Redha Atas Suratan Takdir Ini

Assalamualaikum WBTH semua.. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga besarku.. Aku anak bongsu biasalah anak manja ibu, kakak dan abangku sejak kecil… 

Apabila aku dewasa aku tamat sahaja uni 6 tahun kemudian aku berkahwin dengan pilihan keluarga dan mula bekerja sebagai guru. Alhamdulillah nasib hidup ku agak baik sebab dah dapat kerja tetap. 

Setelah berkahwin aku dapat rasakan sesuatu perubahan dalam hidupku.. aku terpaksa berubat ke hilu ke hilir untuk rawatan diriku. Kadang kala fikiranku berkecamuk, resah gelisah dan ada sahaja tak kena.

Hubungan ku dengan suamiku kurang baik maklumlah bercinta selepas berkahwin.

Terjadinya sesuatu yang pelik dan misteri selepas aku menolak secara terus terang dengan seseorang yang menyukai ku dan ingin jadikan aku sebagai kekasihnya.

Dia ni memang menyukaiku tapi aku tidak, jadi terpaksa lah aku menolak dengan baik niatnya itu. 

Aku asyik bertengkar dan kurang berkomunikasi dengan suamiku.. Entah2 kami terkena sihir pemisah.

Suamiku enggan berubat jadi aku berubat seorang diri sehingga suami ku meninggal dunia. Kami saling sayang menyayangi walaupun kadangkala ada masalah.

Aku banyak bersabar dan redha atas ketentuan nasibku. Alhamdulillah kami dikurniakan 3 orang anak. Aku kini masih berubat dan dapatkan rawatan daripada perubatan islam. 

Menurut perubatan islam tersebut, yang gunakan sihir ini daripada keluarga aku sendiri.

Biarlah biar Allah yang tahu perasaan hati ini dan berserah kepadanya. Aku redha dan pasrah walaupun dihina dikeji dan dipulaukan sebab banyak kali bertemu dengan perawat islam.

Keluarga ku ada yang bagi sokongan dan ada yang tidak bahkan memfitnah serta memburukkan aku pula. 

Aku banyak muhasabah diri dan memperbaiki hubungan kekeluargaan. Aku tidak mahu berdendam dengan sesiapapun.

Aku kini redha dan berdoa agar anak2ku tidak mengalami nasib seperti diriku. 

Yang penting kita jaga hubungan baik dengan Allah dan dekatkan diri dengan Allah sentiasa.

Aku berdoa agar aku dan keluargaku tenang dengan ujianNya. InsyaAllah kami redha atas segala ujian hidup ini.

Doaku semoga anak2ku dan keluarga kecilku berjaya dalam hidup dan mendapat keberkatan hidup didunia yang fana ini… Aamiin..

– Aznor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *