bahagia kita.
Kalau kita bina kebahagiaan dengan melukakan hati mereka, macammana Allah nak berikan bahagia dalam kisah kita tu? Bahagiakanlah mereka selagi kita mampu. Kalau perlu berkorban, berkorbanlah. Mereka dah banyak berkorban untuk kita. Dan yang paling penting, Allah dah bagi panduan kepada kita tentang ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Bukan sebab DIA nak memayahkan hidup kita tetapi untuk kebaikan hidup kita.
Islam itu indah. Setiap yang disuruh dan dilarang itu ada hikmah dan sebabnya. Letakkan Allah di kedudukan yang paling tinggi dalam hati kita. In sya Allah, dunia ini tidak akan mampu mematahkan dan melukakan hati kita.
– Farhana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit